Part 43

2.4K 86 3
                                    

Rimas sangat aku rasa sekarang. Mata berlaga tajam memandang satu sama lain. Fikir aku boleh takut dengan kau. Petik jari je dah out. Tersingkir dari perlawanan.

"Well well well, look who here? Ice Princess? Low class" sindir Qaisara dengan British Accent nya. Sengaja nak naik amarah aku ni dara.

"Yes I am. So? Any problems miss?" Sinis aku memandang dia. Namun dia balas dengan pandang tajam nya. Tak tajam langsung bagi aku. Hanya ummi boleh kalahkan pandangan helang aku ini. Salute ummi.

"Aku nak ambil balik benda yang rampas sejak dulu lagi" kata dia lalu maju kehadapan aku sambil memeluk tubuh. Aku pun memandang dari atas ke bawah. Ehh minah ni berani pulak cari pasal dengan aku.

"Aku rampas benda kau? Tak pernah kot" aku terus menyuapkan gula getah pink ke mulut ku.

"Aku nak ambil balik kebahagian aku dan pangkat aku" bicara Qaisara aku balas dengan senyum. Senyum sinis.

"Kau tak layak dapat semua tu lagi lagi pangkat Queenka kat sekolah ini. Sedar diri lah sikit kau yang low class sangat" perli aku. Muka Qaisara dan yang lain mula memerah dan menarik muncung bibir yang teramat panjang.

"Kau akan menyesal Ariana Amelia" kata Qaisara sebelum mereka berempat melangkah keluar dari kelas ini. Aku terus menghelakan nafas lalu kembali duduk di tempat duduk aku. Pandang redup Irfan sengaja aku buat tak nampak. Bukan masanya lagi.

"Fuhh queen aku ini macam savage doh" ejek Asniza. Aku menahan malu walaupun dah biasa kena ejek oleh diorang.

"Yelah lagi lagi masa Qaisara maju tu. Chill je" tokok Aleeya. Aku balas dengan geleng kepala je.

Hampir sejam kemudian barulah jam loceng sekolah berdering menandakan waktu perhimpunan.

Sesampai di dalam dewan perhimpunan, kelihatan ramai yang tergesa gesa duduk di barisan kelas. Terutamanya lelaki. Semuanya panik nak cepat duduk. Cubalah jadi macam perempuan yang Always Chill whatever happen.

Aku terus mengambil tempat duduk dibelakang Aleeya. Nasiblah setiap kali perhimpunan akan disediakan kerusi untuk murid dan guru.

Setelah nyanyian lagu sekolah dan negara, kami akan mendengar ucapan daripada pengetua. Aku terus ingin mengalaskan lengan aku sebagai bantal tidur.

Baru sejak aku ingin melaburkan kepala ke bawah, namanya disebut. Lemah lulut dan jantung ini mengepam macam larian pecut. Aku mulai tak sedap hati. Kenapa dia masuk sini?. Habislah aku.

"Harini kita dapat murid baru. Namanya Tengku Jonathan Rideans. Dia baru sahaja berpindah ke sini. Jadi sila tunjuk sikap elok kamu" kata pengetua.

Dia memandang aku sinis namun aku balas dengan jelingan tajam. Seperti ada elektrik yang menghubung antara mata aku ke mata dia. Aku berdoa agar aku selamat daripada dia. Mesti korang nak tahu siapa 'dia' tu. Dia ialah Joe aka musuh ketat aku. Jonathan Rideans.

Welcome to my hell joe. Aku mula merancang plan untuk buat dia sengsara disini. Dia pun mula senyum kepada aku. Senyum jahat. Aku pun apa kurang senyuman aku. Senyum psycho. Dua dua seperti berasal daripada api yang panas membara.

"Baiklah kamu dibenarkan kembali ke kelas masing masing sekarang." Arah Pengetua. Aku terus berdiri ingin kembali ke kelas bersama dengan Asniza,Aleeya dan Lina. Aku cuba lewat disebelah dia. Dia menahan tangan aku lalu membisikkan sesuatu di telinga aku.

"Better kau berjaga jaga dengan aku. Takut kau jadi mangsa" bisik dia. Aku senyum lalu pusing kearahnya. Belum sempat dia berkata lagi aku dah kasih dia...

Pang!

"Don't you dare touch me" kasar aku berkata. Ramai yang melihat aku dengan pandangan gerun. Suara bisikan menyapa ke dalam telinga.

"Wow. Makin ganas sekarang. I like it baby" ejek Joe. Aku senyum sinis kami sebelum tinggalkan dia sendirian disitu.

"Apasal dia ke sini yah. Aku pula yang naik baran tengok dia kat sini" kata Lina dengan mengempalkan penumbuk. Asniza dan Aleeya mengiyakan kata Lina itu. Aku hanya memandang kearah luar tingkap.

"Sayang~" bisik Irfan mengundang rama rama di hati. Semenjak aku maafkan dia semakin romantik dia sekarang. Sampai aku pun naik muak kadang kadang. Belum lagi kalau dia terlebih manja.

"Ye? Nak apa encik?" Sengaja aku buat tak kenal. Cuba untuk mengenakan dia

"Saya nak hati Tengku Ariana Amelia boleh?" Kata nya sambil buat muka comel dia. Aku dah kata dia ni terlebih manja.

Aku cuba menahan ketawa. Namun senyuman aku mati apabila dia masuk ke kelas ini. Aku memandang dia dengan perasaan ingin tahu. Apa dia buat kat sini. Siap rapat dengan Qaisara.

"Hye sayang what wrong?" Soal Irfan menyedarkan aku dari lamunan.

"Nothing dear" aku menarik hidung mancungnya. Aww senyuman dia mencairkan hati aku. Kenapa kacak sangat dia ni. Dengan rambut yang agak basah. Rambut terjuntai di dahi lagi tu. Jantung please be nice.

"Irfan not a dear ok" kata dia manja. Aku memegang rambutnya yang terjuntai itu. Bahagia rasanya sekarang.

"Kalau ye pun nak romantik di tempat lain lah jangan kat sini. Mentang mentang kitaorang single boleh jeles tahu tak" kata Aleeya. Aku ketawa. Irfan cuma senyum lalu berdiri ke tempat duduk dia.

"Ishh kau ini kacau daun lah. Spoil je aku nak tengok drama hindustan" sindir asniza. Aku mula cemberut. Takkan kawan korang. Suka mengacau orang bahagia.

"Punya syok aku nonton lepastu Aleeya buat iklan pula" sambung Lina. Muka aku mula kemerahan. Aku mencubit ketiga tiga lengan diorang. Kan dah kena cubitan maut aku. Kami ketawa kuat hingga menarik perhatian Jo dan GL.

Diorang memandang aku tajam namun aku buat tak endah sahaja. Biarlah diorang aku tak kesah langsung. Tiba tiba pintu kelas terbuka lalu cikgu Fairus pun masuk ke kelas.

"Selamat pagi cikgu" kata Qayyum sebagai ketua kelas yang berwawasan tinggi. Kami pun mengikut mengucapkan selamat pagi lalu kembali duduk dan memulakan pembelajaran.

Sempat aku pandang kearah Irfan yang senyum manis kepada aku. FB dan FG yang lain fokus pembelajaran namun kami di belakang hanya berbalas pandangan.

Selesai pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu itu habis aku terus ingin ke tandas. Namun sebelum aku keluar terlebih dahulu GL dan Jo keluar beriringan entah kemana. Aku terus ingin ketandas bertemankan Lina disebelah.

Banyak yang kami cerita sampai di hadapan tandas. Aku terus masuk kedalam salah satu pintu tandas. Selesai membuang air kecil aku kelas dari pintu tandas itu. Namun kelihatan GL yang berpeluk tubuh. Aku cuba melihat keluar tandas namun terlebih dahulu pintu itu ditutup rapat dan dikunci oleh Qaisara.

"Ariana?" Teriak Lina dari luar. Aku cuba menenangkan diri. Terasa seperti seseorang memukul belakang aku mengunakan benda keras. Kenapalah aku kerap pengsan?. Pandangan aku gelap dan kabur lalu rebah menyembah tanah.

TBC

Dear FlowerGirls (E)(C) ✅Where stories live. Discover now