Start: 18 Nov 17
End:"Bukan susah pun, Ma suruh kau belajar je bukan suruh kau ke hulur ke hilir susah-susah cari kerja," ibuku yang sedang melipat pakaian membebel kepada aku yang sedang bermain dengan gajetku.
"Yela Ma. Orang tahu belajar tapi nantilah Ma. Lagi 10 minit je Ma." aku membalas malas lalu masih meneruskan aktivitiku tadi.
"Ma bukan apa. Ma cuma nak tengok kau berjaya. Ma teringin tau nak naik pentas dengan kau saat kau dapat keputusan cemerlang. Dari kau UPSR sampai lah sekarang kau nak STPM ,bila nak bawak Ma naik pentas? Kau dah lah satu-satunya anak Ma dan satu-satunya harta Ma ada lepas Abah kau pergi tinggalkan Ma. Tak kan kau tak nak buat Ma dengan Abah kau bangga?" ibuku masih meneruskan bebelannya sehingga selesai dia melipat pakaian yang sudah seminggu tidak bersentuh kerana sibuk bekerja.
"Aduh Ma ni, jangan lah sebut pasal lelaki itu Ma. Bagi Adam, Abah dah mati sejak Abah tinggalkan Adam dengan Ma!" balasku lalu terus masuk ke bilik tanpa mendengar balasan ibu yang seterusnya.
Aku rasa panas bila Ma sebut pasal ayah aku yang menghilang secara tiba-tiba di saat aku sedang menghadapi peperiksaan UPSR dahulu. Hilang semangat aku nak menjawab peperiksaan tersebut. Kerana diselubungi perasaan marah dan risau pada Abah, aku menjawab soalan peperiksaan dengan perasaan tidak tenang.
...
Aku, Adam Naufal bin Haris. Mengingatkan semula peristiwa lalu buat aku rindu suara itu.
Aku rindu suara bebelan Ma.
Ma ibu tunggal yang ditinggalkan suami yang tidak tahu ke mana. Ma tanggung aku seorang dengan kerjanya sebagai kerani sekolah. Ma seorang yang penyabar walaupun Abah hilang. Ma juga seorang yang tidak berputus asa mendoakan Abah untuk kembali pulang. Cuma aku, masih menjadi anak yang tak sedar dek untung. Aku terus lupakan Abah. Aku rasa malas nak ambil tahu tentang Abah. Tetapi Ma tak akan pernah berhenti cerita pasal Abah. Minta aku doakan tentang Abah. Aku tak suka!p/s :- It was my first time writing and post here. Idek the title was suitable or nah. Tapi I mungkin akan edit atau mungkin tk. Cause this was random story I create and just a short story.
Okay chao 👋
YOU ARE READING
Rindu
Short StoryOrang kata rindu itu cinta. Ada kata rindu itu tanda sayang. Tapi aku kata rindu itu tanda menghargai seseorang yang kita sayang. xoxoxoxoxoxoxoxo