"Passkan aku air jap," Aku pandang mineral disebelah dan hulurkan pada Jinyoung yang sedang duduk di atas sofa.
JB yang sedang sibuk menguruskan sesuatu di komputer berpaling pada kami berdua.
"Amboi, round blok pun letih?" Sindir JB sambil ketawa kecil.
Aku dan Jinyoung masing - masing rolled eyes. Dia setakat duduk dalam bilik pengawas ni tak berpeluh langsung boleh cerita la bruh.
"Eh Matul mana?" JB mencetuskan keheningan. Mamat ni memang tak reti duduk diam gamaknya.
"Dia pergi toilet kejap, macam la tak tahu dia macam mana," Balas Jinyoung sambil tutup mata. Amboi penat sangat mamat ni. Aku geleng kepala.
JB yang sudah selesai menyiapkan kerjanya di komputer datang menghampiriku. Aku buat muka eh-apahal-kau? Tapi dia sengih je.
"Lupalah tu, kitakan stayback." JB still senyum eh dia ni tahu tak keyot?
"Ha? Kenapa eh?" Apahal mamat ni. Tiba-tiba je datang pastu cakap benda bukan-bukan.
Dia jentik dahi aku, "Weh gila, sakitlah!" Aku tarik tali leher dia dan dia tersadung ke hadapan dan sekarang jarak kami tersangatlah dekat.
JB tenung wajahku lama dan aku lepaskan tali lehernya. Kedua dua lengannya menghalang aku untuk melepaskan diri.
"Woi woi! Apa kes ni." Kami berdua cepat-cepat tersedar dan aku tolak dada JB jauh dariku.
"Er sorry." Aku betulkan postur badanku. Ok bapak awkward. Aku pandang JB yang masih cool. Aduhai mesti nampak sangat pipi aku merah ni. Andwaeeee.
"Aku baru pejam mata dah macam tu, kalau aku tidur tadi apalah korang buat..." Jinyoung smirk lalu ketawa besar. Okay, dia aje rasanya terhibur dengan lawak dia.
Aku baling bantal dari jauh dan tepat terkena muka Jinyoung. Sekarang giliran aku dan JB ketawa besar.
"Amboi, tak nak balik kelas ke?" Suara dari arah pintu tak lain dan tak bukan si Matul.
Aku mula bangun dan betulkan tudung. Tudung ni kalau senget sikit, maka hari itu badmood sedunialah para wanita. Maka hati-hati para lelaki ~
"Put," Lenganku ditahan oleh JB. Aku pandang JB sambil angkat kening ala ala Ziana Zain. Padahal dalam hati rasa nak meletup sebab malu.
"Kita stayback, sebab ada partner work haritu cikgu Lela kasi," Dia warm smile padaku dan lepaskan pegangan tanganku.
"Aish, sorry aku lupa gila. Ha okay kita stayback." Aku tepuk bahu dia lalu keluar dari bilik pengawas bersama - sama.
-----
Kelas mula riuh tatkala Cikgu Leman sudah keluar dari kelas 10 minit yang lalu.
"West sideee ! West sidee " Yugyeom yang duduk disebelah Bambam mula kecoh dengan phrase dari lirik lagu favouritenya.
"Dont you ever get bored Yugyeomie?" Tanya Jackson yang sandar kepalanya pada bahu Jinyoung.
"Ofc im not mann ~ "
Bambam yang duduk disebelah rakan karibnya itu geleng kepala. Aku sengih memandang gelagat mereka. Dah form 5 tapi tak reti nak insaf SPM dah nak dekat.
"Siapa tak datang harini, Ain?" Aku cuit Ain yang sibuk menulis sesuatu pada buku notanya.
"Youngjae sorang je," Balas Ain tanpa memandangku. Aku geram lalu aku rampas buku notanya itu.
"Weh Put, serious tak lawak." Dah mula dah, keluar phrase favourite dia. Ha nak tunjuk marah la tu? Takut kittew.
Aku sengih lalu kembalikan bukunya yang berwarna biru. Pikir aku tak tahu, dia sibuk tulis nama Mark Tuan dalam buku dia? Eleh.
"Korang! Nak tahu something tak?" Tiba - tiba suara Jackson menarik perhatian seisi kelas 5Sains.
Jinyoung yang berada disebelah Jackson mula menarik Jackson dan cuba menekup mulutnya.
Apa benda mamat dua ekoq ni. Aku pandang Jinyoung dan telinganya mula merah. What is going on?
"Weh apa benda do?" Nurul sejenis makhluk yang memang excited kalau dengar story mory orang, mula bersuara.
"Tak... Jinyoungiee-" Mulut Jackson ditekup semula. Aku pandang Jinyoung lepastu dia geleng kepala.
"Get a room plish," kata Isyqi lalu menyambung membuat latihan Maths nya semula.
Aku ketawa kecil. Aku nampak muka Jinyoung marah. Jackson dah mula pujuk Jinyoung meanwhile the others dah pura - pura sibuk sebab tak nak masuk campur.
"Weh Ain, nak bet something tak?" Ain pandang aku pelik.
"Bet apa?" Sambil sambil tu dia susun buku sejarah yang cikgu Leman suruh hantar sebelum rehat.
"Lepasni, Jackson datang kat meja aku. Dan dia mintak tolong."
"Okay," Ain mula ketawa, aku pandang jam di dinding terus berdetak awhh--
ok abaikan.
Aku pandang jam yang sudah menunjukkan pukul 10;30 dan tibalah waktu piranha mula mencari mangsanya. Hiperbola sungguh.
Aku bingkas bangun dari tempat duduk dan..
"PUT, I NEED YOUR HELP!"
YOU ARE READING
sick | jinyoung [OG]
FanfictionSakit ni bukan sakit jatuh longkang, pastu nangis sikit sebab luka kat lengan then bangun balik ngadu kat mak. Sakit ni perit. Sakit yang dipendam. Sakit yang bila nak bangkit semula, jadi insan yang baru. Berkorban demi cinta yang bertepuk sebelah...