Bab 1

106 2 0
                                    


Selepas memakirkan kereta Myvinya, Aqilah bergegas keluar dari kereta dan terus bergegas ke sebuah kedai mamak yang terletak tidak jauh dari tempat Aqilah memakirkan keretanya. Kelihatan dua orang perempuan yang berbaju kurung modern duduk di tepi bahagian dalam kedai mamak yang juga seperti sedang menunggu kedatangan seseorang. Tanpa ragu, Aqilah terus bertemu dengan dua peremuan tersebut.

"Sorry, lame ke dah sampai," sapa Aqilah lalu mengambil tempat duduk dengan gelak kecil.

"Takpe Qilah, aku dan Irdina baru je sampai. Tunggu Mimmie dan Liana je lagi," sahut Syafiqah.

Tak lama kemudian, barulah Mimmie dan Liana sampai. Irdina pun panggil salah seorang mamak untuk mengambil order dengan melambai kepada salah seorang mamak di dalam kedai tersebut. Mamak tersebut datang dengan buku nota serta pen di tangannya.

"Teh Tarik special peng, lima and roti canai telur lima, ye. Thank you," Irdina memberitahu mamak tersebut makanan dan minuman yang selalu dipesan mereka tiap kali ke kedai mamak ni.

"Okey, so... apa cer kali ni? Ade yang dah nak sediakan nasi minyak ke?" sampuk Liana.

"Sis baru penuh dengan cerita... macam kat library," perli Syafiqah.

"Yelah Sya," sahut Liana dengan nada sedikit menyampah.

"Kau Qilah... Apa cer? Takde lagi ke?" tanya Mimmie.

Aqilah terdiam. Sebentar kemudian, roti canai pun sampai beserta kuahnya. Kemudian, teh tarik special peng pun sampai ke meja mereka. Hal ini menyebabkan pertanyaan Mimmie lenyap begitu sahaja. Mereka pun mula makan.

"Finaly," Syafiqah menyuapkan suapan roti canai telurnya yang terakhir.

"Fon is first kan?" perli Liana kepada Irdina yang asyik menghadap telefon sejak dia habis makan tadi. Ditambah lagi dengan chat dengan seseorang dengan syok sendiri.

"Okey, jom, nanti akak Irdina bayar," Irdina terus bergegas bangun dan ke kaunter untuk membayar bil hidangan mereka.

"Okey... Mall now," ajak Syafiqah dengan senyum di bibir. Semua mengangguk.

Mereka mula berpecah pergi ke tempat pakir kenderaan masing masing. Aqilah bergerak ke tempat dia pakir sebentar tadi. Dia membuka lock kunci keretanya dan mula hidupkan enjin kereta. Sewaktu di traffic light, Aqilah ingin memecut kerana lampu hijau masih menyala. Namun, Aqilah terpaksa brek mengejut kerana secara tiba tiba, lampu kuning dan kemudian merah menyala. Sebuah kereta Toyota Vios bewarna merah, yang pemandunya sedang layap membalas mesej whatsapp di telefon. Tiba tiba, pemandu kereta Vios tersebut terlanggar balakang kereta Aqilah. Aqilah mengucap kerana hampir tercabut jantungnya kerana terkejut. Kemudian, baru Aqilah dan pemandu tersebut keluar.

"Ya Allah, kenapa awak ni?" tanya Aqilah dengan sopan.

"Huhh... Ingatkan nak marah tadi," sahut lelaki tersebut, pemandu kereta Vios.

"Nak marah ape gune... Kalau.....," belum habis kata kata Aqilah habis terus dilampat oleh lelaki tersebut.

"Kereta comel kesayangan awak dah remuk teruk macam ni... maaf lah ye," lampat lelaki tadi sambil melutut terhadap Aqilah.

"Hey, jangan... Ni lebuh raya okey... Satu Malaysia boleh kecam," rungut Aqilah. Lelaki tadi hanya tertawa kecil.

"Okey, macam ni... Aku nak pergi kerja kat mall... rush sikit... bagi number, aku tinggalkan miss call then, kita repair kereta kita sama sama," sambung lelaki tadi.

Lelaki tadi memberikan Aqilah telefonnya untuk Aqilah menulis number telefonnya di dail pad. Aqilah masukkan numbernya dan memberikan semula kepada lelaki tadi tanpa sebarang kata. Lelaki tadi terus masukkan call kepada number Aqilah. Telefon Aqilah bedering di dalam kereta, dan lelaki tadi mengucapkan terima kasih. Dalam keadaan remuk bahagian belakang yang teruk, Aqilah terus memandu ke mall yang ingin dituju mereka tadi.

"Mana si Aqilah ni," tanya si Liana.

"Sometime je dia lewat macam ni. Tapi dia tak....," kata-kata Irdina terhenti apabila terlihat bayangan Aqilah di depan spring mall yang sedang berjalan seperti lagak model menghala kepada mereka.

"Astarafirullahalazim," Syafiqah mengucap melihat gelagat Aqilah apabila Aqilah sudah sampai di hadapan mereka berempat. Mereka hanya tergelak.

"Apa cer lambat datang?" tanya Mimmie.

"Aku...," belum habis berkaata apa. Apa terus dilampat oleh Liana.

"Aku tahu. Ni mesti hal terjumpa ehem baru?"

"Belum habis cakap tu," sampuk Irdina.

"Kau pun sama, menyampuk time orang nak bergossip," sindir Irdina.

"Better kita lepak dalam dulu, nanti aku cerita ye," Aqilah menyampuk untuk tidak membuang masa mereka untuk bercakap tentang hal yang berlaku tadi.

Aku Tetap CintaWhere stories live. Discover now