Manis_2

101 5 0
                                    

Bob-NOFX berlagu dari dalam poket. Langkah Lee terhenti, diikuti Manis yang setia menggenggam hujung baju Lee. Telefon bimbit Nokia Express Music ditarik keluar dari poket baggy jeans lusuh itu. Telefon bimbit yang dah layak campak dalam Sungai Kelang. Ini kalau tertinggal dalam train, tak ada siapa nak pandang. Confirm.

"Hah, Kazu. Ada apa?" Kazua-abang kepada Kesuma. Kawan baik. Kawan yang baik. Kedua-dua istilah itu layak buat Kazua. Hanya dia jarang-jarang dapat jumpa kerana Kazua bekerja tiga shift di 7Eleven. Separuh daripada harinya dihabiskan dengan membuta. Qada' tidur istilahnya.

"Ada mana?" Kazua mengajukan soalan tanpa menjawab soalan Lee dahulu. Tak penting pun.

"Baru tutup kedai. Tengah tunggu train dengan..." Puihh, mulut. Mujur tak tersebut nama Manis. Dia tunduk ke kiri memandang Manis yang leka memerhati sekeliling.

"Tak payah baliklah. Aku tunggu kau kat studio. Lama tak jamming ni. Aku dah gian." Tak perasan dengan nada suara Lee yang berubah tiba-tiba itu.

"Serius? Kau tak kerja ke esok?" Malam Rabu. Tak mungkin Kazua cuti. Dia off hari jumaat. Lee hafal sangat jadual kerja Kazua macam hafal sifir lima.

"Ponteng. Aku rasa macam dracula asyik hadap kedai aje. Manager baru aku tu barua betul. Nantilah aku cerita. Amacam? On tak?"

Tersepit diantara Kazua dan Manis. Takkan pulak nak bawa Manis pergi studio. Makin panjang soal siasat Kazua nanti. Cukup dia perlu jelaskan semuanya pada Kesuma tadi. Itu pun berkali-kali ulang kerana Kesuma mahu kepastian yang jitu daripada ceritanya. Tak mahu ada yang menyimpang. Tak nak ada terlepas fakta. 

"Aku tak rasa aku boleh joiin kau harini. Ada hal lain." Berat hati Lee menolak. Jangan ambil risiko Lee. Elok-elok pergi dengan tujuan nak jamming, jadi lain pulak.

"Aku dah roger Dane. Dia on, dia kata kau pun free. Sebab tu aku call. Bila lagi bhai nak spend time macam ni. Dengan member pun nak berkira ke." Kazua keluar aura mendesak la-ala mak tiri Bawang Merah.

"Serius aku ada hal lain ni. Memang tak boleh." Hangsuang punya budak Dane. Hilang ingatan agaknya budak bertuah tu. Manis ni nak letak mana? Celah ketiak pun tak lepas.

Dan ugutan daripada corong telefon pun berlagu, "Kalau kau tak boleh jugak takpelah. Aku tak kisah pun. Kang aku sampaikan pesan kat Suma yang kau suka dia."

Low dirt punya Kazua. Main nama adik dia pulak. Kazua dah tahu point apa yang Lee paling lemah sekali - mengaku yang dia suka Kesuma. Memang tak akan dilafazkankan sampai bila-bila. Lee punya alasan tersendiri.

"Hah, nanti aku call balik. Train dah sampai ni." Muncung biru-kuning Keretapi Tanah Melayu semakin menghampiri platform.

"Jangan tak jadi. Chow." Lee gigit bibir mendengar ketawa yang berekor dari kata-kata penutup itu. Cit!

Serentak itu Lee juga memutuskan panggilan. Telefon bimbit dimasukkan semula ke dalam poket. Manusia-manusia disekeliling berpusu-pusu hendak berebut masuk ke dalam kereta api dulu. Sikap yang tak boleh nak diubah walaupun terang-terang ada papan kenyataan meminta mereka beratur. Lee juga sudah berada dalam keadaan bersiaga untuk merempuh. Genggaman pada baju beralih menjadi pelukan kuat pada kaki. Manis jadi panik. Takut kerana dihimpit tanpa belas oleh manusia-manusia yang lebih gergasi daripadanya. Tanpa berfikir panjang, Lee melepaskan pegangan Manis dan anak itu diangkat ke dalam dukungan. Lebih mudah nak bergerak. Manis memaut leher Lee. Manja. Sempat lagi dia senyum kerana senang dengan perlakuan Lee itu.

"Mengantuk ke?" Lee bertanya perlahan. Manis mengangguk. "Tidurlah."

"Lu diam, Apek. Itu Kazu sama Dane sudah mari kah?"

ManisTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang