Bab 13

78 10 0
                                    

  Semenjak kejadian tersebut, Sufi kelihatan agak murung. Dia tidak bercerita apa2 pun kejadian yang telah berlaku kepada sesiapa pun termasuklah Mak Ngah, Pak Ngah dan Faez. Jika mereka bertanya apa yang telah berlaku, Sufi hanya diam dan menggelengkan kepalanya. Akhirnya, tidak ada sesiapa lagi yang ingin bertanya.

  Hari persekolahan hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum cuti panjang akhir tahun bermula. Peluang yang ada ini digunakan sebaik mungkin oleh Haikal untuk meminta maaf kepada Sufi dan menjadi kawan. Namun, Sufi kelihatan agak dingin.

  Pada hari itu, Sufi ke sekolah seperti biasa. Seperti biasa juga pasti ada suara2 seterunya yang sudi untuk 'menyapa' Sufi.

  "Weh,weh...orang sesat dalam gaung dah datang la." Adam bersuara.

  "Huh...menyampah aku." Faris seakan2 meluat melihat Sufi.

  "Memang, kenapalah dia tak mampus jer?" Nizam menyokong kata2 Faris.

  Sufi hanya tersengih di sebalik purdahnya. Faris dan kawan2nya belum berubah lagi sama seperti sebelum ini. Cuma kali ini, Haikal tidak lagi menyertai kumpulan tersebut. Haikal sudah menyesal. Sudah banyak kali dia memohon maaf kepada Sufi. Tetapi, Sufi masih lagi dingin.

  Pada waktu rehat, Sufi tidak ke kantin. Dia hanya duduk di dalam kelas sambil membaca novel yang dibawanya kerana dia tiada selera untuk makan. Sedang dia asyik membaca novelnya, Haikal tiba2 masuk ke dalam kelas. Lelaki itu kelihatan terkejut.

  "Qia...Sufi, apa kau tak makan ke?" Soal Haikal.

  "Apa kau kisah? Suka hati aku la nak makan ke tak. Perut aku bukan perut kau." Sufi menjawab selamba.

  Haikal tidak terkejut dengan reaksi Sufi. Dia sedar, semenjak kejadian tersebut, Sufi menjadi agak kasar. Sikap lemah-lembutnya seakan2 hilang. Tapi Haikal tahu bahawa dia dan kawan2nyalah yang menjadi puncanya.

  "Sufi, aku mintak maaf. Aku kesal sangat2 apa yang telah aku buat." Entah sudah kali ke berapa Haikal meminta maaf.

  "Kau ingat aku peduli ke kau berubah ke tak? Bukan urusan aku. Itu hak kau nak menyesal ke nak apa. Bukan masalah aku." Agak biadab jawapan Sufi.

  Haikal kelihatan agak sedih.

  "Tapi bagus jugak. Sebenarnya kan, aku patut berterima kasih dekat kau dengan kawan2 sampai ke syurga kau tu. Sebab korang la aku jatuh ke dalam gaung yang saaangat harmoni tu. Dan sebab korang jugaklah aku dapat jumpa dengan insan2 yang sudi berkawan dengan aku dengan ikhlas." Ujar Sufi sinis.

  Haikal langsung tidak mengerti apa yang dikatakan oleh Sufi. Tidak lama kemudian, seorang demi seorang pelajar kelas tersebut masuk ke kelas.

  Masa terus berlalu dengan begitu pantas. Hari ini sudah sampai hari terakhir persekolahan bagi tahun itu. Tidak banyak aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut. Kebanyakan pelajar berborak sesama mereka tentang perancangan pada waktu cuti nanti. Semua pelajar kelihatan gembira kecuali Haikal. Dia tidak akan berasa tenang selagi belum mendapat kemaafan Sufi.

  "Sufi please...maafkan aku. I beg you." Haikal merayu.

  Sufi menjadi bengang.

  "Eee...sakitnya hati aku! Waktu aku merayu dulu, ada kau simpati ke. Padahal itu melibatkan nyawa aku. Melibatkan hidup dan mati aku. Sekarang kau nak aku maafkan kau?" Merah padam muka Sufi menahan marah.

  Haikal terkelu. Dia betul2 menyesal. Memandangkan Haikal tidak bersuara, Sufi terus berlalu.

  Pada petang itu, Sufi melangkah keluar pintu pagar sekolah. Dia sudah tidak sabar  untuk pulang ke rumah dan bercuti panjang. Tiba2, namanya dipanggil.

  "Sufi!"

  Sufi cukup kenal akan suara itu. Dia terus berjalan sebelum dirinya tiba2 dihalang.

  "Sufi, aku merayu Sufi. Maafkan aku. Kalau kau tak maafkan aku, selagi itulah aku tidak akan tenang." Haikal agak sebak.

  "Senangkan kalau jadi orang jahat ni? Lepas buat salah tu terus mintak maaf jer. Senang." Sufi berkata sinis.

  "Susah sangat ke kau nak maafkan orang. Setiap manusia tidak ada yang sempurna, pasti ada yang buat silap. Lagikan nabi ampunkan umat, takkan kau tak boleh. Takpelah, aku redha. Aku sedar dosa aku kat kau sangat besar. Oklah, kau boleh pergi." Suara Haikal seakan2 tersekat di kerongkong.

  Sufi terkedu. Dia tidak betah jika dikaitkan dengan hukum-hakam agama. Riak bersalah mula terpapar pada wajah Sufi.

  "Aku..." Sufi tidak tahu apa yang harus dia katakan. Dia pun hendak berlalu.

  "Sufi, aku nak jadi kawan kau." Haikal berkata lalu terus beredar dari situ.

  "Maafkan aku Haikal." Sufi sebak. Dia pun turut berlalu.

  Pada malam itu, Sufi termenung di luar rumahnya. Mak Ngah, Pak Ngah dan adiknya telah pun tidur. Malam masih muda. Beberapa orang anak muda sedang melepak di hujung kawasan perumahan tersebut. Sebenarnya, Sufi rindukan I'zz dan Kerisa. Kata2 terakhir I'zz sentiasa mengganggu fikirannya.

  "Dan, saya nak awak tahu yang saya cintakan awak." Kata2 tersebut kembali berputar di fikiran Sufi.

  Tanpa diduga, air nata Sufi mengalir perlahan2.

  "I'zz, Kerisa, kat mana korang? Aku rindukan korang." Rintih Sufi.

  Malam terus merangkak perlahan2.

==========

Arae : Haaa...lama dah Arae tinggalkan Fantasi Cinta Sufi'zz ni. Sorry sangat2 kepada mereka2 yang sudi baca dan tunggu update daripada Arae...
😘😘😘

Fantasi Cinta Sufi'zzWhere stories live. Discover now