Part 30

2.9K 92 0
                                    

Media:Tengku Aleeya Maisara

Malam pun sudah membuka tirai. Tuala yang elok dijemur aku ambil sambil sangkutkan dibahu kanan. Habit aku memang suka berendam malam-malam ini. Feeling dia lain daripada pagi.

Laci bawah tandas aku buka lalu mengambil BathBom Lavender kegemaran aku. Perlahan-lanan aku celup benda itu kedalam tab mandi yang dipenuhi limpahan air. Gelembung-gelembung pun muncul dan air yang tadinya jernih bertukar warna menjadi ungu keterangan

Baju mandi aku lucutkan dan melangkahkan kaki masuk kedalam tab mandi. Aroma lavender pun menusuk rongga hidung. Nyaman.

Selesai berendam aku pun menukar pakaian tidur. Tuala kembali aku gantung di jemuran lalu ke katil empuk. Ip aku ambil dari meja. Fuh banyaknya nofication yang masuk

30 message from whatsapp
116 message from FlxwerGirl's
9865 likes on your photo instagram
15 missed call by Irfan XOXO

Baru sehari aku tak buka henpon dah berlambak nofication. Susahnya jadi hotstuff ni. Hahaha. Jam loceng aku pandang sekilas menunjukkan pukul 12 malam. Time to sleep. Bye bye gais.

Bunyi ketukan pintu menyedarkan aku dari mimpi. Eeee bencinya. Dah elok-elok aku mimpikan crush diganggu pulak. Upss.

"Ariana bangun sarapan pagi. Cepat kalau tak kami habiskan sarapan ini. Sedap tahu" jerit aleeya dari luar pintu. Aku pun bergegas menyarungkan sweater hello kitty ke badan aku. Pintu bilik aku buka lalu berlari anak ke dapur. Aroma nasi goreng. Aww

"Wehh nasi goreng" kata aku riang. Lina dan asniza seperti zombie tak bermaya duduk di meja makan. Aku pun hentak meja menyedarkan mereka.

"Bumm"

"Eh mak kau ke bumm naik bumbung jatuh tergolek" latah asniza

"Apalah kau ni Ariana. Bikin terkejut je. Kalau aku sakit jantung macam mana." marah Lina. Asniza sekadar mengangguk penat sungguh dinda sampai mengangguk geleng sahaja.

"Alah aku joke saja. Janganlah marah" rayu ku. Nasi goreng dihadapan meja seperti mengoda aku je. Ish².

"Hah. Kenapa nampak² je nasi goreng tu. Biasanya kau makan terus tak kisahkan kitaorang yang belum makan ni" perli Aleeya. Aku tersengih² macam cacing parasit.

Selesai makan kami terus ke bilik meninggalkan Aleeya bising membebel di dapur.

Tuala yang digantung aku ambil lalu ke bilik mandi. Sesudah itu, aku pun ke closet untuk mengambil pakaian sekolah dan baju sukan. Hari Selesa merupakan hari bagi kelas kami mengonar di padang. Well, lagipun cikgu Jason yang benarkan kami buat aktiviti sendiri.

"Wow tak sangka kawan aku ni pretty sangat" kata Lina tapi berbaur perli. Aku menyisir rambut dihadapan cermin. Yelah, takkan menyisir depan mangkuk tandas pulak.

"Kau pun apa kurangnya. Dah macam angels aku tengok" balas aku. Dia memasam muka lalu membaling kearah aku. Headshot. Kepala aku terhantuk meja. Dia ketawa lalu lari ke entah kemana.

Setelah semua selesai. Kami pun menaiki kereta masing-masing ke sekolah. Celoteh dj fm membuat aku ketawa mengalahkan langsuir.

Sampai saja di sekolah kami terus memarking kereta di kawasan vvip kami. Semua memandang kearah kami seperti mahu menelan saja.

"Psst. Pehal diorang nampak kitaorang macam kita ni buat jenayah" bisik Lina. Aku pun mengangkat bahu tanda tak tahu. Memang pelik.

"Tak adalah tu. Buat tak layan jelah" kata Ariana. Semua mengangguk dan ke kelas. Sempat lagi buat catwalk tak berbayar dihadapan dewan perhimpunan ke kelas diorang.

Kelas yang tadinya riuh sangat macam pasar ikan jadi senyap. Psst siapa yang tak seram bila cikgu Sam aka guru disiplin paling ditakuti. Sebut je nama cikgu Sam. Conform kecut perut kecuali FlowerGirls. Diorang kan pemberani mana boleh takut.

"Kenapa bising sangat kelas ni. Tak reti nak hormat kelas sebelah nak belajar ke? Dan awak Qaisara, kenapa bawa makan ke kelas. Kan dilarang bawa masuk makanan atau minuman ke kelas. Sekarang awak ikut saya ke bilik disiplin" arah cikgu Sam. Qaisara mengeluh lalu mengikut sahaja. Kawan-kawan yang lain bagi semangat. Geligelimen.

"Tulah bising lagi. Kenapa ditegur baru senyap?" Perli Qayyum aka ketua kelas paling spoil. Kuat sangatlah tu.

"Dah kenak tegur mestilah senyap. Tak macam kau yang tak faham bahasa nak membebel je kerjanya" balas Lina. Qayyum yang memandang dia tajam lalu menulis nama Lina di borang kesalahan. Childlish.

"Cehh minah kuntilanak ni lagi" Diana memang tak pernah puas hati dengan Lina. Dahlah Hafiz crushnya diambil oleh Lina. Reputasi group diorang pun menurun akibat jatuh saham dengan FlowerGirls. Si*l lah..

"Ehh hulk nak marah-marah ni pehal" kata Asniza. Fuhh berketul-ketul asap keluar dari hidung dan telinga Diana. Shamirah terus menenangkan Diana. Kang dia mengamuk yang tak berkenaan ni kena. Sabar jelah.

"Ehh dahlah tu layan moyang-moyang kuntilanak tu. Tak ada faedah langsung" ujar Ariana sambil senyum sinis kearah mereka. Takut lah tu. Baru gertak sikit dah kecut perut. Tadi bukan main gangster bagai. Sekarang dah macam tikus.

"That my girls" kata Irfan sambil menepuk bahu Hafiz. Dia ni kalau nak makan penumbuk aku memang bisu ni.

"Sakit bengong" marah Hafiz. Yang lain tak dapat dah nak tahan lawak. Muka Hafiz yang cemberut mengalahkan limau masam tu. Perempuan pun tak macam dia kalau merajuk.

"Lucu banget sik muka lo. Kayak limau masem" kata Rafiqal dengan bahasa indo yang menjadi tu. Cehh hampeh.

"Tak payahlah nak indo sangat. Kalau malaysian tu buat lah cara orang malaysia. Tak perlu jadi fake" perli Lukman. Dia dengan Aleeya ni sama. Dua-dua berbisa.

"Yelah" kata Rafiqal. Asniza terus memujuk kekasih hatinya itu. Ciri-ciri isteri mithali lah. Aww sweet. Yang lain cemburu beb. Sakit sangat. Cubalah dapat layanan macam tu kalau merajuk dari kekasih pujaan hati. Terus tak jadi nak merajuk langsung.

Yang GucciLadies ni punyalah bengang jadi penonton tak berbayar. Siap mengempalkan fist lagi tu. Well, mother hulk kan.

"Ada orang jeles tak bertempatlah" perli Aleeya. Sambil matanya melirik ke GL.

"Yelah. Muka-muka tak laku memang macam tu" fuhh pedis kata Ariana. Dah keluar aura singa betinanya.

"It ok cause tu es toujours dans mon coeur" kata Irfan. Pandangan dia menusuk hingga ke hati. Aku tak faham bahasa apa yang dia guna tu. Dah macam nak terkeluar tekak bercakap.

"Apa maksudnya tu" soal aku. Dia mengangkat bahu lalu meninggalkan kami yang blur tersangat.

Fireboys yang lain pun mengikut sahaja leader diorang. Aku yang tak faham dengan kata-kata  Irfan tu tekat untuk cari maksud sebalik ayat itu. Takpe, Google translate kan ada. Cehh, bukan boleh percaya sangat Google translate ini kadang-kadang.

TBC

Dear FlowerGirls (E)(C) ✅Where stories live. Discover now