Manis_5

114 6 1
                                    

Telur. Satu papan.

Gula. Garam. Serbuk perisa maggi. Eh, perlu ke? Ubun-ubun Manis di pandang. Tak. Tak baik untuk kesihatan.

Uncang teh boh. Ke Lipton? Kotak merah hijau dengan kuning emas itu dipandang silih berganti. Lipton lah. Ringan siket rasa dia.

Kicap. Penting ni. Hidup mati jangan buat main. Samalah macam kicap.

"Uncle Papa." Ujung bajunya ditarik sekali. Muka tu. Raut wajah tu. Memang dah kenal. Kalau mata dah redup semacam dengan senyum membunuh tu, sahlah ada yang dia fikirkan tu.

Satu lagi. Gelaran Uncle Papa tu dah jadi macam lali. Win-win situation. Uncle arahan dia. Dan Manis memang sentiasa tersasul panggil dia Papa setiap kali. Walaupun kena jegil.

"Nak milo." Nadanya hampir kepada pertanyaan. Tetapi berjaya dikawal dengan baik supaya lebih berbunyi seperti kenyataan. Bukan pertanyaan kerana pertanyaan boleh sahaja ditolak mentah-mentah oleh Lee. Dia masih menatap wajah Lee yang sedikit tegang itu. Tak dapat meneka apa yang bermain dikepala lelaki itu.

"Ada duit ke nak beli?" Lee bertanya. Sekadar mahu melihat temberang Manis. Suka pulak dia mengusik bila Manis takut-takut bersuara. List barang di dalam memori di-pause seketika.

"Tak ada. Tapi Manis nak pinjam boleh?"

Ewah. Sedap kau. Lee terangkat kening mendengarnya. Bakul yang separuh kosong bertukar tangan. Lenguh lengannya menjinjit. "Bila nak bayar balik?"

Bola mata Manis memandang ke kanan. Seolah berfikir akan soalan yang dituju kepadanya. Macamlah ada duit sangat. Lee tahan senyum dihujung bibir. Kakinya melangkah tak menghiraukan Manis yang masih mencari akal. Terkedek-kedek gadis kecil itu mengekori dari belakang. Matanya masih tertancap pada deretan paket hijau yang tertinggal di belakang. Lee tak melayan kehendaknya. Rasa nak menangis di tahan dalam hati. Bergenang aur matanya dengan cecair jernih. Hujung belakang baju Lee digenggam dalam tangan kecilnya. Tak mahu hilang di celah-celah orang ramai. Mereka berdua memasuki laluan seterusnya, makanan segera kesukaan ramai. Mee segera.

"Kau nak maggi perisa apa?" Lee berpusing kebelakang mencari wajah Manis. Muka mendung itu dipandang tak beriak. Mata bergenang itu tidak mengusik perasaannya.

"Perisa milo." Mendatar suaranya. Masih tak berputus asa nampaknya. Sama anak dengan bapak. Dua-dua kepala ferum.

"Tak boleh."

"Manis nak."

Anak mata Lee mengecil. Cuba mendominasi situasi agar rayuan Manis tak menguasai keadaan. Dia takkan sesekali tewas. Gadis kecil itu mengais air mata yang mahu jatuh.

"Apa sedap sangat milo tu? Aku dah beli teh tadi. Kau tak boleh minum teh ke?" Sedaya upaya dia menahan nada suaranya agar tak mengganggu pengunjung lain. Apa beza jauh teh dengan milo? Teh okay apa. Cicah biskut kering. Nikmat tu.

"Manis teringiiiin sangat nak minum milo. Dulu, ibu selalu—" kata-katanya terhenti. Bibir bawah digigit. Tahu yang dia tersalah masuk channel.

"Hey budak. Kau dengar sini." Lee membongkokkan tubuhnya agar pandangan mata mereka setara. Anak mata yang terkebil-kebil itu ditenung. "Apa sekalipun kau pernah buat dengan mak kau dulu, aku tak ambil peduli. Hakikat kau dengan aku sekarang. Nak duduk dengan aku, kena ikut cara aku. Faham?"

Suhu artik itu membuatkan Manis tak terkata. Bagaikan faham dengan ugutan Lee, di memandang ke tempat lain. Tak mahu lagi berbalas renungan.

"Milo atau aku?" Pipi Manis dicengkam supaya menghadapnya. Dah macam mulut ikan dibuatnya budak itu.

"Aku." Kecil suara itu membalas. Takut-takut melihat Lee yang tegas tiba-tiba.

"Bagus." Badannya kembali ditegakkan. Walaupun jawapan itu tidak mencapai piawaian skema jawapan peperiksaan, bolehlah dari tak ada.

*********

Eleanor menatap bingkai gambar yang tergantung megah di bilik abangnya. Senyuman manis Adena. Wajah average-joe abangnya. Nampak sepadan disebalik kenyataan yang menyakitkan. Ada orang kata pernikahan itu satu perjudian yang paling besar dalam hidup manusia. Untung nasib, keluarga kau bahagia sehingga ke akhirnya. Jika tidak bertuah, rintangan masih boleh dilalui bersama. Sekiranya mampu bertahan. Mungkin kerana rasa belum sedia, Eleanor masih membujang. Rela dia meneruskan hidup menjaga ibunya yang terlantar sakit. Perkahwinan mengajarnya banyak erti pengorbanan. Seperti yang dilakukan Adena. Seperti yang terjadi pada abangnya. Mangsa dalam kisah ini ialah Manis Adelia. Simanis kecil yang padanya terlalu bijak membawa diri.

***********

Lengan kemeja birunya dilipat ke siku. Beg sekolah entah dah tercampak ke mana. Lee bawa keluar kotak rokok dari poket sekolah. Harini paper terakhir—Lukisan Kejuruteraan. Paper tutup pagar sekolah. Sebab rata-rata budak jurusan lain dah merdeka dua tiga hari sebelumnya. Hari terakhir ini diraikan dengan sebatang cigar sebab tanda dia dah dewasa. Dah boleh berlagak yang dia dah tamat sekolah. Sepam. Lepas. Sepam lagi. Lebih lama ditahan asap kelabu itu di dalam paru-paru. Biar rasa itu sebati dengan dirinya. Lee mahu rasa kelat itu meneroka kesegenap tubuhnya. Biar sama-sama rasa kebebasan itu dikongsi.

"Hoi." Bahunya ditepuk dari belakang membuatkan berkepul asap meluru keluar dari serombong hidungnya.

"Apa pengawas sekolah merokok depan sekolah." Suara itu menegurnya. Mengambil tempat di sebelah kiri Lee. "Kot iapun nak meraikan kebebasan, carilah tempat tersorok siket."

Tak membalas, Lee menghulur kotak rokoknya pada si penegur. Kotak kecil itu bertukar tuan. Sebatang rokok ditarik dan dikepit di. Celah bibir. Hujung span rokok dibasahkan dengan liur. Menikmati rasa kosong rokok itu di lidahnya.

"Lighter?" Soal Lee. Gadis yang separuh gadis itu menggeleng. Lalu tangan mengambil puntung rokok itu dari mulut. Diselit ke belakang telinga.

Lee gelak dengan mulut berasap. Yin. Ini Yin. Kenapa separuh gadis? Sebab perangai dia memang langsung tak merujuk pada seorang gadis yang sepatutnya. Stoner sorang ni memang acah baik tapi dia punya shyton, tak ada siapa boleh lawan. Waima Lee yang nakal pun tak tercapai tahap Yin.

"Aku tak sangka aku akan tamat sekolah secepat ni." Out of blue topik ditukar. Entah. Kalau dengan Yin, kau perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Arah cerita dia berterabur. Sekejap dia akan bercerita tentang cuaca. Nanti beralih pula tentang lagu. Sekejap bertukar pada gosip entah siapa-siapa sebelum berbalik kepada perbualan asal. Perempuan yang serabut.

"Macam baru semalam mak aku kejut aku pergi tadika." Dia tergelak pada kata-katanya. "Bestlah kau. Tak payah nak acah-acah jadi pengawas sekolah yang berkaliber lagi."

Lee meninggalkan rokok dihujung bibir. Kedua-duanya menahan tubuh di kiri kanan. Ya. Mau tak seronok. Sebab itu dia raikan kebebasan ini dengan merokok di bus stand sekolah. Hendak menunjukkan betapa dia dah terlalu fucked up dengn hidup sebagai pelajar.

"Kau tahu benda apa yang paling best Yin?" Baru itu Lee bersuara. Dalam kepalanya membayanglan segala keseronokan yang bakal dialami selepas ini.

"Aku ada lesen besar nak buat apa yang aku suka." Serentak itu Adena, gadis yang paling hot dalam kelas Lee lalu di depannya. Tersenyum indah kepada Lee. Senyuman yang tanpa Lee sedar bakal membunuh masa depannya. Total.

************
Team Manis yang disayangi!  (Ambil hati siket). Kakak minta maaf sebab buat korang tertunggu. Seriously shit cerita ini tanpa plot kekal. Jadi semua yang keluar disini adalah sangat fresh dan spontan. In which, kakak harap korang tabah dengan segala apa kemungkinan yang bakal berlaku. Amacam bab ni, ok ke ok? Eh. Hahahah

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Dec 25, 2017 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

ManisTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang