"Hey Jimin. Mari sini kejap," ah sudah mereka dah panggil aku.
"Apa dia ?" Aku mula berjalan mendekati mereka.
"Aku dengar citer,kau tak nak ikut apa yang anak buah aku suruh buat ?"
"Kau gila ke Lee Changsun?! Mencuri kot ! Memang tak lah !" Changsun tak berkata apa-apa dan terus menumbuk aku.
"Kau ingkar apa yang aku dan anak buah aku suruh,aku akan pastikan kau mati dan nama kau dihapuskan dalam dunia ni,"
"Ergh please Changsun. Nanti omma tahu,habislah kita semua," aku memegang perut aku yang senak akibat ditumbuk.
"Omma ? Dia bukan mak kita ! Faham tak ?! Kita ni dekat rumah anak yatim je ! Dia tu perempuan takde maruah !" Changsun menumbuk aku berkali-kali.
"Kau jangan berani cakap omma macam tu !" Aku menjerit tetapi dihadiahi satu tamparan tepat di pipi. Ergh pedihnya..
"Guys,kerjakan dia," Changsun berkata lalu berdiri di tepi bagi memberi anak buahnya membelasah aku.
"Hey ! Apa yang berlaku ni ?!" Kelihatan omma berjalan mendekati kami semua.
"Err erm,takde pape. Kami cuma bergurau kan Jimin kan ?" Changsun memeluk bahu aku dan memaksa aku senyum.
Aku dah tak tahan. Aku kena kasitau perkara sebenar.
"Ani. Kami tak bergurau. Changsun dengan kawan-kawan dia buli Jimin," kelihatan Changsun dan kawan-kawannya terkejut dengan tindakan aku.
"Bwo ? Buli ?! LEE CHANGSUN ! KAMU SEMUA ! KE BILIK SAYA SEKARANG !" Omma menarik telinga Changsun. Aku dan anak2 buah Changsun mengikuti omma.
*******
"Omma dah buat keputusan. Changsun dan kamu semua kecuali Jimin akan dihantar ke sekolah Juvana. Omma tak kesah kamu nak marah ke tak,tapi ni semua sebab salah kamu sendiri. Okay itu sahaja,"
"Siap kau Jimin,"
"Aku akan bunuh kau Jimin," semua anak2 buah Changsun termasuk Changsun mengugut akan membunuh aku.
"Park Jimin,kamu tunggu sebentar,"
Setelah semua keluar,baru omma memulakan bicara.
"Sayang,omma nak hantar kamu dekat satu sekolah terkenal ni,"
"Sekolah ? Tapi bayaran macam mana omma ?"
"Sekolah tu free. Sama macam sekolah juvana tu,free. Tapi kamu akan bersekolah di School of St. Jonathan,"
School of St. Jonathan ? Macam pernah dengar.. wait
"Omma ! Tu sekolah wizard yang paling terkenal dekat dunia ni ke omma ?!"
"Iya sayang," omma tergelak melihat keletah aku.
"Omma gomawo gomawo gomawo ! Jimin teringin sangat nak masuk sekolah tu ! Dan sekarang ia jadi kenyataan ! Gomawo," aku memeluk omma dengan erat.
"Dah dah sama-sama sayang. Disebabkan kamu adalah 400 pelajar terawal,kamu dapat masuk ke dalam sekolah th secara free,"
"Jinjja ?! Yeay ! Happynya !"
"Haa happy memang happy. Tapi omma dekat sini,sedih akan meninggalkan kamu kat sana," omma berpura-pura membuat muka sedih.
"Omma,omma nak saya masuk sekolah tu sebab nak saya berjaya kan ? Jadi janganlah sedih sebab nanti Jimin berjaya," aku memegang pipi omma dan mengusapnya perlahan.
CUTELA BAHABI I CAN'T HANDLE THIS CUTENESS WAAAA
"Ini semangat yang omma nak lihat," omma mencium lembut dahi aku. Ah kasih sayang seorang ibu.
YOU ARE READING
7 Wands 《BTS》
Fantasy"Sekolah ni khas untuk cipta manusia menjadi ahli sihir berjaya" "Dan korg org yg terpilih" "Lain daripada dunia lain" "Welcome to School Of Jonathan"