Manis_4

94 7 0
                                    

Terima kasih untuk votes iitteww! Maaflah, aku saje nak usik korang. Nah chapter 4. Aku harap korang enjoy!

"Pada suatu hari--" Herot terasa apabila bibirnya direnggut ke dalam genggaman gadis kecil itu. Lee menjatuhkan pandangan pada Manis yang separuh terjaga. Pandangan bermaksud-kau dengar ajelah nak apa lagi.

"Taknaklah mula cerita pada suatu hari. Bosanlah. Manis tak suka." Komen Manis tak diminta. Asal mula bercerita, mesti mula dengan pada suatu hari. Tak ada modal lain agaknya. Lee tahan rasa nak meletup. Nafas dikawal rentaknya agar tiada sesiapa yang bakal rentung dijilat amarahnya.

"Manis nak Uncle buat apa? Tadi taknak cerita Kura-kura. Sekarang taknak mula dengan 'pada suatu hari'. Apa kata kalau Manis tidur je sebelum Uncle naik angin." Besar matanya mengugut. Sudah pandai nak mengada-ngada. Kalau tidak elok je letak kepala atas bantal, tidur sendiri. Tak gatal nak ber-bedtime story macam sekarang. Naik lemak namanya ni.

"Manis nak cerita princess. Tapi janganlah cerita satu hari je, nak cerita panjang-panjang macam ni, " depa tangannya dibuka lebar-lebar agar Lee faham maksudnya. Lee buat muka bosan. Mana Dane ni, tak reti-reti nak balik ke? Budak ni dah naik tocang. Sebelum dia lunyai kena genyeh, balik kau balik cepat Dane. "Pada zaman dahulu, okay?"

Angguk. Manis kembali membetulkan posisinya. Baring terlentang, selimut menutup tiga perempat badan ciliknya.

"Pada zaman dahulu, ada seorang princess yang cerewet--"

"Cerewet tu apa?" Ada suara kecil menjeda cerita Lee.

"Kalau nak tahu kena dengar je, jangan tanya." Lee menutur senada. Air muka Manis yang tertanya-tanya dikerling dengan ekor mata. Muka tertanya-tanya campur muka tahan kantuk. Apa punya payah sangat nak tutup mulut. Tidur sahajakan lebih baik, lebih mudah.

"Princess ini mentadbir kerajaannya seorang diri walaupun dia ada papa yang kacak bergaya." Heh, masuk mesin basuh spin sendiri apa salahnya. "Disebabkan papa princess itu sangat suka melukis, dia serahkan tampuk pemerintahan kerajaan magiknya kepada anaknya." Mata Manis semakin kuyu terbuai cerita dongeng yang direka peneman lenanya iaitu Lee Si Penglipurlara.

"Princess tu ada magic apa?" Celah suara kecil itu. Lee memutar akal. Magic tang mana pulakk... Apa lagi nak di cong untuk buat Manis cepat tidur.

"Dia boleh buat dress cantik-cantik tak?" Sambungnya lagi.

"Hmm..." Bolehlah tu.

"Dress warna pink ada?"

"Hmmm.." Aii...

"Biru?"

"Ada. Semua warna ada." Lee tak lepas muka bosan. Menyesal salah atur cerita.

"Green?"

"Semua ada. Nak sambung ke tak ni?" Sabarnya mati di situ. Tak mampu nak mendengar macam-macam warna lain lagi. Nanti keluar magenta, biru elektrik, hijau pokok sena.

"Hmmm." Manis memeluk anak patung kain kecil yang memang ada sejak hari pertama dia disini. Patung itu mendiam di ketiaknya tak bergerak. "Dress pink tu ada kuasa apa Papa?" Dah kuyu matanya sambil tersasul-sasul panggilan nama untuk Lee meniti dibibirnya.

"Kuasa membedal kepala orang," Berasap dah rasa kepala ni dengan soalan-soalan yang tiba-tiba banyak.

"Bila putera raja nak datang?" Mamai Manis bertanya kronologi seterusnya. Matanya digosok kelat. Cerita dongeng Lee memang karut. Dia tahu tak ada buku yang sama dengan cerita rekaan Lee. Andai ada sekalipun, entah siapa yan sudi beli.

"Cerita ni takde putera raja. Shrek ada. Nak Shrek?" Bisu tak berjawab. Tahu takut. Lee ubah posisi baringnya kepada menelentang, sama seperti Manis. Dia menoleh anak kecil disebelahnya, begitu juga Manis. Pandangannya kosong, Manis tersenyum separa sedar. Hampir-hampir check in mimpi.

ManisTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang