Sampai sahaja di airport, Youjung tercari-cari seseorang. Dia melihat sekeliling airport itu.
Tiba-tiba dia ternampak ada satu kertas tertulis 'Kim Youjung'. Youjung tersenyum. Dia menarik bagasinya ke arah lelaki berambut perang.
Youjung : err hi
Lelaki itu melihat Youjung. Dia menongkat kening kanannya. Tanda 'pehal'.
??? : asal kau ni sesat ke? Maaflah aku bukan tempat pencarian kanak-kanak hilang. Aku tengah tunggu orang ni. Shuh shuh.
Youjung bengang. Kurang adab betul dia ni. Ada ke patut dia kata aku budak?
Youjung : ehem! Ni nama aku!
Lelaki itu melihat nama yang dipegangnya.
??? : Kim Youjung?
Youjung mengangguk. Lelaki itu terdiam sekejap.
??? : kalau macam tu, jom ikut aku.
Youjung terpinga-pinga bila lelaki itu terus berjalan laju meninggalkan dia.
Youjung : eh tunggu lah!
Bukannya nak tolong angkatkan beg ke apa! Lepastu tak mintak maaf pun sebab panggil aku budak tadi!
Youjung berhenti mengejar setelah melihat lelaki itu masuk ke dalam sebuah kereta jeep berwarna putih.
Dia kagum. Lawanya kereta ni. Youjung dapat agak mesti laki ni bukan orang biasa.
Lelaki itu pelik bila tengok Youjung masih lagi tak masuk.
??? : nak kena bukak kan pintu dulu ke baru nak masuk?
Youjung tersedar dari lamunannya. Dia meletakkan bagasinya ke dalam but.
Dia duduk di seat belakang untuk mengelakkan kekok dengan lelaki itu.
Tapi lelaki itu menoleh ke belakang dan memandangnya sinis.
??? : kau ingat aku ni driver kau nak angkut kau ke sana, ke mari? Duduk depan la!
Youjung terkejut. Uish garang betul baru jumpa first time dah kena marah-marah macam ni.
Youjung turutkan juga, dia duduk di sebelah mamat bengis ni. Rambut dah la oren macam singa. Tapi handsome, sayang orangnya garang.
Pelik jugak orang kenalkan la dulu nama apa. Siapa dia ni. Tapi aku pun satu main ikut je kenapa? Eh kalau dia sebenarnya nak culik aku macam mana?! Kyungsoo selamatkan saya!
Youjung mula gelabah. Dia menjeling mamat yang masih lagi tak diketahui identitinya. Lelaki itu memakai rantai berwarna hitam berbentuk taring singa.
Dia juga memakai subang di telinga sebelah kirinya.
??? : kau pehal pandang-pandang aku? Kau ingat aku nak sangat ke culik orang macam kau ni. Dah la gemuk, susah nak angkat.
Ssup! Satu panahan tepat mengena hati Youjung.
Youjung cuba mengawal emosinya. Dia menarik nafas panjang-panjang. Kemudian, dia mengukir senyuman semanis yang mungkin.
Youjung : so apa nama kau?
Lelaki itu diam, tak menjawab langsung pertanyaan Youjung. Matanya fokus pada pemanduan.
Youjung bersangka baik, mungkin dia tak suka kalau diganggu kalau dia sedang memandu.
Akhirnya dia mengalah. Youjung memilih untuk tak bersuara.
Tiba-tiba lelaki itu membuka mulut.
Mark : nama aku Mark. Mark Tuan.
Youjung menoleh ke arah lelaki yang bernama Mark itu.

YOU ARE READING
Nerd Guy Next Class S2 (Kyungsoo Malay FF)
Teen FictionKisah cinta Youjung dan Kyungsoo sedang mengalami long distance relationship. Mereka akan cuba untuk terus berhubung. Youjung mendalami bidang yang dia minati iaitu fesyen, manakala namchinnya Kyungsoo mengambil bidang perubatan. Tapi apa yang akan...