Aku kemas segala alat tulis di atas meja, begitu juga JB. Tipulah, aku tak awkward dengan dia lagi-lagi pasal artikel kat majalah sekolah tu. Tapi dia masih cool.
"Thank you, aku balik dulu eh?" Aku sandang beg di bahu sebelum menoleh ke arahnya.
"Sure, tak nak tumpang ke?" Soalnya. Aku berkira-kira. Langit macam nak mendung. Tapi bila teringatkan pasal rumors tu, cepat-cepat aku geleng.
Aku nampak JB ketawa kecil kemudian gelengkan kepalanya berkali-kali. Seakan terhibur dengan perilakuku.
"Kalau gaya kau macam ni, aku bolehlah kan cakap yang memang betul kau suka aku?"
Aku hampir tersedak. Aku pandang JB sambil buat muka what-de-park-jinyoung? Kemudian, JB gelak besar.
"Sejak bila kau sensitif ni?" Dia memecut dan berdiri di hadapanku. Bila aku nak gerak ke kiri, dia pun ke kiri. Aku ke kanan, dia pun ke kanan.
Aku harap sangat time ni aku ada kuasa terbang, tak adalah nak hadap muka si JB yang sedang ketawakan aku bila tengok aku terperangkap.
"Kau nak apa JB? Aku nak balik ni, kejap lagi ni mesti hujan." Aku jeling dia tajam. Kau balik naik kereta boleh cerita lah.
"Tula, tadi aku nak tumpangkan.. kau jual mahal. Ha ni, kau dah cari baju graduasi?"
Aku geleng, "Pakai mana ada je," Memang aku dah terbiasa, jenis malas nak beli baju untuk pakai sehari and actually i hate shopping.
JB pandang aku pelik, "Kau ni tak macam perempuan lain. Kalau diorang mesti dah prepare seminggu awal."
Aku angguk, mengiyakan statement si JB. "Ha tu je kan? Boleh beta mencemar duli wahai tuan hamba?" Kataku memerli. Aku nampak hujan mula turun rintik-rintik.
"Aku sebenarnya... nak ajak kau teman aku cari baju esok," JB tayang muka kesian. Di cuit-cuitnya bahu aku. Aku rolled eyes, ada jugak yang kena telan bag sekolah ni kang.
"Sorry, tapi Jinyoung dah ajak aku dulu."
🌸🌸🌸
"Oh ya, kau tak nak tahu ke siapa orang yang aku suka?"
Aku diam, aku nampak Jinyoung dah angkat kening. Aku tayang muka happy.
"Clichelah kalau kau bagitahu aku, so let me know by myself. Okay?" Aku tepuk bahu Jinyoung.
"Tapi.. kita main game. Kalau aku jawab betul, kau kena jauh dari aku selama sebulan. Kalau aku salah.. aku yang jauh daripada kau. Deal?"
Muka Jinyoung berubah. "Kau gila apa ni? Game natang apa yang kau ajak aku main ni? Kalah ke menang ke sama je aku rasa. Dedua tak dapat faedah."
Aku senyum pandang Jinyoung yang dah start tayang muka tak puas hati. Ada faedahnya Jinyoung.. aku dapat lupakan kau.
"Come on, sebulan je kot?"
"Aku tetap tak setuju. Dah, aku tak nak deal apa-apa dengan kau. Nonsense." Jinyoung mula atur langkah untuk keluar dari bilik pengawas.
"Woi, nah ice cream kau," Aku nampak ice cream flavour strawberry terpacak depan aku.
"Thanks.."
"You owe me." Aku pandang mamat ni pelik. Apabenda? Setakat ice cream ni gila kedekut kalau nak berkira.
Apalah sangat, kalau nak dibandingkan kalori aku yang terbakar sebab kehulur kehilir teman dia cari baju.
"A kiss," lalu dia tayang jari pada pipinya.
Aku sodok pipinya dengan ice cream. Ha peduli apa aku, nak kiss sangat kan? Meh aku kasi kiss sejuk beku kena pipi kau yang gebu tu..."Yahhh, Putri!" Aku ketawa melihat pipi Jinyoung yang penuh dengan ice cream.
Kemudian, aku ambil tisu dan tolong lap. Sambil-sambil tu aku tonyoh-tonyoh muka Jinyoung.
"Aish, bagi aku buat," Dia rampas tisu dari tangan aku. Alahai, mamat ni mood dia serious pulak.
"Jinyoung.." Panggilku perlahan apabila lihat dia keluar daripada tandas. Rasa bersalah pulak! Tapi Jinyoung masih diam dan betulkan lengan bajunya yang disinsing.
"Sorry weh, aku tak sengaja..." Aku tarik hujung bajunya.
"Patutlah, kau tak ada boyfriend sampai sekarang. Ganas macam bukan perempuan."
Aku cuba tahan air mata daripada mengalir. Aku perasan, muka Jinyoung tiba-tiba berubah. Seakan dia tersedar yang dia terlepas cakap.
"Weh Put.. aku--"
"Aku balik dulu," Aku galas beg sandang dan keluar daripada shopping mall tersebut.
Aku nangis teresak-esak apabila tiba di station bus. Aku tak tahu kenapa, kata-kata Jinyoung seakan menghiris hatiku. Aku memang tak layak ada boyfriend.. lagi-lagi kau, Jinyoung.
Aku ketawa sendiri.. kenapa hati aku sangat lemah bila dengan Jinyoung? Macam aku sendiri tak mampu nak melawan bila Jinyoung sakitkan hati aku.
Hujan lebat mula turun, aku lap air mataku dengan hujung lengan baju. Aku pandang langit yang sedang menangis, dan pastinya selepas itu hadirnya pelangi yang mewarnai langit.
Telefonku berbunyi, aku tenung skrin dan menjangkakan Jinyoung yang akan call aku.. tapi,
Incoming calls..
Yugy ✨
YOU ARE READING
sick | jinyoung [OG]
FanfictionSakit ni bukan sakit jatuh longkang, pastu nangis sikit sebab luka kat lengan then bangun balik ngadu kat mak. Sakit ni perit. Sakit yang dipendam. Sakit yang bila nak bangkit semula, jadi insan yang baru. Berkorban demi cinta yang bertepuk sebelah...