Nak pergi toilet sempat lagi ni. Jap lagi sambung baca balik tau. Janji ye!
**************************************
MANIS berdiri tegak menghadap Lee. Kepalanya menjengah ketiak sendiri sambil terkepak-kepak seperti anak burung baru belajar terbang. Kemudian, dia memandang Lee kosong, sama maksud dengan pandangan Lee kepada Manis. Kosong. Zero. Akalnya buntu. Pakaian apa yang nak disarung ke badan Manis? Manis muncul dihadapan rumah sehelai sepinggang. Hanya ada dua tiga helai baju di dalam beg galasnya. Semuanya telah habis digunakan. Ada berlonggok di dalam bakul baju kotor, tak ada siapa nak tolong basuh.
"Selesa tak?" Lee keluar suara bertanya. Mata besar Manis berkerdip sekali. Lee memanjangkan tangan membetulkan letak leher baju yang jatuh dari bahu. Tak ubah gaya macam baju pinjam. Itu Tee yang paling kecil ada dalam lipatan, tetapi masih terlalu besar buat Manis. Lebar dan panjang melepasi lutut.
"Takpelah besar sikit. Takdelah sejuk malam-malam macam ni." Lee jawab soalan sendiri yang tak bersambut.
"Esok kita akan beli baju baru kan, Papa?" Suara kecil itu mencelah ditengah-tengah soalan Lee. Lee padam senyum yang baru nak terukir di bibir. Langsung keras riak mukanya mendengar perkataan 'Papa'. Allergic. Itu kira satu hal. Satu hal lagi, nak beli baju guna apa? Air liur? Bulu kaki?
"Berapa kali kena cakap ni~"
"Okay, okay. Sorry Uncle. Manis sorry, Uncle Lee." Mendung air muka Manis tatkala Lee mula meninggi suara. Takut. Kalau-kalau Lee naik angin. Dia memandang Lee, pancing dengan anak mata bulat. "Tapi, Manis masih boleh beli baju baru kan, Uncle Lee?" Sambungnya. Anak kecil itu hias senyum comel pada wajahnya. Leher yang jatuh ke bahu diangkat berkali-kali tanpa jemu. Tak berani mahu merungut. Seboleh-bolehnya dia mahu menjaga hati Lee.
Lee panggung dagu. Not 50 ada dua keping di dalam wallet. Cukup untuk belanja diri sendiri hingga cukup bulan. Hakikatnya, dia bukan hanya ada diri sendiri sahaja sekarang. Ada Si Manis yang jatuh dari langit. Jatuh dari langit as if muncul tiba-tiba. Maksud kira lebih kuranglah.
"Kalau Papa Uncle tak ada duit, tak apa. Manis boleh cucikan baju yang Manis dah pakai. Kita tak payah beli. Ibu pesan, jangan susahkan Papa. Err... Uncle. Err... Sorryyy... Manis tak sengaja." Tangan kanan Manis menekup mulut dan sebelah lagi mendarat di peha Lee. Risau benar jika kali ini Lee betul-betul marah. Memang tak pernah tengok, kalau boleh tak nak tengok sampai bila-bila.
Lee nak tergelak melihat anak kecil itu sedaya upaya memohon maaf. Risau sekiranya dia melenting tak ingat dunia. Bukan nak marah sangat pun. Gelaran Papa lansung bukan sesuatu yang penting untuk dia terasa hati sampai nak lempar pinggan mangkuk. Lee cuma tak mahu Manis terbiasa dengan sesuatu yang tak pasti. Sejauh mana kebenaran Manis mewarisi darahnya, Lee masih ragu-ragu. Dia sendiri sibuk mencari asal usulnya, kini bertambah pula dengan masalah tak berjemput ini. Bingung.
"Uncle tak marah. Manis pergi baring kat depan dulu. Biar Uncle je yang basuh baju-baju Manis tu." Tangan menyapa belakang Manis meminta dia ke ruang tamu sendirian. Manis akur, tak banyak soal. Lee tak marah dah cukup baik, jadi ikut sahaja permintaan pak cik itu.
"EK-HEM."
Tangan kecil itu terhenti seinci daripada kanvas yang siap berconteng wajah pelanggan. Terkedu bila ditegur oleh suara berdehem Lee. lee pandang Manis dengan hujung mata tanpa menggerakkan kepala. Gadis kecil itu teragak-agak menjatuhkan tangannya ke sisi semula.
"Uncle dah kata jangan usik barang-barang Uncle dalam kedai ni kan?" Lee bercakap dengan kanvas yang separuh berlukis di depannya. Dia masih lagi lincah menyiapkan kerja. Cepat siap, bermakna cepat jugalah duit terbang masuk ke dalam poket.
KAMU SEDANG MEMBACA
Manis
HumorDalam satu pertemuan tak dijangka di depan rumah, Lee terjerat di dalam permainan yang tidak menguntungkan dirinya. Masakan tidak, dia terpaksa membela Manis yang tiba-tiba sahaja muncul di depan pintu dan mengaku dia berbintikan Lee! Gila. Memang...