6 | Tergantung dibalik awan

109 9 4
                                    

Masing-masing mahu menunjuk kebahagiaan diri
Tidak henti-henti upload gambar sana sini
Dan aku yang masih peduli, sakit hati
Sedang dia bergelak ketawa tak henti
Tuhan, aku tidak larat
Dengan perasaan rindu yang makin sarat

Masih berfikir-fikir untuk mengucapkan selamat hati lahir
Tapi semuanya tak terzahir
Hanya air mata yang mengalir
Melihat kau buat kali yang terakhir

Oktober ini menjadi saksi
Egoku angkat setinggi langit
Biar rindu tergantung dibalik awan
Kerana aku percaya pelangi akan muncul selepas hujan

Tiada lagi perkataan atau kata-kata aluan
Cukuplah saja sampai sini kau ku banggakan
Esok lusa kau bakal aku lupakan
Seperti mana kau perlahan-lahan mulakan.

Surat Yang Terlewat Where stories live. Discover now