Tiga

35 3 0
                                    

Akhirnya tamatlah riwayat aku sebagai pelajar STPM selepas menjawab kertas terakhir ini. Rasa bebas gila.

"Weh Adam! Awal lagi nak balik. Jomlah lepak cendol dulu."

Aku yang baru sahaja duduk di atas motorsikalku berniat hendak pulang ke rumah jadi terbantut selepas ditegur oleh Khai.

"Siapa lagi ada? Kalau kita dua je malas aku. Bosan hadap muka kau!" balasku dengan nada mengusik.

"Hawau kau! Kalau bosan tengok aku ajaklah Humaira, confirm tak bosan."

"Gila. Mana boleh! Dia mana nak ikut aku kalau ajak lepak ni. Baik dia fikir nak masuk u mana lepas ni. Tak pun fikir masa depan kami nanti. Hahahaha"

"Awek kau pun kau perli! Tu dia on the way tu. Mesti nak suruh kau balik tu weh. Hahahaha"
Aku menoleh pada si gadis yang sedang menuju ke parking ini.

"Dah lah tenung lama-lama. Exam dah habis ni, korang kahwin lah. Sempat kot buat anak lepas tu nak masuk u dah dapat anak. Hahahaha"

"Bangang!" aku turut berdekah.

"Takpe Adam, aku chau dulu. Jumpa sana. Budak-budak ni pun lama tunggu." Khai menghidupkan enjin motorsikalnya dan terus pergi. Hon sempat di bunyikan.

Bising betul dia ni!

Aku pun baru sahaja nak bergerak melarikan diri sebab malas nak dengar dia membebel jadi terbantut. Dia lagi laju dari aku dah ready halang motorsikal aku. Hm macam tahu-tahu saja.

"Seronok ye berborak? Mengumpat saya ke?"

"Tak adalah. Perempuan ni memang suka eh fikir bukan-bukan?"

Dia bergerak ke sisi motorsikalku.

"Apa-apa je lah. Awak nak balik rumah terus kan ni?"

"Em... haah. Kenapa? Nak tumpang aku ke?" aku tahu jawapan dia tapi sengaja sakat.

"Jangan merepeklah Naufal. Awak tahu kan saya tak suka naik motor. Lagi-lagi naik motor dengan lelaki yang bukan muhrim macam awak ni. Kan tak manis orang tengok. Bla bla bla" banyak pulak membebel minah ni lepas jawab kertas terakhir tadi.

"Okay sayang aku tahu dan aku tahu. Sentiasa tahu! Hahahaha. Dah lah aku pergi dulu!" aku menghidupkan enjin motorsikalku semula.

"Jap Naufal! Saya tahu awak nak pergi lepak tapi mata please behave okay. Kalau tak saya mengadu dengan Ma awak!"

"Yayayayaya. Okay ada apa- apa lagi pesanan? Kalau takde. Bye!" Aku terus pergi tanpa dengar pesanan terakhir dia.

Malas nak dengar dia bebel lagi sebenarnya.

...

"Lembaplah kau ni Dam! Kitorang nak habis dah ni," bising si Afiq.

Aku baru nak menjawab. Si Khai dah jawab dulu, "Biasalah... orang ada awek kan. Dia kena layan awek dulu dari member ni kan"

Mula lah tu nanti kata aku tak ingat member lah apa lah. Buktinya aku ada kat sini kot. Mengada sangat nak berebut kasih sayang dengan si Humaira.

"Yak lah kau ni! Aku sampai juga kan. Bukannya aku terus melekat dengan dia pun. Rilek lah doh!"

"Ala kau ni. Gurau je lah. Kitorang tahu kau spesis yang tak lupa member."

"Bagus! Aku memang tak lupa member tapi korang lupa aku, minum cendol tak tunggu aku!"

...

Aku pulang lagi 5 minit waktu Asar. Sempatlah juga singgah kat masjid tadi untuk Zohor sebelum balik. Sejahat-jahat aku ni, solat aku masih cukup tau. Yela Ma aku tu orang yang sentiasa ingatkan aku tentang solat. Kat sekolah pula yang ingatkan aku si Humaira.

Orang-orang yang banyak membebel kat kita ni sebenarnya orang yang penyabar dan sayang kat kita.

"Adam. Dah plan ke nak masuk u mana?"

Tanya ibuku masa tengah makan malam. Sibuk macam mana pun Ma, dia tak akan pernah tak sempat sediakan makan untuk aku. Pagi-pagi ibuku bangun buat sarapan sekali dengan makan tengahari. Bila masa waktu makan malam, tugas aku pula panaskan lauk. Aku tahu Ma penat seharian bekerja. Tapi kekadang aku ni suka juga menyusahkan dia.

I'm sorry Ma!

"Ala Ma ni... Baru ingat nak suruh Ma masuk minang Humaira terus!"

"Mengadalah kau! Baru habis STPM, kerja pun tak ada kau nak tanggung anak dara pakai apa? Nak pergi meminang pun kena duit lagi. Simpanan kau yang ada pun belum tentu cukup. Ish," bebel Ma.

"Lah... Ma kan ada. Ma lah tanggung perkahwinan orang." 

"Amboi kau ni Adam. Masa kau kahwin Ma boleh lah tanggung, nanti time lepas kahwin tak akan nak suruh Ma atau mak ayah Humaira tanggung korang pulak?" Lagi sekali Ma bebel. Aku redha je lah sebab aku yang mulakan tadi. Huhuhu.

"Yela Ma yela. Orang gurau je lah. Teruskan makan Ma. Nanti orang dah fikir nak sambung mana, orang share dengan Ma. Orang nak cari kerja dulu Ma."

"Yela Adam. Nanti Ma tengok-tengok kan juga kalau ada kerja kosong untuk kau. Ma sentiasa support kau."

Ma tak pernah tak bagi aku galakan dan semangat. Walaupun dulu aku banyak malukan dia. Aku banyak buat salah dengan dia. Aku tak.pernah banggakan dia dengan keputusan peperiksaan aku. Tapi dia tak pernah putus asa bebel pada aku.

Ma always the best! I love you Ma!

p/s I tktau I patut teruskan sehingga ke penamat cerita ini atau biarkan saja tergantung sepi. 😝

Kalau teruskan sehingga penamat, dont high hope too much with you expection how the ending can be. Sorry ya.

Last but not least. Thanks kerana masih sudi meneruskan bacaan cerita ini. (:

Okay chao 👋

Rindu Where stories live. Discover now