Debukk...!!!
Qiara jatuh dalam keadaan telentang. Dia dapat merasakan yang dia sedang terbaring di atas rumput yang lembut. Tiba2, dia terpandang sepasang kaki berjalan ke arahnya. Dan, keadaan menjadi gelap gelita. Qiara pengsan.
Qiara tersedar apabila badannya terasa hangat. Dia menggosok2kan matanya yang terasa pedih. Dia meraba2 mukanya. Fuhhh... nasib baik purdahnya masih ada. Lalu, dia terpandang unggun api yang meliang lintuk di hadapannya. Hari telah malam. Qiara terpinga2. Macam mana dia boleh ada kat sini? Dia juga terdengar deruan air sungai yang mengalir. Siapa yang membawanya ke sini?
Tiba2, datang seorang lelaki membawa kayu api lalu meletakkan kayu2 api tersebut berdekatan dengan unggun api. Dia berpaling ke arah Qiara. Qiara terpana kerana rambut lelaki tersebut berwarna putih. Qiara menjadi takut.
"Awak dah sedar." Lelaki tersebut mendekati Qiara.
"Awak...awak siapa?" Qiara mengengsot ke belakang dengan takut2. "Jangan dekat dengan saya."
"Opss, maaf." Lelaki tersebut berhenti dengan rasa bersalah lalu kenbali melakukan kerjanya. "Takpelah, awak tidur la dulu." Lelaki berambut putih itu berkata kepada Qiara.
Qiara berasa sedikit tenang. Apabila yakin lelaki tersebut tidak akan mengganggunya, Qiara pun memejamkan matanya perlahan2. Dia pun terlena kerana badannya masih lagi berasa letih.
Dalam masa yang sama, keadaan di tapak perkhemahan menjadi gempar. Senua guru menjadi runsing. Kehilangan Qiara dan Haikal menimbulkan kebimbangan kepada guru2 dan dan semua peserta perkhemahan tersebut. Kebimbangan ini lebih terserlah pada wajah Faris, Adam dan Nizam. Lebih2 lagi kehilangan ini mempunyai kaitan dengan mereka.
Para peserta telah diminta untuk membantu guru2 memberikan maklumat tentang Qiara dan Haikal. Elma, Lidya, Nani dan Fariha telah tampil memberikan sedikit maklumat kepada guru bahawa Qiara telah ke sungai untuk mengambil air seorang diri. Namun, dia tidak kembali setelah itu. Apabila mereka ke sungai, kelihatan tiada sesiapa pun di sungai tersebut.
==========
Arae : Sorry sangat2 sebab bab 3 ni pendek sangat2...(!)_(!)
Inshaallah bab2 yang seterusnya Arae akan cuba buat panjang2...hehehe
YOU ARE READING
Fantasi Cinta Sufi'zz
FantasySufiana Qiara - Dikenali sebagai Qiara dan masih lagi belajar di sekolah menengah. Satu kehidupan yang sepi menyelubungi dirinya kerana menjalani hidup tanpa insan bernama sahabat walaupun seorang. Merupakan anak yatim piatu namun bahagia bersama ad...