Author's POV
Yoongi, Seokjin dan SinB tiba di kantin dengan selamat.
Sebaik sahaja masuk,
"Jin, kau pergi kutip je lah mana-mana sisa makanan tengahari yang masih tinggal." ujar Yoongi.
Seokjin mengangguk, dia terus menuju ke tempat makanan sementara Yoongi dan SinB mengawal sekeliling.
Pang!
Mereka terdengar bunyi benda jatuh dari arah dapur.
Masing-masing menelan air liur.
SinB memandang Yoongi.
"Pergi cek." kata SinB
"Kau lah pergi." balas Yoongi.
"Ish penakut." ujar SinB lalu melangkah ke arah pintu dapur.
Mahu tak mahu Yoongi terpaksa menemankan SinB, risau pula dia jika terjadi sesuatu kepada gadis itu.
Seokjin turut sekali dengan mereka.
SinB menolak perlahan pintu dapur.
Sebaik sahaja pintu dibuka, mereta terlihat 4 kelibat di satu sudut dapur tersebut.
Dengan perlahan mereka mendekati kelibat kelibat itu. Keadaan yang gelap menyebabkan penglihatan mereka kurang jelas.
Yoongi sudah bersedia untuk memukul makhluk tersebut,
Sebaik sahaja senjata diayunkan,
"Hyung ni kami lah!" kata Taehyung, menyebabkan niat Yoongi untuk memukul terbatal.
Yoongi, SinB dan Seokjin menghembuskan nafas lega.
"Buat takut je lah korang ni." ujar Seokjin sambil mengurut dadanya.
"Unnie." kata Eunha dan Yerin seraya mendapatkan SinB.
"Yoongi hyung! Seokjin hyung!" panggil Jungkook sedikit kuat.
Seokjin menutup mulut Jungkook.
"Jangan bising, benda tu banyak dekat luar." ujar Seokjin.
Jungkook mengangguk faham.
"Mana yang lain?" tanya SinB
"Kami semua terpisah tadi. Kami tak tahu yang lain dekat mana." jawab Eunha.
"Namjoon dan Sowon ada dekat bilik cleaner hujung sana. Kat situ tempat persembunyian kami." kata Yoongi.
"Habis tu korang kat sini buat apa?" soal Taehyung.
"Ni hah si Jin perut dia buat hal. Lapar lah apa lah, spoil betul." kata Yoongi.
Serentak Taehyung, Jungkook, Eunha dan Yerin terkejut.
"Kau ada makan makanan depan ke?" soal Yerin kepada Seokjin.
"Kalau ada makan pun kenapa?" soal Seokjin, wajahnya kelihatan panik.
"Hyung makanan dekat kantin ni semua dah tercemar dengan bahan kimia dalam tong tu." Taehyung menunjuk tong yang mereka jumpa.
"Bahan-bahan tu yang buatkan pelajar jadi tak tentu arah." sambung Jungkook.
Seokjin terdiam, matanya membulat. Begitu juga dengan SinB dan Yoongi.
Serentak keenam mereka menjauh dari Seokjin.
"Kau ada makan tak?" soal Yoongi, dia sudah bersedia dengan senjatanya.
"Aku..aku makan roti je tadi. Yang lauk-lauk semua tu aku tak makan." ujar Seokjin.
YOU ARE READING
Make It Until Tomorrow [ BTS X GFriend ] ✔
Misterio / Suspenso[COMPLETED] Cerita mengenai dua kumpulan pelajar yang tidak sehaluan harus berkerjasama untuk menentang ZOMBIE yang telah menyerang sekolah mereka. Mereka harus bertahan sehingga pasukan penyelamat datang pada keesokan harinya. Will they survive? B...