Dalam gelak tawanya, ada banyak benda yang tersirat dikepala
Ditekaknya tersekat, rasa kelat lebih dari kopi semalamMatanya ku lihat, ada cerminan
Cuba memberitahu, "aku penat, sangat penat"
Sabar kawan, aku tahu kau penat
Tapi aku yakin, Dia ada sesuatu yang lebih bik untuk kauBila Dia letak kau di satu puncak yang tinggi, yakinlah sepenuhnya
Sama ada Dia akan menyambut kau ketika kau jatuh
Atau Dia akan ajar kau bagaimana cara untuk terbangMungkin kita tak serapat mana
Namun cukup untuk aku menyayangimu sebagai adikku
Sepanjang perjalanan kita, terima kasih untuk semuaTak mahu aku bayangkan hari-hari mendatang tanpa kau
Siapa mahu melayan kerenah aku
Siapa mahu kacau aku
Siapa mahu gantikan tempat kau untuk akuAku ingin sekali perluk kau
Moga dengan cara itu kau tahu
Bahwa aku sayang dan peduli
Walaupun kadang aku tak kelihatan seperti ituAku pernah rasa bagaimana rasanya kehilangan
Sungguh aku tak mahu rasa untuk kali kedua
Aku risau kalau aku tak mampu bangun lagi
Disaat aku perlukan seseorang untuk aku terus mendakiAku sudah tidak ada sesiapa untuk bercerita
Aku takda sesiapa lagi untuk dipercaya
Aku bukan seorang yang mudah mesra
Aku cuma manusia yang penuh luka.
YOU ARE READING
Surat Yang Terlewat
PoetryTerlalu banyak perkara yang mahu aku ceritakan tapi sayang tidak berkesempatan. Lalu aku menulis surat untuk aku hantarkan pada langit. Biarlah satu dunia tahu bagaimana aku menceritakan indahnya saat itu tapi mereka tidak tahu rasanya bila hanya se...