"Aku nak kau cari perempuan tu sampai dapat. Aku bagi masa dalam dua hari, kalau tak aku buang korang semua ni. Faham!" arah Tan Sri Najib kepada orang bawahannya. Mereka berlima mengangguk tanda faham atas arahan diberi .
Tan Sri Najib. Seorang lelaki yang sudah dimamah usia. Beliau seorang jutawan dalam bidang perniagaan. Namanya cukup terkenal dalam kerjayanya. Tapi malang, sikap tidak sebaik nama. Walaupun sudah berumur dan layak digelar warga emas, dia seorang yang bersikap buaya dan suka dikeliingi wanita. Ramai wanita sejenis 'pisau cukur' yang telah didampinginya. Semuanya atas nama harta dan tidak lebih dari itu.
"Dah korang boleh keluar." Kelima-lima orang suruhan Tan Sri Najib segera beredar. Tan Sri Najib memicit pelipis dahinya yang sudah berkedut dan berkerut. Fail dan buku-buku diatas meja terus ditepis dan jatuh kesemua fail dan buku itu berteraburan diatas lantai.
"Aku akan cari kau sampai dapat Umairah. Kau tunggu."
⭕⭕⭕
Doa diaminkan sebaik itu, Umairah melipat sehelai kain yang dijadikan penganti sehelai sejadah. Nak minta Edyan malu. Nasiblah tudung dan baju kurungnya cukup syarat sah solat. Tanpa Umairah sedar, ada seseorang memerhati dari belakang."Eh Tuan, maaf saya tak perasaan Tuan datang. Tuan ada apa-apa yang boleh saya tolong." Soal Umairah kepada Edyan. Edyan termenung dihadapan pintu bilik manakala Umairah setia menanti jawapannya.
"Tuan." Panggil Umairah lagi tapi masih tiada respon.
"Tuan Edyan!" Nada sedikit meninggi. Baru Edyan tersedar dari lamunannya lantas satu deheman terhasil.
"Ehem, kau cakap apa? Aku kurang dengar."
"Tuan nak saya tolong apa-apa ke?"
"Er, ha'ah aku nak.. aku nak kau tengokkan rumah. Aku nak keluar."
"Tuan nak pergi mana?"
"Eh, suka hati akulah. Yang kau nak menyibuk kenapa? Eh, ingat kau tu orang gaji aja dalam rumah aku. Kau tak ada hak nak tanya kemana aku pergi. Suka hati akulah nak pergi ke kelab malam ke, pusat pelacuran ke, tu semua masalah aku. Faham!"
"Astafirullahalazim." Umairah mengucap sambil memejamkan matanya. Kenapalah Edyan bersikap sebegini?
"Dah aku meluat nak hadap muka kau and one more thing. Dah pandai-pandai datang dalam hidup aku, pandai-pandailah kau hidup sendiri. Nah!" Lima keping no.50 ringgit terus dicampak kearah Umairah. Serta merta duit itu berteraburan diatas lantai. Umairah hanya mengangguk dan kepala tunduk kelantai.
"Ba..baik Tuan."
"Sempena aku tak ada dekat rumah ni, jangan sekali kau bawa jantan masuk. Manalah tahu kau dah teringin sangat nak menyundal. Kalau aku dapat tahu kau bawa masuk jantan lain, dengan kau, kau sekali aku bunuh."
Bang
Pintu bilik ditutup kuat. Umairah memejamkan matanya akibat rasa terkejut. Terus dia jatuh terduduk keatas lantai. Dadanya turut dipegang akibat menahan rasa. Tiada air mata yang mampu keluar lagi.
Kenapa? Kenapa Edyan terlalu kejam keatas dia? Dia yakin perangai Edyan jauh lebih baik dari itu.
Duit yang berteraburan diatas lantai terus dikutip. Umairah mengeluh atas lelah yang perlu ditanggung untuk meneruskan hidupnya bersama lelaki Hitler seperti Edyan malah lebih kejam dari itu.
YOU ARE READING
Gelaran Isteri
Romance[ #2 in Romance ] "You are the one who decided to get married with me. So, welcome to the hell, sweetheart." -Edyan Naufal Menyesal. Itulah apa yang boleh dicop pada Umairah. Dirinya hanya ditemani air mata. Didera mental dan fizikal. Hati lelaki it...