Pra-kata

23 0 0
                                    

Salam Nusantara.

Bila MENYENDIRI, macam-macam nak fikir. Dan sejauh mana fikirannya boleh menjadi kenyataan. Bila MENYENDIRI, macam-macam rasa dan perasaan mahupun keinginan yang dia sendiri mahu puaskan. Bila MENYENDIRI juga buat dia mahu semua ini menjadi cerita dan buktikan pada semua orang disekeliling dia. Bila MENYENDIRI, dia boleh buat semua SENDIRI. 

Terlalu lama MENYENDIRI juga sebenarnya buat dia jauh sangat terbang. Tinggi sangat terbang tu. Sayap yang ada tu cuma imaginasi dipemikiran. MENYENDIRI dia perlahan lahan benti dan turun. Jangan sampai jatuh. Sakit nanti. Lagi sakit bila SENDIRI sedar semua ini hanya bila MENYENDIRI. Hanya di dalam kotak pemikiran MENYENDIRI. 

Rasa yang tak habis ni, tak dapat aku luahkan dengan mulut, aku tulis. Pemikiran yang terbantut ni, takde tempat hendak direncanakan, aku tulis. Perihal janji yang tak dapat aku tunaikan, bicarakan dengan kata, aku tulis. Apa saja yang aku nampak, aku dengar, aku cuba sehabis baik,

Tapi nyatanya mampu aku tulis.

Ya. Manusia penakut macam aku hanya mampu menulis. 



Selamat membaca.

Sekadar berkongsi apa yang dirasa.

MENYENDIRIWhere stories live. Discover now