18

27 2 1
                                    

Setelah selesai majlis charity event K&K. BROZ dan SISTAZ duduk di Càfe memandangkan malam ini merupakan malam terakhir mereka bersama sebelum sekolah bermula lusa dan secara rasminya Rival sebenar mereka akan bermula.

"Good job do korang!!! Baju korang semua laku keras do!!! And alhamdullilah sampai target kita malam ini iaitu mengutip sebanyak RM150 000!" Puji Siddiq.

"Lawaa doo korang!!!" Puji Amir.

"Tapi yang paling lawa bagi aku is Qis........." puji Rayyan.

"Ehhhh kauuu nak makan high heels aku ke? Banyak cantik............." gertak Qistina.

"Aip aip kalau ye pun yang kat hujung sana tu asyik merenung sesama diri je............ jaga mata beb!!" Sergah Ariana.

Semua terus memandang ke arah Faiq dan Jazlina. Mereka seperti tidak dengar apa yang diperkatakan oleh Nisha.

"Bro!!!! Woi!!! Sudahlah tu tenung anak dara orang! Tak elok!" Perli Rayyan lalu menepuk kepala Faiq.

Akhirnya semua tergelak.

"Ok lusa dah start sekolah, esok kitaorang nak rehat, jom lah kita balik terus." Ajak Syafinaz

"Ehh tunggu jap, kau taknak buat laporan polis ke?" Soal Faiq.

"Takpe, kali ni kitaorang lepaskan............ tapi plan kitaorang akan jadi lagi kejam dari yang asal." Jawab Ariana.

"Lagipun kita dah kenal sape kumpulan Juvil tapi masalahnya sekarang, 2 orang lelaki tu. Belum ada rekod!" Ujar Jazlina.

"Takpe.......... aku kenal 2 orang tu.........." ujar Syafinaz.

"Sape?" Soal Siddiq.

"Dorang dari Jackson Highschool. Kalau ikutkan jadual dorang akan mendaftar masuk ke sekolah lusa bersama 1 orang budak lelaki jugak tapi aku takde info pasal sorang lagi tu and best part semua masuk class 5 Diamond 1." Terang Syafinaz.

"Haihhhh menyusahkan betul lah geng juvil tu..........." keluh Nisha.

"So apa plan kita?" Soal Amir.

"Kita biarkan dulu. Kita ada banyak kes lagi nak settlekan, soo kitaorang gerak dulu, nice to meet all of you. Thanks for everything BROZ. And starting from now kita akan berlakon macam kita tak pernah berjumpa. Assalamualaikum." Ujar Ariana.

Dengan itu, serentak SISTAZ bangun dan terus meluru ke kereta Ariana.

BROZ ternganga dengan kenyataan Ariana. Mereka semua terkedu.

"Dorang cuma gurau je kan?" Soal Siddiq.

"Kau tak nampak ke muka dorang dingin tadi?" Jawab Faiq.

"Aku rasa dorang saje je tu..........." ujar Rayyan bagi menyedapkan hati.

"Aku tak rasa dorang gurau, dia memang dah bagi warning kat aku awal awal." Terang Amir.

"Hah!?" Soal mereka serentak.

"Macam ni, pagi tadi dia ada cakap dengan aku, gunakan peluang untuk kenal dorang sebaik baiknya harini. Mula mula aku tak faham then dia cakap dia minta maaf awal awal atas apa benda yang akan berlaku then di tukar topic terus." Terang Amir lagi.

"Jadi, kita kena hadap perangai dorang yang lain ke?" Soal Faiq.

Amir hanya mengganguk.

"Takpe, dorang salah timing tinggalkan kita. Dorang tak tahu yang Ayden masuk lusa kan?" Soal Siddiq.

"Belum, aku tak bagitau lagi? Asal?" Soal Amir kembali.

"Baguslah, tapi masalahnya, aku nak Ayden jadi AJKT prefect tapi dia baru masuk, macam mana ni?" Jawab Siddiq.

When Love Comes Later [ON HOLD]Where stories live. Discover now