Disebalik kekasarannya
Ada kelembutan yang terselindung
Disebalik ketawa girangnya
Ada kesedihan yang ditanggungGadis itu termenung lagi
Kali ini bukan kerana cinta
Kali ini kerana kematangannya
Dalam memikirkan semua perkaraDia pernah rasa kecewa kerana cinta
Tapi pernah lebih kecewa merobek kedua hati orang tua
Dirinya rasa tak berguna
Apabila melihat ibu bapanya berasa hampaBertahun sudah berlalu
Dan sekali lagi bakal merasakan perkara yang sama
Tidak mahu mengulang perkara yang sama
Lalu dia telan dan hadam hingga terseksa jiwanyaMak ayah
Aku tahu bagaimana rasanya kecewa
Dulunya aku pernah berjanji untuk membuatmu bangga
Tapi sekali lagi aku diketuk terduduk terpanaMak ayah
Doakan aku ya?
Aku akan cuba sehabis daya
Untuk melihatmu menangis bahagia.
YOU ARE READING
Surat Yang Terlewat
PoetryTerlalu banyak perkara yang mahu aku ceritakan tapi sayang tidak berkesempatan. Lalu aku menulis surat untuk aku hantarkan pada langit. Biarlah satu dunia tahu bagaimana aku menceritakan indahnya saat itu tapi mereka tidak tahu rasanya bila hanya se...