➢➣➢
"Jumpa lagi esok, Haerin. Aku balik dulu. Jangan lupa tutup semua suis sebelum kau balik." Ucap Chaeyul."Aku tau lah. Bye Chae. Hati-hati balik tu." Balas Haerin yang masih lagi mengelap semua meja cafe yang mempunyai kotoran itu.
Chaeyul berjalan menuju ke arah pintu cafe. Setelah dia keluar, dia segera berjalan menuju ke arah perhentian bas berdekatan. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Nombor seseorang didail.
"Hello? Pakcik Seo tolong ambil saya boleh? Saya dah habis syif kerja ni."
'Maaflah Chaeyul. Pakcik tak boleh ambil kamu. Pakcik perlu pergi ke Busan untuk ambil mak kamu.' Balas Encik Seo yang berada di dalam talian.
"Haih. Tak apa lah. Bye." Chaeyul terus saja menamatkan panggilan.
Kemudian, dia merengus kasar. Menyampah. Sudah 2 minggu dia harus pulang ke rumah dengan menaiki bas. Chaeyul akhir memutuskan untuk duduk di bangku perhenti bas dan menanti kedatangan bas.
Chaeyul menilik jam di tangannya. Sudah jam 11.25 malam. Chaeyul meramas rambutnya kasar. Apa yang dia mahu sekarang ialah berbaring di atas katil sambil menonton drama. Tetapi nasibnya malang. Dia harus duduk di situ untuk menunggu bas tiba.
Derapan kaki seseorang telah membuatkan Chaeyul mendongak. Dia memandang ke arah lelaki itu. Tidak lama kemudian, kerutan di dahi Chaeyul mula kelihatan.
"Seorang je? Kawan awak mana?" Soalnya ramah.
"Encik tak perlu tahu." Balas Chaeyul kasar.
Tanpa dijemput, lelaki itu duduk bersebelahan Chaeyul. Rapat.
"Apa masalah encik ni? Boleh duduk jauh sikit tak? Saya tak kenal encik dan encik pun tak kenal saya. Jadi tolong duduk jauh daripada saya." Kata Chaeyul memberi amaran.
"Okay fine. Saya akan duduk sejauh ni. Puas hati?" Soal lelaki itu setelah menjarakkan dirinya sejauh 1 meter.
"Puas." Balas Chaeyul dingin.
"Btw, saya Daniel. Kang Daniel. Nama awak?" Soal Daniel sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
"Ini bukan sesi pengenalan. Dan saya tak tanya nama encik pun."
Kata-kata Chaeyul bagai satu panah yang sangat tajam dan telah menusuk hatinya. Daniel mengukir senyuman palsu. Tangannya ditarik lalu diletakkan dipehanya. Kekok.
"Nama awak.. Chaeyul, kan?" Soal Daniel sambil memandang ke arah Chaeyul.
Chaeyul terkejut. Dia menoleh ke arah Daniel. Tangannya diseluk ke dalam beg sandang. Chaeyul segera mencari penyembur lada hitam yang dibawanya.
Ianya barang keperluannya jika dia berada di dalam situasi begini. Chaeyul tidak tahu jika dia sedang berhadapan dengan seorang psiko yang mungkin ingin menculiknya.
"Hey bertenang." Kata Daniel sambil mengangkat tangannya.
"Saya tau nama awak dari kawan awak. Haerin." Katanya lagi.
Setelah itu, Chaeyul menepuk dahinya.
'Kau memang dungu, Haerin.' Getus hatinya.
Penyembur itu disimpan kembali. Daniel mengukir senyuman.
"Jadi... kita boleh berkawan?" Soal Daniel.
Chaeyul memandang ke arah Daniel lalu mengukir satu senyuman. Daniel turut tersenyum lebar.
"Dalam mimpi awak." Balas Chaeyul dingin.
Setelah itu, Chaeyul berjalan menaiki bas yang baru saja tiba. Daniel hanya tergamam dan memandang ke arah Chaeyul yang sedang mencari tempat duduk di dalam bas itu.
Apabila bas sudah bergerak meninggalkan tempat perhentian bas itu, Daniel mengukir senyuman sinis.
"Bad girl huh? Ini lah apa yang aku cari." Katanya sendirian.
➢tbc➣Sincerely,
[ violet ]
YOU ARE READING
Apego ➽ Jihoon ft. Daniel [MALAY VER]
Mystery / Thriller━hanya disebabkan mereka ketagih akan cinta, mereka sanggup membunuh seorang yang tidak bersalah. " Sayangku kau adalah segalanya " " Kenapa kau sering mengabaikan aku? " ━×━×━ ━warning!; this is the original version of Apego fanfic. ━inspired by KA...