Bab 30

19.8K 666 46
                                    

Daun kering serta ranting-ranting kecil yang telah dikumpul dimasukkan ke dalam beg plastik sampah berwarna hitam  menggunakan penyodok setelah itu diikat kemas. Umairah bercekak pinggang dan melihat sekeliling halaman rumah. Bersih dan kemas serta yang paling penting rumput yang menghijau dan bunga mekar yang mewarni halaman rumah itu.

Beg plastik hitam itu terus diangkat dan dibawa keluar ke tong sampah diluar halaman rumah. Pagar kecil dibuka dan sampah diletakkan ke dalam pintu tong sampah yang dikhaskan untuk meletakkan sampah atau barangan kitar semula.

Baru sahaja Umairah melangkah semula ke pagar kecil, sebuah kereta hitam yang bertinted gelap berhenti betul-betul dihadapan rumah itu atau lebih tepat dihadapan Umairah. Mata dikecilkan Umairah untuk melihat lebih jelas pemandu didalam kereta tersebut. Siapa ni? Kawan Edyan ke?

"Kak Mairahhhh" Umairah memusing kebelakang apabila dirinya dipanggil seseorang. Ha muncul balik dah budak bertuah ni.

"Eh Luqman" Luqman tersengih menampakkan giginya. Kereta yang berhenti secara tiba-tiba itu berlalu pergi. Umairah memandang kereta hitam tersebut hingga hilang dari pandangannya. Salah rumah mungkin.

"Siapa tu kak?"

"Erm, entahlah kakak pun tak pasti tiba-tiba aja berhenti depan rumah ni." Umairah menjongket bahu menandakan dia sendiri tidak pasti. Agaknya GPS rosak kot.

"Entah-entah dia nak culik kakak kot. Omaigadd!!" Luqman pura-pura terkejut. Ish drama jelah budak bertuah ni.

"Jangan nak mengarut siapa lah kakak ni orang nak culik bagai. Kaya pun tak."

"Ala kaya tak kaya lain cerita kak. Akak tu perempuan. Lawo pulak tu. Ha faham-faham jelah."

"Hm yelah. Awak tu kenapa panggil kakak, ada nak minta tolong apa-apa ke?"

"Oh, haah kejap kak kejap sabo. Akak tunggu situ kejap eh tunggu."

"Ye akak tunggu. Awak jangan lama sangat. Panas ni." Luqman terus bergegas kedalam rumahnya. Beberapa minit berlalu baru Luqman muncul membawa sesuatu ditangan.

"Kakak tengok niiii." Barang yang berada ditangan Luqman diangkat tinggi dan ditunjukkan pada Umairah. Umairah membeliakkan mata tanda terkejut. Mulutnya terlopong dan serta merta ditekup menggunakan kedua belah tangan. Maaf sis teruja.

"Luqmann!!!"

"Comel tak kak?" Sangkar yang dipegang Luqman itu diperhati Umairah teruja. Ada dua ekor hamster Winter White yang sedang tidur didalam sangkar itu. Hamster itu berwarna saphire dan pearl bersaiz anggaran 7cm hingga 8cm.

"Comelnya Luqman eeee, geram!!" Mata Umairah masih tidak beralih memandang hamster itu. Rasa nak cium-cium puluk-puluk, gumpal-gumpal, lontar-lontar je rasa.

"Comel kan? Macam saya." Ujar luqman. Rambut panjang separas bahunya dilibas kebelakang. Umairah pula masih kuysuk memandang hamster didalam sangkar tanpa membalas. K.

"Kenapa Luqman tunjuk dekat akak. Nak hadiahkan dekat akak ke?"

"Eh-eh. Mana ada. Ni kita punya. Tak boleh." Umairah membuat muka poker face nya. Harapan palsu!

"Hurm dahtu kenapa awak tunjuk dekat akak?"

"Heh kita tunjuk sebab kita nak bagi akak la ni."

"Eh tadi kata awak punya."

"Ish, kita bukan nak bagi akak semua kita nak bagi akak untuk minta tolong jagakan."

"Jagakan?!" Umairah semakin teruja.

"Haah, kita nak pergi bercuti ni. Tapi tula, kita tak boleh bawak Labubu dengan Ciciko ni."

"Labubu, Ciciko?" Soal Umairah

Gelaran IsteriWhere stories live. Discover now