15

23 3 7
                                    

"Ok sekarang akak akan terangkan cara permainan treasure hunt kali ini, kita ada 4 checkpoint. Dan setiap checkpoint akan dijaga oleh staff staff Sunway Lagoon." Terang Qaira.

"Korang semua kena habiskan keempat empat checkpoint tersebut. Tetapi korang takkan bermula di checkpoint yang sama. Setiap pasangan akan bermula di checkpoint yang berbeza sebagai contoh anda bermula di checkpoint 3 dan akan berakhir di checkpoint 2." Terang Maira.

"Siapa yang cepat sampai ke càfe hotel sini, dan jawapan yang paling betul akan dikira sebagai pemenang" celah Qaira pula.

"Semua dah ada pasangan masing masing kan?" Soal Maira pula.

Semua mengganguk.

"Ok ni pen dan board untuk korang tulis jawapan." Kata Qaira sambil menyerahkan 2 batang pen dan satu board bersaiz A4 kepada setiap pasangan.

"Ok Ariana dan Amir akan bermula di checkpoint 1, Faiq dengan Jazlina checkpoint 2, Nisha dengan Siddiq checkpoint 3 dan Rayyan dengan Qistina checkpoint 4 ye" ujar Maira.

"Baiklah perlumbaan akan dimulakan SEKARANG!" Jerit Qaira dan Maira serentak.

Ariana's POV

"Wey checkpoint 1 dekat mana?" Soalku kepada Amir.

"Manalah aku tahu! Cuba kau check dekat board tu? Mana tahu ada peta?" Ujar Amir sambil terus berjalan sambil mata berkeliaran mencari checkpoint.

Aku terus mengganguk dan mencari antara helaian kertas pada board untuk mncari sebarang peta yang dapat menemui checkpoint kami.

"Hah dah jumpa! Ni peta dia" ujarku sambil menghulurkan peta tersebut kepada Amir.

Semasa menghulurkan peta Amir secara tidak sengaja tersentuh tanganku. Aku segera menarik tanganku secara refleks dan menyebabkan peta tersebut jatuh.

Aku cuba mengambil peta tersebut tetapi alangkah malangnya kami berdua serentak menundukkan kepala dan menyebabkan kepala kami terhantuk serantak.

"ADUHH!!!"

"ADOII!!"

Serentak kami berdua memberi respon terhadap kesakitan kepala kami.

"Sorry! Aku tak sengaja!" Pinta Amir sambil mengambil kembali peta yang jatuh tadi.

Aku hanya diam sahaja.

"Kau okay tak? Sorry aku betul betul tak sengaja! Sakit ke? Nak aku bawa pergi hospital?" Soal Amir prihatin.

Aku hanya menggeling.

"Sakit tu sakit, tapi rasanya tak payah kot sampai pergi hospital. Banyak lagi orang yang perlu lebih banyak rawatan berbanding aku." Ujarku.

Eh kejap asal aku macam pernah alami situasi ni?

Omaigod!!! Dia lah lelaki yang aku terlanggar 2 hari lepas!!! Patut macam pernah nampak!.

"Kejap kejap! Kita pernah jumpa ke sebelum dekat hotel?" Soalku sekadar untuk menguji dia.

Amir hanya mengganguk.

Aku begitu terkejut! Jadi selama ini dia kenal aku tapi tidak berkata apa apa? Kenapa?

"Then kenapa kau tak cakap apa apa?" Soalku.

"Sebab aku pun baru perasan." Jawab Amir selamba.

"Bila?" Soalku kembali.

"Pagi tadi........... masa kat depan pintu hotel. Aku baru perasan." Sambungnya.

"Habis asal tak cakap apa apa?" Soalku sambil berjalan ke arah checkpoint 1 yang berada lebih kurang 80 meter dari tempat kami berdiri sekarang.

"Sebab aku tak komfem sangat, bila kau tersedar tadi baru aku tahu memang kau lah yang langgar aku haritu".

When Love Comes Later [ON HOLD]Where stories live. Discover now