22

18 2 5
                                    

Qistina tergesa gesa keluar dari rumah memandangkan keretanya tiada digunakan oleh Rayyan jadi dia terpaksa menggunakan superbikenya.

"Mummy! Qis keluar dulu tau! Nanti suruh Rish datang set! Qis dah lambat dah ni nanti jem! Assalamualaikum!" Ujar Qistina sambil menyalam Ibunya Syarifah Zalikha.

"Yelah, nanti mummy suruh Rish datang set! Ni balik pukul berapa?" Soal Puan Zalikha.

"Errrmmmm tak tahu lah Mummy, harini scene baru dengan hero baru jadi Qis tak jumpa lagi sape patner Qis. Apa apa pun suruh Rish datang ASAP tau mummy." Balas Qistina lalu keluar dari perkarangan rumahnya.

Setibanya Qistina tiba di set penggambaran dia terus meluru ke Danial, rakannya a.k.a pengarah filem ceritanya.

"Danial! Sorry! Aku lambat ke?" Soal Qistina sambil membetulkan rambutnya yang agak kusut disebabkan helmet motornya.

"Eh Qis, tak lah............ kitaorang pun baru set up! By the way thanks tau terima job I last minute! Ni pun untuk pertandingan short filem I!" Balas Danial.

"No biggie lah, kau pun selalu tolong aku dulu, apa salahnya aku tolong kau pula? Mana skrip?" Soal Qistina lagi.

"Rasanya aku dah bagi dekat Qarish, dia tak bagi lagi ke?" Soal Danial pelik.

"Lahhh Qarish tu masalah betul lah, dia tak cakap pun skrip kat dia, kalau dia tak sampai dalam masa 20 minit aku pecat dia!" Bebel Qistina.

"Aik? Orang yang kau nak pecat tu abang kau sendiri, kau patutnya bersyukur tau dalam kesibukkan dia jadi pengarah syarikat ayah kau, dia masih nak jadi manager kau.............." balas Danial sambil menggeleng kepala melihat perangai rakan yang selalu menolongnya itu.

"Tulah, nanti aku cuba cakap dengan Mummy aku, kalau dia okay............ aku ingat nak amik manager baru sebab kesian kat abang aku, sikit sikit dia je......." jawab Qistina.

"Yelah, mentang mentang orang tu pelakon top sekarang, kenalah amik manager ni............." gurau Danial.

"Hehe, biasa biasa jelah............. pinjam skrip kejap! Btw okaykan baju aku ni? Aku nak buat make up ni kalau okay.......... kalau tak aku suruh Rish bawa baju ganti." Soal Qistina.

"Eh takpelah, okay dah ni, hah nah skrip............. kejap lagi rasanya patner kau sampai, kau nampakkan khemah kat situ? Hah kau boleh bersiap kat situ dulu sementara tengah set up ni!" Balas Danial sambil menunjukkan sebuah khemah di hujung taman tersebut.

"Hah okok! Nanti aku pulangkan skrip ni! Thanks!" Balas Qistina lalu beredar ke khemah yang ditunjukkan untuk memakai make up memandangkan di rumah dia tidak sempat maka dia membuat keputusan untuk membawa beg makeupnya dan bersiap di set.

"Eh you Qistina kan? Pelakon top top meletop tu?" Soal seorang yang ermmm shemale? Kepada Qistina.

"Hahahahahah takdelah biasa biasa je, apa nama you pulak?" Soal Qistina sambil menyusun peralatan make-up.

"I Sherry, make up artist the vassss gitu, wow first time selama 15 tahun I kerja dengan banyak pelakon, you orang pertama yang bawa make up sendiri........" ujar Sherry sambil melihat koleksi make up Qistina.

"Eh biasa biasa je ni, lagipun I tak suka menyusahkan orang............" balas Qistina.

"Bagusnya You ni, meh sini I makeup kan you! Daniel amik I untuk makeupkan semua pelakon termasuk You, you rehat je kat kerusi ni and let my hands work tauu" ujar Sherry.

Qistina hanya menurut dan duduk di atas kerusi yang disediakan sambil membaca skripnya.

"Dengar cite, hero cerita ni baya baya you jugak, top pulak tu........... rasa rasanya you kenal tak dia?" Soal Sherry lagi.

When Love Comes Later [ON HOLD]Where stories live. Discover now