一 ichi

160 27 15
                                    

➢➣➢


"Chaeyul!"

Chaeyul yang sedang menghirup secawan americano dia dapur cafe itu menoleh memandang Haerin yang sedang berlari ke arahnya.

"Apa lagi kali ni Haerin? Kau jumpa lelaki handsome, kaya, baik hati dan dia baru je bagi nombor dekat kau?" Soal Chaeyul menyampah.

Haerin terkedu lalu mengangguk perlahan.

"M-macam mana kau tau? K-kau bomoh ke?!" Soal Haerin terkejut.

"Ehh? Betul ke?" Chaeyul juga hairan.

"Kalau kau tak percaya, kau pergi lah dan tengok. Hantar pesanan ni pada dia kalau dah siap. Aku nak basuh pinggan sekejap." Kata Haerin lalu berjalan ke arah sinki setelah meninggalkan satu kertas pesanan pelanggan kepada Chaeyul.

"Yah! Kenapa aku pula?!" Soal Chaeyul geram.

Chaeyul membaca segala pesanan di atas kertas putih itu.

Chaeyul membaca segala pesanan di atas kertas putih itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Heol. Siapa yang nak call? Dasar lelaki tak tahu malu." Omel Chaeyul menyampah.


➢➣➢


"Ini dia pesanan encik. 1 mocha, 1 latte, sepotong kek black forest dan sepotong cream pie. Ada apa-apa lagi yang encik nak?" Soal Chaeyul berpura-pura seperti seorang peramah.

"Ouh ya ada lagi." Jawab lelaki itu.

"Apa dia encik?" Soal Chaeyul hairan.

"Awak." Jawabnya lalu tersenyum lebar.

"Maaflah encik. Dekat cafe ni kami tak sediakan perkhidmatan pelacuran. Harap encik faham." Kata Chaeyul lalu menunduk hormat 45°.

"Enjoy your meal, sir." Chaeyul akhirnya beredar meninggalkan lelaki yang masih lagi terpinga-pinga.

'Tingg!'

"Selamat datang ke Beautiful Cafe. Boleh saya ambil pesanan encik?" Soal Chaeyul ramah.

"Erm tak perlu. Kawan saya sedang menunggu saya di sana." Jawab lelaki itu.

"Kawan? Maksud encik-"

"Jihoon! Sini!" Lelaki yang berada di meja bernombor 4 itu melambaikan tangannya ke arah lelaki bernama Jihoon itu.

Belum sempat Chaeyul ingin berkata apa-apa, Jihoon berjalan melepasinya dan menuju ke arah lelaki miang yang dibencinya itu.

"Memang elok lah mereka berkawan. Sama-sama tak ada adab. Huh." Chaeyul kembali mengatur langkah menuju ke arah dapur.

"Yah Chaeyul! Kenapa kau cakap macam tu dekat lelaki tu? Tak baiklah!" Marah Haerin sebaik saja Chaeyul tiba di dapur.

"Eh? Kau dengar ke?" Soal Chaeyul hairan.

"Kau cakap kuat tau tak? Kesian dia. Mesti dia malu." Haerin mengetap bibirnya.

"Kalau kau kesian dekat dia, kau pergilah layan lelaki miang tu. Aku malas nak layan. Banyak lagi kerja yang aku nak kena buat." Balas Chaeyul lalu memakai fon telinga dan memasang lagu kegemarannya.

Segala bebelan Haerin diabaikan oleh Chaeyul. Malas dia ingin melayan Haerin. Jika tidak disebabkan duit belanjanya tidak disekat oleh bapanya, dia tidak akan bekerja di cafe itu dan dengar bebelan Haerin.

Bapa Chaeyul adalah seorang perdana menteri yang sering sibuk dengan hal ehwal negara. Duit belanjanya disekat atas sebab dia malas bekerja.

Haerin pula bekerja di cafe itu kerana ingin mencari duit lebihan untuk membantu abangnya membayar bil hospital yang sudah melambung tinggi.

Haerin melepaskan keluhan apabila dia diabaikan oleh Chaeyul.


➢tbc➣

Sincerely,
[ violet ]

Apego ➽ Jihoon ft. Daniel [MALAY VER]Where stories live. Discover now