Mark membawa jeepnya dengan muka yang bengis. Fikirannya bercelaru. Youjung hanya diam sambil memandang Mark. Dia sedar yang Mark bukannya jahat.
Youjung : saya dah balik.
Youjung membuka pintu sebaik sahaja sampai di pintu rumah. Mark, masuk ke rumah mendahului Youjung.
Dorine : Mark! kenapa dengan muka kamu tu.
Mark yang baru sahaja mahu menaiki tangga dia berhenti berjalan. Dia diam. Mark memberi pandangan kosongan kepada mamanya.
Mark : takde apa-apa...
Dorine : takde apa-apa kamu cakap? Kamu tengok muka kamu tu, bengkak-bengkak! Kamu ni cari gaduh dengan siapa lagi hah? Kan mama dah cakap jangan bergaduh!
Mark tak mampu berkata apa-apa lagi. Mamanya langsung tak mahu mendengar penjelasan darinya.
Youjung terpaku di depan pintu melihat drama yang berlaku di depan mata. Dia memandang Mark dengan mata yang kesian. Bukannya dia tak nak memihak kepada Markk tapi..dia takut mahu masuk campur dalam hal keluarga mereka. Dia bukannya sesiapa dalam rumah ni.
Mark terus naik ke biliknya.
Dorine : Mark! Mark! mama tak habis cakap lagi ni.
Youjung terus pergi ke arah Dorine.
Youjung : aunty, maafkan Youjung sebenarnya Youjung yang buat dia jadi macam tu.
Youjung tak mampu bertahan lagi tak akan la dia sanggup tengok Mark kena marah sebabkan dia.
Dorine : Youjung kamu jangan nak masuk campur dalam hal ni. Bukan sekali muka dia jadi macam tu berkali-kali dia gaduh dekat kolej.
Youjung terdiam.
Dorine : dah lah aunty ada hal nak kena uruskan.
Youjung membiarkan sahaja Mrs Dorine pergi. Baru dia tahu yang Mark kurang perhatian daripada ibu dan bapanya. Matanya sayu sambil memandang ke arah bilik Mark.
.........................................................................
Kyungsoo menemani Wendy makan sambil bercerita apa yang mereka lakukan selepas mereka berdua berpisah.
Wendy asyik memandang Kyungsoo matanya tak berkelip.
Kyungsoo menjadi malu.
Kyungsoo : asal kau pandang aku macam tu?
Wendy memegang muka Kyungsoo dengan tangan kanannya. Dia menolak muka Kyungsoo ke kanan, kemudian ke kiri.
Wendy : serious ah weh ni kau?
Kyungsoo ketawa kecil. Wendy masih tak percaya?
Kyungsoo : kau ni kenapa? Ni aku lah Do Kyungsoo, Do Kyungsoo.
Katanya sambil menunding jari telunjuk kirinya ke arah mukanya.
Wendy perasan ada cincin di jari manis Kyungsoo.
YOU ARE READING
Nerd Guy Next Class S2 (Kyungsoo Malay FF)
Novela JuvenilKisah cinta Youjung dan Kyungsoo sedang mengalami long distance relationship. Mereka akan cuba untuk terus berhubung. Youjung mendalami bidang yang dia minati iaitu fesyen, manakala namchinnya Kyungsoo mengambil bidang perubatan. Tapi apa yang akan...