24

46 1 5
                                    

Setibanya mereka di rumah Tengku Aminuddin, Haris orang pertama meluru ke dalam rumah.

"Tak menyempat betul mamat tu........." gurau Jazlina.

"Tak mengaku aku jadi kembar dia" balas Ariana pula.

Mereka hanya gelak sambil masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum" ujar mereka berdua serentak.

"Waalaikumusalam! Ari! Jaz! Ya ampun! Lamanya Mak Milah tak jumpa kamu berdua! Rindunya!" Ujar Mak Milah, pembantu rumah Tengku Aminuddin sambil memeluk mereka.

"Ari dengan Jaz pun rindu Mak Milah lagi lagi masakan Mak Milah tau!" Ujar Ariana.

"Hehe, dah sekarang naik, tukar baju, then turun makan dengan Tengku sekali." Ujar Mak Milah.

"Jap jap, Haris mana?" Soal Ariana.

"Dia orang pertama pecut naik katanya nak terkencing, nanti turunlah tu" balas Mak Milah.

Ariana dan Jazlina tergelak dan terus naik ke atas bilik Ariana.

"Wuit pinjam baju, aku mana ada baju kat sini." Ujar Jazlina.

"Macam tak biasa, amik jelah dekat almari tu,dah aku nak mandi dulu" ujar Ariana lalu berlalu ke bilik air.

Sesudah mandi dan solat zohor, Ariana dan Jazlina turun ke ruang makan bersama sama.

"Papa! Mama! Lamanya tak jumpa!" Ujar Ariana sambil memeluk Tengku Ayu Sham.

"Mama pun rindu Ari, Ari macam mana sihat? Jaz sihat jugak?" Soal Tengku Ayu.

"Sihat je Mak Long." Balas Jazlina mesra.

"Dah dah lah tu bermesra, perut Haris dah lapar dah ni........ nanti ada jugak makan hati ni kang............."  celah Haris.

"Yelah yelah, kamu baca doa cepat" arah Tengku Aminuddin sambil tersenyum.

Sepanjang makan tengah hari tersebut dipenuhi dengan gelak ketawa. Masing masing mengambil peluang untuk bercerita mengenai kenangan membesar di negara asing.

"Jadi Megat Shah ada kacau kamu lagi tak?" Soal Tengku Aminuddin.

"Ada pak long! Dia kacau Ari masa dia tengah beli barang untuk Tiara dekat metrojaya. Nasib baik Finaz ada. Kalau tak, tak tahulah apa lagi Megat tu nak kelentong Ari." Ujar Jazlina.

Ariana hanya mengeluh.

"Takpelah,bagus jugak dia dah takde kaitan dengan Ari. Lepas ni, papa ada benda nak bincang dengan Ari." Ujar Tengku Aminuddin.

"Bila je papa takde benda nak bincang dengan Ari? Ari dah agak dah bila papa nak jumpa Ari je mesti ada something." Balas Ariana.

Jazlina terus menyiku Ariana di sebelah apabila mendengar Ariana berkata seperti itu.

Tengku Aminuddin hanya mengeluh, memang salah dia, setiap kali hendak berjumpa dengan Ariana pasti ada sahaja hal serius yang akan dibincangkan.

Setelah selesai makan, mereka semua berkumpul di ruang tamu termasuk Syaufi atas permintaan Tengku Aminuddin sendiri.

"Jadi hal apa yang papa nak bincang ni?" Soal Ariana.

"Macam ni Ari, papa tahu apa yang papa nak cakap ni pasti Ari akan tolak mentah mentah tapi, Ari satu satunya anak perempuan bongsu papa yang tinggal. Jadi papa harap Ari terima keputusan papa ni." Ujar Tengku Aminuddin.

"Apa dia papa?" Soal Haris.

"Ek eh, orang tengah berbincang jangan menyampuk!" Balas Jazlina sambil mengetuk kepala Haris.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 10, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

When Love Comes Later [ON HOLD]Where stories live. Discover now