➢➣➢
Selepas saja Chaeyul menceritakan kisah seramnya pada malam semalam, Haerin terus saja membenarkan kawan baiknya itu bermalam di rumahnya untuk beberapa hari.Setelah membuat aduan di balai polis, kawasan perumahan Chaeyul kini dikawal ketat oleh polis peronda yang sering meronda setiap 2 jam untuk memastikan tiada sebarang pergerakan yang mencurigakan di kawasan perumahan itu.
"Terima kasih Haerin sebab benarkan aku bermalam dekat rumah kau." Ucap Chaeyul sambil memegang erat beg sandang yang dipenuhi dengan baju-baju miliknya.
"Tak ada masalah. Kau kawan aku kan. Jadi apa gunanya ada kawan." Balas Haerin sambil mengemas ruang tamunya yang agak bersepah dengan bantal-bantal di atas lantai.
Akibat ingin cepat untuk pergi ke tempat kerja, Haerin lupa untuk mengemas ruang tamu rumahnya yang agak bersepah itu. Tanpa disuruh, Chaeyul juga membantu Haerin untuk mengemas.
"Maaflah sebab rumah aku ni bersepah sikit." Ujar Haerin dengan perasaan malu dan kekok.
"Tak apa. Kita bersihkan sama-sama." Balas Chaeyul lalu mengukirkan senyuman.
"Ouh ya. Aku lupa lah sama ada tukang paip datang ke rumah aku atau tak malam ni." Ujar Haerin sambil melihat mesej di dalam telefonnya.
"Kenapa dengan tukang paip?" Soal Chaeyul ingin tahu.
"Sinki dekat dapur aku tu tersumbat."
Chaeyul hanya mengangguk tanda faham.
➢➣➢
Sewaktu Haerin dan Chaeyul sedang menikmati ramyeon mereka yang masih panas, kedengaran loceng rumah Haerin dibunyikan oleh seseorang.'Ding Dong!'
"Eh? Takkan lah tukang paip datang waktu-waktu macam ni?" Soal Haerin hairan.
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2:34 minit pagi. Chaeyul hanya menjungkitkan bahunya untuk menjawab soalan Haerin tadi.
Haerin bangun daripada sofa dan berjalan terus ke arah pintu. Chaeyul pula hanya menanti dengan penuh rasa berdebar. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati. Jantungnya juga berdegup laju.
Perlahan-lahan pintu dibuka.
➢tbc➢Sincerely,
[ violet ]
YOU ARE READING
Apego ➽ Jihoon ft. Daniel [MALAY VER]
غموض / إثارة━hanya disebabkan mereka ketagih akan cinta, mereka sanggup membunuh seorang yang tidak bersalah. " Sayangku kau adalah segalanya " " Kenapa kau sering mengabaikan aku? " ━×━×━ ━warning!; this is the original version of Apego fanfic. ━inspired by KA...