Pakaian sukan khas aku pakai. Bentuk badan aku terlihat jelas kerana ketat. Memang reka bentuknya macam begitu.
Aku keluar dari bilik tidur menjenguk bilik Asniza. Nampaknya dia serba biru manakala aku serba hitam. Hitam is bae ok.
Kasut nike berwarna hitam putih aku sarungkan kat kaki aku. Tidak lupa stoking adidas kegemaran aku.
Kami berjalan beriringan ke Tapak Latihan. Disana ramai Skuad yang berbaris tegak. Aku mengangguk dan memang kebiasaan Institut mementingkan Disiplin yang tinggi.
"Baiklah mulai sekarang kami adalah Leader korang. Saya Ariana Amelia selaku Leader NightShadow dan sebelah saya ialah Aleeya Maysarah selaku Leader KillerWind dan seterusnya Lina Marlina sebagai Leader AnnoyHibs dan akhir sekali Asniza Adriana selaku Leader TheEye. Semua faham?"
Ariana memperkenalkan diri mereka semua kepada para WarHunter. Semuanya mengangguk arti faham.
"Aku nak korang berpecah mengikut Leader masing²" Lina mulai memberi arahan.
Semua angkur dan berbaris mengikut Skuad masing². Sebagai Leader haruslah tegas dan dingin agar tidak mudah dipandang rendah.
Ariana POV
"Baiklah seperti yang saya terangkan tadi. Saya ialah Leader kamu sekarang jadi sila patuhi arahan saya. Setiap latihan akan saya yang nilai so behave." tegas aku.
Semua mulai kecut perut kecuali seorang perempuan sebaya aku tersenyum sinis seperti menatang kesabaran aku.
"Yang kau nak kawal kitaorang pehal dah cukup hebat ke?" coii mengalahkan orang kuat dia berkata.
"Ya aku dah mahir so kenapa? Btw siapa nama kau?"
"Aku Fidra dan aku cabar kau sekarang. Siapa menang dapat jawatan Leader ok girl" dia cabar aku? Fuhh dia belum tahu tinggi rendahnya langit ini.
"Ok aku terima kalau kau kalah kau dipersilakan keluar dari Institut ini" ugut aku. Dia mengangguk.
Kami berdua ke gelanggang berlawan. Semua skuad melihat kearah kami termasuk member FlowerGirls yang lain.
"Ceh ada orang nak beat dengan Ariana. Dia tak tahu ke Ariana tu hebat" bisik lelaki kat rakan sebelahnya.
Aleeya buat tak dengar then fokus dengan perlawanan yang akan terjadi. Fidra memanaskan badan manakala aku hanya tenang.
Kedua²nya sedia. Lina menjadi pengadilnya. Aku mula sedia sama seperti dia. Bunyi loceng menandakan permainan bermula.
Dia memulakan pergerakan ingin menumbuk perutku namun aku lebih pantas menendang kakinya hingga mukanya terhampas di lantai.
Hidungnya berdarah menaikan amarahnya. Dia mencuba lagi menjatuhkan aku lalu aku menumbuk kerongkong nya. Dia berbatuk darah dan mengesat darah yang mengalir.
Namun nasib menyebelahi aku apabila tendangan kuatnya terkena pipi aku. Aku mulai marah. Yang aku fikir hanya nak habiskan budak mentah hadapan aku ni.
Aku mula menumbuk pipinya hingga dia terbaring lemah. Aku teruskan dengan menendang perut dengan kuat hingga mulutnya terkeluar darah.
Aku hentakan kaki aku kat mukanya. Badan aku ditahan oleh Lina akibat budak itu hampir mati aku kerjakan.
Dia diangkat ke bilik kesihatan oleh kawan²nya. Amarah aku mulai menurun akibat pujukan Asniza. Dia menyapu belakang aku untuk bertenang.
Aku kembali dapat nafas ku dengan normal. Pipi ku yang biru itu aku sapukan ice cube. Aku kembali kehadapan murid aku dan memberi arahan kepada mereka.
Semuanya kelihatan takut dengan aku akhirnya akur. Aku menyuruh mereka berlatih di luar Institut. Aktiviti pertama ialah latihan menembak.
Bagi aku menembak ini adalah kegemaran aku. Mata aku tertarik kepada seorang budak perempuan yang asik terlepas target.
Aku mulai memberi tunjuk ajar dengan baik. Malaslah nak marah terus. Dia mengangguk tanda faham. Akhir perhatikan kembali murid² aku yang lain.
Semuanya seperti dah dapat biasakan diri menembak. Aku teruskan dengan latihan berlawan. Aku bahagikan mereka kepada 4 kumpulan disetiap kumpulan ada 5 orang.
Aku mulaikan perlawanan antara kumpulan 1 dan 4 selepas itu dengan kumpulan 2 dan 3. Semuanya seperti kurang kemahiran.
Diakhir latihan aku mengajar beberapa teknik yang aku diajar oleh bekas Leader aku dahulu. Dengan teknik flying kick, Punch down dan lain².
Petang hari semuanya aku benarkan mereka balik ke bilik masing² untuk berehat dan aku mengatur langkah ke bilik kami. Aku membuka pintu bilik dengan lemah. Kelihat Asniza dengan popcorn ditangannya dan Lina yang duduk disebelahnya manakala si Aleeya baring kat hadapan tv.
Serupa kapal terhempas ruang tamu aku ni. Malas nak ambil kisah aku terus ke bilik menunaikan solat dan tidur.
Keesokan paginya aku memulaikan diri dengan senaman ringan di gym khas. Lalu aku berjoging dipersekitaran Institut. Peluh membasahi badan aku.
Terasa ada tangan menyentuh bahu aku. Aku pun pandang ke belakang dan Fidra yang kemarin meminta maaf akibat sikapnya yang kurang ajar.
Aku memaafkan dia dan menemaninya ke biliknya. Sampai dihadapan bilik tidur nya tangan aku ditarik kuat masuk ke bilik dan sapu tangan mengandungi mofin ditekup mulut aku. Aku rebah terlelap. Dunia aku semakin gelap dan pandangan kabur akhirnya aku pengsan.
Tbc
YOU ARE READING
Dear FlowerGirls (E)(C) ✅
Novela Juvenil*sorry awal cerita agak songsang tak teratur (#18 in teen fiction *5/1/2018) -FlowerGirls Menceritakan tentang empat orang gadis yang terkenal akan sikap dingin namun berwajah cantik. Sebut sahaja nama FlowerGirls pasti orang akan membayangkan Leade...