Author's POV
12:00 AM
Keadaan sunyi sepi, kesemua manusia dalam bilik itu lena dibuai mimpi walaupun diluar terdapat beratus mayat hidup yang kelaparan.
Tok..tok..tok
Bunyi ketukan cermin menyedarkan Taehyung. Dia menggosok mata sebelum mengalihkan pandangan ke arah cermin tingkap.
Dilihatnya banyak zombie sedang berkumpul disebalik cermin tersebut.
Dia menelan air liur. Yerin yang berada disebelah dikejutkan.
Perlahan-lahan Yerin membuka mata. Dia memandang Taehyung.
"Kenapa?" soal Yerin.
Taehyung meletakkan jari telunjuk pada bibirnya tanda menyuruh senyap. Dia menuding ke arah zombie-zombie tersebut.
Yerin amat terperanjat apabila melihat segerombolan zombie sedang mengetuk-ngetuk cermin tingkap yang sememangnya sudah retak tersebut.
Dia mulai panik.
Taehyung mengejutkan rakan-rakannya yang lain.
Mereka semua terbangun.
***
Seokjin's POV
Yoongi kejutkan aku dari tidur,
Aku menggosok mata, otakku memproses kejadian yang berlaku sekarang. Kelihatan mereka semua panik sambil pandang ke tingkap.
Aku tersentak, cermin bilik hampir pecah. Takkan sekali lagi kut kena serang aihhh.
"Capai apa-apa je benda keras. Nak tak nak, kita kena lawan semua mayat hidup ni untuk keluar dari sini." ujar Yoongi.
"Kejap!" ujar ku. Mereka semua memandang aku.
"Ingat tak masa Jimin buat pengumuman tadi, zombie-zombie tu serang speaker?" soalku, aku harap diorang faham maksudku.
"Ya! Kita kena buat pengumuman supaya zombie tu lari pergi arah speaker." kata Yoongi. Dia segera mangambil mic.
"da mansinchangiro chwihaesseo chwihaesseo
mak yokhae gireseo gireseo
na masi gatji michinnom gatji
da eongmangjinchang, livin' like ppi-i-"Grr dia rap lah pulak!
Aku tepuk dahi.
Lepastu zombie-zombie tu lari mencari dari mana datangnya bunyi rap Yoongi iaitu di speaker. Hah ni la peluang untuk larikan diri.
Dengan pantas kami semua lari ke tangga untuk ke tingkat atas, floor ni dah tak selamat.
Sampai je kat atas, lebih ramai lah pula zombie.
Gulp! Masing-masing berdiri kaku tak tahu nak buat apa.
Yoongi memulakan pukulan dia apabila seekor zombie cuba nak serang. Taehyung dan Jungkook juga turut bertarung. Sementara Jimin dan Hoseok melindungi ahli perempuan.
Aku mencapai kayu,
Aku pukul kepala zombie yang cuba serang aku. Rebah.
Diorang ni tak lah kuat sangat macam yang aku sangka,
Seekor lagi datang ke arah aku, aku pukul sekuat hati aku dan dia rebah.
YOU ARE READING
Make It Until Tomorrow [ BTS X GFriend ] ✔
Tajemnica / Thriller[COMPLETED] Cerita mengenai dua kumpulan pelajar yang tidak sehaluan harus berkerjasama untuk menentang ZOMBIE yang telah menyerang sekolah mereka. Mereka harus bertahan sehingga pasukan penyelamat datang pada keesokan harinya. Will they survive? B...