Hari ini hari terakhir aku berada di sekolah ini kerana hari ini merupakan kertas terakhir yang aku akan jawab. Semoga dipermudahkan!
Aku tak akan rindu sekolah ni. Serius tak akan! Tapi aku akan rindu suasana dalam kelas. Aku akan rindu untuk menyakat rakan-rakan dan guru-guru. Aku akan rindu untuk ponteng kelas dengan bermain bola keranjang kerana tidak suka pada guru yang mengajar.
Aku juga akan rindu dengan suara-suara ini."Adam, bila nak jadi baik ni?"
"Adam cikgu tak minta kamu ponteng kelas, cikgu cuma nak kamu duduk dalam kelas tidur pun tak apa. Asalkan tak menyusahkan cikgu dengan buat hal di luar,"
"Adam ingatlah ibu kamu. Kesian dia. Tak akan hari-hari nak buat nakal,"
"Adam, jom lepak! Cikgu Raudha kesayangan kau cuti hari ni,"
"Adam, jangan mengada-ngada boleh tak? Teruskan kerja kamu!"
"Terima kasih Adam tolong cikgu. Ingatkan budak nakal macam kamu akan buat tak tahu je pada cikgu yang suka bebel pada kamu,"Banyak lagi suara aku rindu sepanjang setahun setengah berada di sekolah itu. Paling aku akan rindu, suara dia. Dia menjadi idolaku di sekolah. Dia juga kadang-kadang buat aku berubah jadi baik secara tiba-tiba.
"Naufal, awak nak ikut saya tak? Cikgu Raudha buat kelas tambahan petang ni." Humaira menegurku ketika aku sedang bermain bola keranjang.
Aku tak ponteng kelas tapi aku membuang masa membuang peluh main bola keranjang sebelum pulang. Lagipun di rumah tidak ada sesiapa. Ma pun belum pulang lagi.
"Hm... kejap bagi aku shoot 10 dulu baru aku bagi jawapan." aku memberi alasan. Sebenarnya aku malas nak hadap cikgu tu!
"Ala... lamalah awak. Bagi lah jawapan sekarang. Saya nak zohor dalu ni nanti tak sempat sebab kelas pukul 3.30."
Aku masih meneruskan dan ini jaringan yang kelima kali.
"Naufal! Awak dengar tak?"
"Naufal! Awak tak sayang saya dengan ibu awak ke?" Gadis itu terus berdiri di bawah gegelung jaringan apabila aku tidak mempedulikannya. Saat itu aku hampir sahaja meneruskan gol yang keenam tapi terbantut kerana dia.
Aku mengeluh. Aku memang sensitif kalau sebut pasal Ma. Aku sayang Ma lebih dari segalanya.
"Kau pergilah zohor sana. Aku tak ada mood nak pergi kelas tu. Dah tepi!"
Dia masih berdiri di situ.
"Saya tak akan bergerak selagi awak tak setuju nak ikut saya ke kelas tambahan dan solat sekali."
Aku berdiri di hadapannya. Dia hanya setinggi paras bahu aku sahaja. Tapi dia tetap comel bagi aku.
"Humaira sayang... Aku sayang kau tau. Ma pun aku sayang. Tapi aku tak nak pergi. Bye!" Aku campak bola keranjang ke arahnya dan selepas itu aku terus berlari ke arah motorsikal yang aku parkir di situ lalu pulang ke rumah.
Nur Humaira. Dia juga seorang gadis paling baik aku jumpa. Walau nakal macam mana aku, dia tetap sabar dan terima aku. Aku sangat hargai.
Aku teringat pada semester kedua aku pikat dia untuk jadi kekasih aku dunia akhirat. Sejak semester pertama aku usha dia dan berkawan tetapi semester kedua baru aku berani. Hahaha Senakal-nakal aku ni pun pemalu juga lah.
p/s :- It was my first time writing and post here. Idek the title was suitable or nah. Tapi I mungkin akan edit atau mungkin tk. Cause this was random story I create and just a short story.
I hanya post dua bab dulu nak tengok review uolls mcm mana. If memberangsangkan I continue if not pun I tetap continue. 😝Okay chao 👋
YOU ARE READING
Rindu
Short StoryOrang kata rindu itu cinta. Ada kata rindu itu tanda sayang. Tapi aku kata rindu itu tanda menghargai seseorang yang kita sayang. xoxoxoxoxoxoxoxo