Part 4

1.3K 95 7
                                    

Yoongi's POV

"Hyung dia dah dijangkit!" jerit Taehyung.

Aku pantas mendongak,

Aku dah agak Yoona tu dah kena jangkit, Seokjin je keras kepala tak nak dengar cakap aku. Sekarang tengok siapa susah.

"Ambil senjata, kita keluar dari sini."

Aku kata kat Namjoon, Jimin dan Jungkook.

Zombie-zombie yang berada di luar mulai menolak-nolak pintu apabila terdengar bunyi bising dari bilik ni.

"Nak..nak buat apa ni?" soal Jimin panik.

"Kita kena keluar ikut pintu belakang, pintu depan dah tak selamat." aku arah.

"Tapi pintu belakang terkunci." kata Hoseok.

"Pecahkan pintu tu, biar aku dan Taehyung alihkan perhatian zombie kat pintu depan. Yang lelaki tolong jaga perempuan." aku kata seraya menuju ke pintu depan bersama Taehyung.

Aku dan Taehyung mengalihkan beberapa meja di hadapan pintu untuk menahan daripada pintu dibuka.

Aku pandang Seokjin, dia masih bersama Yoona.

"Jin! Dia dah kena jangkit, kau mesti bunuh dia sekarang!" aku kata sambil cuba menahan pintu.

"Aku tak boleh, aku tak sanggup bunuh dia." kata Seokjin sambil menangis.

"Aku faham tapi dia bukan lagi Yoona yang kau kenal, dia tu zombie! Sedarlah!"

"Aku kata tak boleh, tak boleh lah!" Seokjin menjerit kat aku.

Keras kepala.

Aku pandang sekeliling, ada tali atas meja guru. Idea muncul.

"Taehyung, kau tahan pintu ni kejap."

Dengan pantas aku ambil tali tu,

Aku ikat tangan dan kaki Yoona.

"Apa kau cuba buat ni?" tanya Seokjin.

"Kau nak dia makan kau ke? Kalau kau tak sanggup bunuh, biar dia terikat macam ni." aku kata, Seokjin hanya diam.

"Woi pintu dah buka!" Jimin jerit kat kami.

***

Author's POV

"Woi pintu dah buka!" jerit Jimin.

Mereka segera keluar dari kelas tersebut,

Yoongi menarik tangan Seokjin, lelaki itu kelihatan berat hati untuk meninggalkan Yoona yang sudah menjadi zombie.

Sebaik sahaja mereka keluar,

Zombie-zombie yang berada di pintu depan tadi mengejar mereka.

Dengan pantas mereka melarikan diri.

Nasib tidak menyebelahi mereka apabila kelihatan lebih ramai mayat hidup berkeliaran di hadapan mereka.

"Tangga!" jerit Jungkook yang mengetuai pasukan itu.

Dia memukul kepala zombie yang menghalang jalan untuk ke tangga.

Setelah zombie itu tidak lagi bergerak. Mereka menuruni tangga untuk ke tingkat bawah.

Tingkat bawah,

Make It Until Tomorrow [ BTS X GFriend ] ✔Where stories live. Discover now