Bab 3

69 1 0
                                    

Sesampainya Aqilah di rumah, dia terus merebahkan dirinya di atas katil. Terus Aqilah memikirkan lelaki yang ditemuinya dari tadi. Aqilah tidak tahu siapa nama lelaki tersebut kerana Aqilah tak terfikir pun untuk tanya nama, apa kerja dia, dan semua hal personal dia.

Telefon Aqilah berdering lagu Havana menandakan ada panggilan masuk. Aqilah tercari-cari telefonnya di dalam begnya dan saat terjumpa telefonnya, nama Syafiqah tertera. Aqilah terus menyahut telefon tersebut.

"Assalam..." belum sempat Aqilah memberi salam, sudah dilampat Syafiqah.

"Waalaikummusalam, Aqilah. Qilah, sape laki handsome tadi?" tanya Syafiqah meluru.

"Aku takde tanya nama dia, Syafiqah," balas Aqilah perlahan lahan.

"Whatsapp aku sekarang. Aku ade benda nak cakap hal tu," tanpa sebarang balasan dari Aqilah, Syafiqah terus mematikan panggilan.

Whatsapp chat Aqilah-Syafiqah

Syafiqah: Aqilahhh... Kau kenal tak lelaki tu?

Aqilah: Aku tak kenal sangat. Cuma kenal muka je. (Hihihi)

Syafiqah: Aku cam dia 100% sayang!

Aqilah: Jangan main-main kau Syafiqah...

Syafiqah: Nama dia Muhammad Rasyid Irfan bin Syahrul, 23 tahun dan yang paling aku terkejut, dia tu classmate bakal tunang aku! Amir Hamzah sayang! (Emoji terkejut)

Aqilah: Biar betul kau nii...

Syafiqah: Kau tak percaya, stalk ig dia dan Amir Hamzah. Kau ade ig dia kn?

Aqilah: Syafiqamirzah_2210 kn? (Emoji ketawa)

Syafiqah: Hihihi...

Syafiqah: irfan2324_ tu kau punya ye...

Aqilah: Fine...

Tanpa ditunggu tunggu lagi, Aqilah terus stalk ig irfan2324 dan syafiqamirzah_2120. Aqilah tak habis habis mengucap "Allahuakbar" bila time stalk ig irfan2324. Banyak gambar selfie Irfan. Terus Aqilah follow ig Irfan tu.Aqilah meletakkan semula telefonnya ke tepi dan terus tersengeh sengeh seorang.

"Rasyid Irfan handsome kan?" tanya Aqilah kepada siling.

"Aku harap dia akan jadi kekasih aku," bisik hati Aqilah lalu tersenyum sorang sorang.

"Aku nak mimpikan kau Muhammad Rasyid Irfan Bin Syahrul. Aku nak tidur..." bisik hati Aqilah lagi lalu memeluk bantalnya.

.........................

"Aku dah syok syok nak mimpi indah... Caller ni tak boleh ke cari masa lain?" rungut Aqilah sambil menggaru kepalanya yang masih bertudung.

Telefon Aqilah berbunyi lagi...

"Ishhhh... sape nak cari aku?" rungut Aqilah lagi. Dengan tidak bermaya, Aqilah terus mengangkat panggilan telefonnya.

"Assalammualaikum... Saya Rasyid Irfan...," belum habis kata kata Irfan  terus dilampat Aqilah.

"What? Irfan?" tanya Aqilah dengan terkejut mati.

"Yeyepun dah kenal saya, tak payah nak terkejut macam tu," sindir Irfan.

"Awak dah tau nama saya tak?" tanya Aqilah.

"Saya dah tau... Nur Ain Aqilah binti Muhammad Fakrul Hazrizal, umur 2 tahun lebih muda dari saya, status, single, Nur Ain Aqilah juga didakwa telah follow ig Muhammad Rasyid Irfan, ig Nur Ain Aqilah adalah, wanita_solehah03," cerita Irfan tentang diri Aqilah membuatkan Aqilah terkejut.

"Dari mana tau?" tanya Aqilah.

"Kenal tak bakal tunang kawan awak tu, Nur Syafiqah Imani binti Izzuddin Afiq?" tanya Irfan.

"Perlu sebut nama penuh ke?" tanya Aqilah.

"Takut awak fikir orang lain pulak... Nama Syafiqah bukan satu dalam dunia, nama Aqilah bukan juga satu je dalam dunia," balas Irfan.

"Jadi, Amir Hamzah bin Muhammad yang bagitau awak?" tanya Aqilah.

"Ye... Perlu ke sebut nama penuh?" tanya Irfan.

"Perlu!" sahut Aqilah dengan geram.

"Walaupun nama Aqilah ada banyak di dunia ni, tapi hanya ada satu Aqilah yang aku dapat nampak sinarnya," balas Irfan dengan manja.

Dengan terkejut dan mata terbeliak, Aqilah terus mematikan panggilan. Kelihatan, terdapat 14 panggilan tidak dijawab, 5 sms, 32 chat whatsapp dari Irfan. Mata Aqilah juga menuju ke arah jam telefonnya, jam telah menunjukkan pukul 5.47p.m.

"Gila crush aku nii," bisik hati Aqilah.

Telefon berdering lagi. Aqilah tidak menghiraukan panggilan Irfan lagi. Aqilah mencapai beg tangannya dan letakkan di atas meja laptopnya lantas Aqilah membuka tudungnya. Telefon Aqilah berdering lagi dengan lagu Havana.

"Aku tengok sejauh mana kau akan cari aku," kata Aqilah kepada telefonnya yang sedang berdering dengan nombor yang sama dari tadi, yang belum disimpan nombornya. Aqilah sudah tau itu nombor telefon Irfan.

Aqilah terus meluru ke pintu keluar bilik tidur Aqilah. Di dalam bilik, telefon tidak henti henti bunyi. Selepas beberapa puluh minit, bunyi panggilan sudah tiada. Aqilah yang memeriksa telefonnya, kelihatan sebanyak 32 missed call dari nombor yang sama, Irfan, 6 sms, 62 chats dari whatsapp yang hanya memanggil sayang mana?, mana sayang?, sayang mana?, di mana sayang abang ni?, sahaja. Aqilah terkejut. Aqilah terus membalas, "tak payah panggil sayang, panggil mak saya dulu (emoji malu)" balas Aqilah.
"I have surprise for you, cuba tengok luar runah awak," balas Irfan.

Tanpa banyak tanya, Aqilah terus keluar. Aqilah terus ke halaman rumah dan kelihatan sosok tubuh seorang lelaki yang membawa sebuah kereta Perodua Axia bewarna merah.

"Kau buat ape kat sini, Irfan? Nanti kang jiran jiran tengok...," rungut Aqilah dengan geram.

"Janji kita pagi tadi. Takkan dah lupa?" tanya Irfan.

"Yelah... Saya lupa," balas Aqilah tersengeh sengeh.

"Satu lagi saya nak tanya dengan awak," muka Irfan kelihatan sudah risau.

"Ape?" tanya Aqilah dengan geram.

"Kau memang baru habis mandi ke? Sampai tuala dibelit kat rambut tu," kata Irfan sabil sedikit tergelak.

"Loya buruk," rungut Aqilah. Aqilah terus masuk ke dalam rumah sambil pintu masih terbuka.

Irfan menghembus nafas gusar. Tidak lama kemudian, Aqilah keluar dengan membawa beg tangan dan kunci kereta dalam keadaan tudung cara budak sekolah warna biru. Aqilah menghidupkan enjin kereta dan membuka pagar rumahnya. Sempat dia senyum kepada Irfan. Apabila pintu pagar rumah sudah berkunci, Aqilah mula bergerak ke bengkel kereta.

Telefon Aqilah berbunyi dan terus dijawab Aqilah. Lantas bertanya, "nak pergi mana ni?"

"Masjid, kita panggil tok kadi lagi," gurau Irfan.

"Amboi amboi main main pulak,"  rungut Aqilah.

"Kita pergi bengkel kereta Ah Seng kat hujung tu, nanti saya bincang dengan Ah Seng tentang bayaran," balas Irfan dengan serious lalu mematikan panggilan.

Aqilah di dalam kereta sedang tersenyum sendirian dengan gurauan Irfan dan lagu yang sesuai iaitu, lagu aku mula jatuh cinta. Sehinggakan hampir tersasul hendak memecut terus ke jalan mati. Nasib sempat brake. Kalau tak, terlanggar tembok tu sebab mabuk cinta dengan Irfan.

"Ape hal Aqilah tu? Buang tabiat ke? Nak bunuh diri langgar tembok tu?" tanya Irfan sendirian dengan hairan apabila terlihat kereta Aqilah yang dah melimpas bengkel kereta yang dimaksudkan oleh Irfan tadi dan hampir melanggar tembok.

"Aduh... Irfan, aku buat buat parking kat sini," Aqilah terkejut melihat sebuah kereta Perodua Axia milik Irfan dan terus mematikan kereta di sana dan lantas keluar dari kereta. Kereta Irfan terus parking di belakang kereta Aqilah. Terus mereka berdua ke bengkel Ah Seng.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 24, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Tetap CintaWhere stories live. Discover now