Last but not least

51 1 0
                                    

Walaupun aku dah berjaya aku tak tahu kenapa aku rasa tak sedap hati. Aku rasa lain macam. Aku rasa gembira tapi dalam masa yang sama aku rasa ada yang tak kena. Ke sebab aku rindu Abah?

Ah tak mungkinlah aku rindukan lelaki tu.

"Adam! Termenung apa tu? Jom gerak." Ma baru masuk dalam kereta selepas berborak panjang dengan salah seorang guruku yang dulunya merupakan kawan Ma. Aku yang malas nak ikut sekali hanya tunggu di dalam kereta.

"Tak ada apalah Ma. Adam tengah fikir ni bila tarikh yang sesuai nak meminang Humaira," gurauku.

"Hish kau ni! Baru dapat result dah gatal nak kahwin. Kerja dulu yang bagus-bagus, barulah ajak Ma pergi meminang dia." aku dah agak jawapan Ma ni.

"Ye Ma ye. Orang gurau jelah. Adam masih boleh sabar ni. Ma doakan lah jodoh kami panjang. Hehe"

"Ma sentiasa doakan yang terbaik untuk satu-satunya anak Ma ni." balas Ma sambil tangannya mengusap lembut lengan ku yang sedang memandu.

"Adam. Kita tak payah balik rumah dulu. Ma nak bagi suprise."

"Wow Ma. Jaranglah nak suprisekan Adam ni." aku bergurau sempat juga ketawa sedikit.

"Sebab anak Ma dapat result cemerlang hari ni kan."

Hm aku mula nak sebak. Sebelum ni aku rasa aku anak paling tak berguna buat Ma.

"Lah kenapa masam tiba-tiba ni." Ma ni suka mengejutkan aku lah. Nasib baik kereta masih boleh kawal lagi.

"Dah jangan masam lagi. Jom terus ke Secret Recipe. Hari ni Ma belanja kek favourite Adam sempena hari kecemerlangan Adam walaupun tanpa Abah." suara Ma yang ceria tiba-tiba kendur bila terkenangkan Abah yang entahlah.

"Seriuslah Ma? Alhamdulillah. Thanks Ma! I love you. Pasal orang tua tu Ma please lah abaikan." Aku benci!

"Adam! Tak baik. Dia tetap abah kamu."

"Hm." aku malas nak spoilkan mood aku cuma menjawab malas.

...

Kami menikmati makanan yang terhidang dengan penuh asyik dan berselera. Aku rasa gembira sangat hari ni sehingga melupakan terus perasaan tidak sedap hati sebentar tadi.

"Adam. Ma sebenarnya ada benda nak beritahu Adam ni." serius sangat muka Ma ni.

Pelik.

"Apa Ma? Macam penting je ni."

"Tentang Abah kamu." mendatar je suara Ma.

"Aduh Ma! Kenapa lagi ni cerita pasal dia? Hilang selera Adam."
aku taktahu lah kenapa aku boleh mengamuk bila Ma sebut pasal Abah. Aku macam tak boleh terima apa-apa tentang Abah lepas dia tinggalkan kami dulu.

"Dengar dulu Adam. Dia Abah kamu!" Ma mula marah tapi aku dapat rasa marah dia tu ada sendu.

"Ye Ma Adam dengar ni." Aku meneruskan makan kek tanpa rasa kesal.

"Adam. Abah kamu sebenarnya ..." Ma dah mula menitiskan air mata tanpa sebab yang aku tak tahu.

"Ma kenapa? Tak payah teruskan Ma kalau Ma rasa sedih macam ni. Adam tak kisah pun pasal lelaki tu. Adam ..." ayatku tidak habis sebab Ma.

"Adam! Abah kamu dah takde. Sebenarnya Abah kamu dah mati"

Whatthe... dalam keadaan restoran yang ceria ni Ma boleh pula buka cerita pasal Abah yang hilang bertahun-tahun lamanya. Lepastu Ma cakap Abah dah mati? Apa benda ni?!?!?!

"Apa ni Ma?"

"Ya Adam. Abah kamu dah takde. Dulu dia tinggalkan kita kerana terpaksa. Dia sentiasa ada perhatikan Adam dari jauh. Tanya khabar Adam. Bagi Ma duit untuk Adam. Abah Adam ada dengan kita. Tapi ..."

Rindu Where stories live. Discover now