三 san

130 30 7
                                    

➢➣➢


"Jumpa lagi esok, Haerin. Aku balik dulu. Jangan lupa tutup semua suis sebelum kau balik." Ucap Chaeyul.

"Aku tau lah. Bye Chae. Hati-hati balik tu." Balas Haerin yang masih lagi mengelap semua meja cafe yang mempunyai kotoran itu.

Setelah Chaeyul keluar dari cafe itu, tinggallah Haerin seorang diri. Haerin mengeluh lalu menyambung kembali kerjanya.

'Tingg!'

"Maaf encik. Tapi kami dah tutup cafe- ni..." Haerin tergamam seketika.

"Encik Jihoon?"

Kemudian, Jihoon ketawa kuat. Terasa geli hatinya apabila Haerin memanggilnya dengan panggilan 'encik'.

"Jangan panggil saya encik. Panggil saja saya Jihoon." Kata Jihoon lalu mengambil tempat duduk.

"B-baiklah. Tapi cafe ni dah tutup." Kata Haerin lalu mengetap bibirnya.

"Saya tak kisah. Saya datang sini sebab saya bosan. Boleh kita berdua berbual sekejap?" Soal Jihoon.

"Ermm."

"Come on. Saya takkan buat apa-apa." Ujar Jihoon.

Setelah itu, barulah Haerin mengambil tempat duduk di hadapan Jihoon. Kain di tangannya digenggam kemas.

"Disebabkan saya pelanggan pertama yang ajak awak untuk berbual, saya nak kenalkan diri saya dulu. Nama saya Park Jihoon. Umur 20. Dan bekerja di bengkel." Kata Jihoon memperkenalkan dirinya.

"N-nama saya Min Haerin. Umur saya 18 tahun. Dan macam yang awak nampak, saya bekerja di sini." Balas Haerin sedikit gagap.

"18? Biar betul? Tapi ketinggian awak tak ubah macam umur 20 tahun." Kata Jihoon berasa kagum.

"Saya dah agak awak akan cakap macam tu. Bukan seorang. Tapi ramai yang fikir umur saya 20 tahun." Ujar Haerin lalu ketawa perlahan.

"Ouh ya. Kenapa awak bekerja dekat sini?" Soal Jihoon ingin tahu.

"Haha. Lupa pula nak beritahu awak. Mestilah awak hairan kenapa saya bekerja di sini dengan umur semuda ni."

Haerin menarik nafasnya sebelum bercerita.

"Saya bekerja di sini atas sebab saya nak cari duit untuk bayar bil hospital untuk abang saya. Sejak ibu bapa saya tinggalkan kami berdua di Korea tanpa sebarang duit, saya terpaksa mengabaikan pelajaran untuk bekerja dan menanggung perbelanjaan kami."

"Waktu pagi, saya akan bekerja di kedai runcit 24 jam. Waktu tengah hari pula saya akan bekerja di Subway. Dan waktu petang, saya akan bekerja di sini sehingga malam." Jelas Haerin bercerita akan hidupnya.

"Awak tak penat ke?" Soal Jihoon hairan.

"Penat memang penat. Tapi saya kena bertahan untuk sara hidup sendiri." Haerin mengukir senyuman hambar.

"S-saya akan bancuhkan secawan kopi untuk awak sekejap." Haerin terus saja berlari ke dapur untuk membancuh kopi.

Haerin segera menyeka air matanya yang mengalir di pipinya. Setelah itu, dia kembali ke meja di mana Jihoon berada bersama dua cawan kopi di tangannya.

"Maafkan saya sebab soal tentang hal ni." Ucap Jihoon kesal.

"Tak mengapa. Saya okay je." Balas Haerin lalu ketawa kecil.

"Awak tak kisah ke kalau saya duduk di sini lama sikit? Saya tak rasa nak balik ke rumah sekarang ni." Soal Jihoon.

"Its okay." Balas Haerin.

"Dan kalau awak tak kisah, saya akan temankan awak sehingga kerja awak selesai. Ianya bahaya jika saya tinggalkan awak seorang dekat sini." Kata Jihoon sambil menoleh kiri dan kanan.

"Awak tak kisah ke? Saya mungkin akan lambat sikit." Soal Haerin ragu dan rasa bersalah.

"Tak." Balas Jihoon sambil mengukir senyuman.

Haerin akhirnya mengambil keputusan untuk menyambung kembali kerjanya. Jihoon hanya mampu memerhatikan Haerin dari jauh kerana di cafe itu mempunyai cctv. Jika dia membantu Haerin, sudah pasti Haerin akan dimarahi oleh majikannya.

Senyuman mula terukir dibibir Jihoon.

'Ini lah apa yang cari selama ni. Langsung tak sama seperti perempuan lain.' Getus hatinya.


➢tbc➣

Sincerely,
[ violet ]

Apego ➽ Jihoon ft. Daniel [MALAY VER]Where stories live. Discover now