hwaiting !

7 1 0
                                    

Hari peperiksaan akhir hanya tinggal satu hari saja lagi. Sejeong dan Kevin membuat revision di halaman rumah Sejeong. Namun, Sejeong merasakan sesuatu yang pelik terhadap Kevin. Ya lah sebelum ni sehelai kertas dia taknak sentuh. Tiba-tiba bersemangat datang rumah Sejeong ajak belajar.

"Vin, rajin pulak kau jalan kaki datang rumah aku ?" - Sejeong.

"Motor ayah aku guna. Dia malas nak lalu jalan jammed katanya" - Kevin.

"Ya lah kalau selalunya ayah kau guna motor, kau bagi banyak alasan. Ni baik pulak kau jalan kaki" - Sejeong.

"Sampai bila aku nak tengok kawan aku study tapi aku baring je atas katil ? Kau jugak yang kata kan" - Kevin.

"Wush dari sekolah rendah aku kata baru sekarang meresap kat otak kau ? Lama betul ambil masa" - Sejeong.

"Hahaha banyak cakap lah gemuk. Cepat lah belajar" - Kevin.

Sebenarnya Kevin berubah sebab dia rasa tercabar dengan ayat Hwayoung, 'macam kau tak terima kepandaian kau'. Kevin nak buktikan yang dia mula manfaatkan kelebihan yang dia ada. Sejeong banyak belajar dari Kevin. Cara Kevin menghafal formula, ingat isi penting, putar beli ayat dalam jawapan. Kevin memang seorang yang pandai sebenarnya. Cuma malas.

______________________________________

[KEESOKAN HARI DI KELAS]

Kevin tidak pernah berasa seyakin dirinya sekarang. Dia tidak lagi rasa serba salah apabila melihat rakan kelasnya membuat perbincangan. Namun, apabila melihat classmates nya dia terpandang Minhyun yang masih duduk seorang diri dan bertemankan Sejeong. Aikk ? Minhyun belajar dengan Sejeong pulak ?

"Ada apa lagi kau tak faham ?" - Sejeong.

"Aku tak tahu sebab tak dapat soalan lagi" - Minhyun.

"Memang lah. Tapi kau buat soalan setiap chapter ke ?" - Sejeong.

"Dah. Tapi aku tak yakin aku boleh buat" - Minhyun.

"Kenapa pulak ? Kata dah buat semua soalan. Mesti dah tahu caranya" - Sejeong.

"Aku tak rasa otak aku penuh. Rasa macam ada kosong lagi" - Minhyun.

"Hahaha nanti dah dapat kertas, penuh lah tu otaknya" - Sejeong.

Tidak lama kemudian Cikgu Song pun masuk dan mengedarkan kertas soalan. Sejeong duduk bersebelahan dengan Doyeon. Kevin duduk bersebelahan dengan Nara. Doyeon dan Nara yang suka meniru membuatkan Sejeong dan Kevin rasa tak selesa.

"Buat sendiri. Jangan tiru" - Sejeong.

"Aku tahu lah. Aku dah belajar" - Doyeon.

"Kevin, kau dah habis semua chapter ?" - Nara.

"Asal ? Kau nak tahu jawapan ? Boleh jalan" - Kevin.

Itulah taktik dua orang jelitawan ternama sekolah itu. Walaupun mereka adalah bintang di sekolah, namun otak tidak setaraf rupa.

 Walaupun mereka adalah bintang di sekolah, namun otak tidak setaraf rupa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Doyeon dan Nara merupakan ahli terkuat untuk pasukan cheerleader sekolah mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Doyeon dan Nara merupakan ahli terkuat untuk pasukan cheerleader sekolah mereka. Dengan kelebihan wajah yang sangat cantik, bentuk badan yang ramping dan tinggi lampai mereka mempunyai ramai peminat lelaki di sekolah. Sebut sahaja nama mereka, wush semua lelaki tahu. Baik junior atau senior. Boleh dikatakan separuh pengikut di laman sosial adalah pelajar lelaki sekolah mereka.

Nara merupakan anak seorang pewaris syarikat herba ternama di Korea. Malah jenama herba kelurganya telah menembusi pasaran antarabangsa. Dan menggunakan herba-herba tersebutlah Nara menjaga kecantikan luaran dan dalaman dirinya.

Manakala Doyeon pula anak seorang model terkenal dan bapanya bekerja sebagai seorang pelatih bolasepak. Kerana itulah Doyeon mempunyai badan yang cantik dan sangat aktif.

Tetapi kecantikan mereka hanya pada fizikal. Bukan mental.

Akhirnya kertas untuk hari pertama sudah selesai dijawab. Seperti biasa, habis sahaja waktu kelas Hwayoung akan terus pulang ke rumah. Tambahan pula dia perlu membahagi masa untuk mengemas rumah, masak dan mengulangkaji. Sementara pelajar lain sedang kecoh bertanya tentang soalan tadi, Hwayoung terus mengemas beg dan bergegas pulang.

Sampai sahaja Hwayoung di rumah, kakaknya sudah bangun menonton tv.

"Kau periksa ke harini ?" - Dani.

"Ah periksa tadi" - Hwayoung.

"Untung lah periksa. Aku ni duduk rumah macam orang tak guna" - Dani.

Dani bangun meninggalkan ruang tamu dan menuju ke biliknya. Dani memang selalu buat macam tu. Dengan niat untuk menyakitkan hati adiknya.

"Aku nak keluar ni" - Dani.

Dani meninggalkan rumah dan adiknya seorang diri. Hwayoung mula mengemas rumah. Segala sisa makanan yang kakaknya buang, baju busuk yang ibu dan kakaknya pakai ke karaoke, mengemop lantai yang bau seperti arak. Kehidupan Hwayoung sangat merana. Dia tidak pernah menganggap kakaknya seorang yang tak guna. Kerana kakaknya lah dia boleh menyambung pelajaran. Duit ibunya hanya untuk kegunaan rumah. Duit Dani yang menampung Hwayoung sekolah. Kerana itulah Hwayoung tidak pernah merasa benci walau sedikit pun kepada ibu dan kakaknya. Malah dia berazam untuk mengubah tanggapan kakaknya. Mampukah gadis berhati lembut ini membuktikannya ?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 19, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lean On MeWhere stories live. Discover now