Ep.1 - Get out from darkness

377 39 25
                                    

[Namjoon's pov]

"KIM NAMJOON ! BAIK KAU BANGUN SEKARANG ! KALAU TAK KAU TAK BOLEH KELUAR DARI BILIK KAU UNTUK SEMINGGU !" kedengaran pak cik aku menjerit tepat di sebelah telinga aku. Bising la pak cik tua bangka ni.

"Arasso," aku duduk di atas katil dalam keadaan mamai.

"Baik kau mandi sekarang pastu tolong bersihkan stor dekat belakang. Kalau tak siap dalam masa tengah hari ni,kau tak dapat makan tengah hari," kedengaran derapan tapak kaki meninggalkan bilik aku.

"Ergh stress lah duduk dekat rumah orang tua gemok ni," aku bangun daripada katil. Selepas mengemas katil,aku berjalan mendekati meja belajar aku.

"Omma,appa. Dah 9 tahun omma appa tinggalkan Joon. Ahjussi kejam. Dia buat Joon macam pengemis dalam rumah ni. Kan bagus kalau ada keajaiban berlaku. Joon dapat tinggalkan neraka teruk ni," aku membelek bingkai gambar yang tertera omma dan appa. Haih betapa rindunya aku terhadap keluarga aku.

"KIM NAMJOON ! BILA NAK KEMAS SIAL ?! SEKARANG DAH PUKUL 10 ! KAU ADA LAGI DUA JAM NAK MENGEMAS. KALAU TAK KAU TAK DAPAT MAKAN TENGAH HARI !" jeritan pak cik aku membuatkan aku teringat tentang tugas aku.

"Oh shit !" Dengan sepantas kilat aku masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri sebelum mengemas stor.

Selepas 2 jam

"Ah,akhirnya kemas jugak stor ni. Bapak tak terurus sia. Dah ah aku kena kemas sorang2," aku mengelap peluh di dahi dan mula berjalan menuju ke dapur.

"Ah tu dia dah mari. Kau lambat 2 minit,so kau tak dapat makan tengah hari," dia bercakap dalam nada mengejek.

"But ahjussi ! Saya tak sempat sarapan ! Tolong kasi saya makan ! Kalau baki pun saya tak kesah ! Please," aku melutut di hadapan pak cik aku. Sumpah aku lapar. Aku duduk dalam rumah tetapi aku bagaikan pengemis meminta makanan di tepi jalan.

"Berani kau tinggikan suara dekat aku ?! KAU TAK BOLEH TURUN DINNER HARINI !" dia menampar aku lalu mencampak aku masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik.

"KAU TAKKAN KELUAR. FAHAM ?! BAIK KAU MATI JELAH ! Kenapa aku setuju nak jaga kau ? Kau ni budak takde maruah. Faham ?" Kata-katanya menusuk jauh ke dalam hati aku. Tapi aku dah biasa. Apa yang aku terasa,aku tak dapat makan. Aku lapar. Aku lemah. Aku menggigil. Akhirnya aku tertidur di atas lantai dalam keadaan menangis.

*******

Aku terasa bisa di badan aku. Dah berapa lama aku tertidur ni ? Aku melirik jam di dinding. 12.00 a.m.

"Lamanya aku terlelap. Dahlah atas lantai. Sakit siot badan," aku berdiri dan duduk di hujung katil. Aku berdoa agar ada keajaiban berlaku. Tolonglah. Aku dah tak larat. Please have mercy on me.

"Hai Kim Namjoon," Kedengaran satu suara berdekatan tingkap aku.

HUH ?! SUARA SIAPA TU ?! DALAM BILIK NI ADE AKU JE KOT ?! DENGAN HAMSTER AKU JE. NAK KATA NI SUARA PAK CIK AKU..ANI. SUARA ANAK DIA PUN TAK. SUARA MAK CIK AKU LAGI TAK. NI SUARA ORANG LELAKI.

Dengan sepantas kilat aku mencapai segala apa sahaja yang boleh menjadi senjata dan aku segera membuka lampu.

"Kau. Kau siapa ?!" Aku mengacu gunting ke arah seekor makhluk setinggi paras pinggang aku yang berdiri di atas meja belajar aku berhadapan tingkap aku. Trolls ?

"No need to be afraid of me. Gunting tu tak boleh datangkan ancaman terhadap aku pun," dia memetik jari. Dengan tiba2,gunting yang berada di tangan aku terapung.

"What the hell ?" Aku memandang makhluk tadi dengan muka penuh hairan.

"Call me nick. Well,aku datang bukan saja2. Aku nak offer kau satu tawaran," dia berjalan lalu duduk di atas katil.

 7 Wands 《BTS》Where stories live. Discover now