Bab 7

97 14 3
                                    

  Keesokan harinya,mereka bersiap2 untuk menyambung pengembaraan mereka dengan seorang ahli baharu iaitu Kerisa. Sedang mereka bersiap,tiba2 Kerisa menyatakan hasratnya untuk mandi.

  "Apa,awak nak mandi?" Sufi agak terkejut.

  "Ha'ah. Dah dua hari saya tak mandi. Badan pun dah bau macam kerbau. Hahaha...." Kerisa berseloroh.

  "Betul jugak tu." I'zz menyokong." Awak tak nak mandi ke Sufi?" I'zz tujukan kepada Sufi.

  "Err....tak kot. He...he...he... Takpe,awak pun tak mandi." Sufi tersengih.

  "Alamak....untuk pengetahuan awak,saya mandi waktu malam. Bila awak dah tidur saya mandilah."

  "Eee...tak aci." Sufi bercekak pinggang tanda geram.

  Kerisa hanya tergelak kecil melihat gelagat Sufi dan I'zz.

  "Hah, awak tak nak mandi ke Sufi?" Kali ini giliran Kerisa pula bertanya.

  "Macam mana saya nak mandi kalau mamat ni ada kat sini." Sufi menjegilkan biji matanya kearah I'zz.

  "Biar jelah." Kerisa berkata selamba sambil ingin membuka pakaiannya membuatkan Sufi terkejut.

  "Eh,awak nak buka pakaian ke?" Sufi bertanya kalut ke arah Kerisa.

  Kerisa hanya mengangguk.

  "Eh, tak boleh." Sufi menghalang. "I'zz, awak boleh tak pergi jauh sikit dari sini? Saya dengan Kerisa nak mandi. Tak boleh orang lelaki tengok orang perempuan mandi. Berdosa. Janji tau jangan tengok."

  I'zz agak kebingungan namun dia hanya menurut tanpa banyak kerenah. Kemudian, barulah Sufi dan Kerisa mandi.

  Mereka mengembara lagi dengan menyusuri sungai tersebut. Mereka berjalan sambil berborak bagi lebih mengenali antara satu sama lain. Sufi baru mengetahui bahawa Kerisa turut menerima nasib yang sama seperti dia dan I'zz.

  Menurut cerita Kerisa, dia berasal dari dunia lain yang dikenali sebagai Sylvana. Kerisa hidup bahagia di samping ibu, ayah dan adiknya. Pada suatu hari, kampung Kerisa telah diserang oleh segerombolan askar yang jahat. Semua penduduk kampung tersebut telah dibunuh termasuklah ibu, ayah dan adiknya.

  Kerisa yang sempat melarikan diri ke dalam hutan telah terjatuh ke dalam sebuah lubang yang dalam. Apabila dia tersedar, dia telah berada di sini. Menurut Kerisa, dia telah berjalan seorang  diri di sini sehinggalah dia bertemu dengan Sufi dan I'zz. Sufi berasa kasihan mendengar cerita Kerisa.

  Setelah agak lama mereka berjalan, mereka berhenti seketika untuk melepaskan lelah. Mereka makan ikan bakar yang telah ditapau oleh Sufi untuk mereka mengalas perut.

  "Sufi, apa yang awak buat pagi tadi tu?" Kerisa bertanya bagi memulakan perbualan.

  "Hah, yang mana?"

  "Alah, ada yang awak angkat tangan, kemudian awak tunduk, kemudian awak sujud, kemudian awak bangkit semula."

  "Ouh...itu solat. Banyak pulak kemudian awak." I'zz menjawab bagi pihak Sufi. Sufi hanya tersenyum dan nengangguk.

  "Tapi kan, untuk apa awak solat yer Sufi?" Kali ini I'zz pula yang mengemukakan soalan.

  Sufi menghela nafas panjang.

  "Baiklah. Biar saya terangkan. Solat tu merupakan satu ibadah. Semua orang Islam wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Solat ni merupakan  salah satu cara manusia menyembah tuhan yang maha maha Esa, Allah S.W.T. Tuhan saya, tuhan awak berdua dan tuhan semua makhluk yang ada di alam ni."

  "Ouh...tapi Islam tu apa?" I'zz bertanya lagi.

  "Islam tu adalah agama yang benar, agama yang selamat. Di bumi ada banyak agama. Ada agama hindu, budha, kristian dan banyak lagi. Tapi, hanya Islam sahaja merupakan agama yang benar."

  I'zz menganggukkan kepalanya.

  "Tapi kan, awak kata Allah tuhan kita. Kenapa bangsa saya di Sylvana menyembah bukit. Di Sylvana ada sebuah bukit yang sangat besar. Di situlah kami pohon apa2." Kerisa menyatakan kekeliruannya.

  "Hurmm..." Sufi seakan2 berfikir. "Mungkin Allah belum detikkan hidayah di tempat awak untuk mempelajari ajaranNya. Hidayah ni macam petunjuk la."

  I'zz dan Kerisa kelihatan mengangguk2.

  "Sufi, kenapa awak pakai kain untuk tutup kepala awak tu?' Muka awak pun awak tutup." Soal Kerisa.

  "Ha...ini kita panggil tudung." Sufi memegang tudungnya. "Agama Islam mewajibkan semua golongan perempuan menutup aurat iaitu seluruh badan kecuali muka dan kedua pergelangan tangan. Bagi lalaki pulak dari pusat hingga ke lutut. Saya pakai kain kat muka ni sebab ia suruhan mak ayah saya. Saya sayang mak dan ayah saya." Sufi kelihatan tenang. "Kain ni kita panggil purdah." Kali ni Sufi menyentuh purdahnya.

  "Awak tak panas ke pakai tudung dengan purdah tu?" I'zz bertanya.

  "Bila kita buat sesuatu dengan ikhlas, kita tidak akan rasa terbeban dengannya. Saya pakai tudung dengan purdah ni dengan kehendak saya sendiri. Sebab tulah saya takde masalah."

  Akhirnya, I'zz dan Kerisa berpuas hati dengan penjelasan Sufi. Setelah mereka berehat beberapa ketika, mereka menyambung perjalanan mereka.

  Sedang mereka berjalan, tiba2...

  "Tolong...tolong..."

==========

Arae : Haa...korang rasa suspen tak? Kalau tak, sorry la sebab Arae ni budak baru belajar. Kalau korang rasa suspen, kalau rasa nak tahu jer siapa yang mintak tolong tu, nantikan bab yang seterusnya yer....wohooo^_^

Fantasi Cinta Sufi'zzWhere stories live. Discover now