9

2.9K 30 0
                                    

Aku duduk disofa sambil membuat sedikit kerja. Aku termenung seketika. Teringat masa mula-mula ibu kahwin dengan Lee Appa

Throwback

7 years ago

Harini hari paling aku benci. Omma kahwin lagi. Dengan seorang lelaki yang aku tak kenal langsung. Dengarnya aku ada abang tiri tapi aku tak kenal pun siapa family mereka.

Pintu dikuak sedikit. "Syana, jom". Ibu dah bersiap-siap memakai gaun pengantin. Maksudnya majlis akan mula tak lama lagi. Aku nak taknak terpaksa ikutkan saja. Sebab ibu saja yang aku ada sekarang ni.

Aku masuk ke ruang hotel yang mewah itu. Semuanya ditanggung oleh Lee Appa. Ibu berkahwin bukan atas dasar duit tapi atas dasar cinta. Entah. Aku malas nak cakap apa-apa.

"Lee HyukNam, kamu betul cintakan Kim YounShin?". "Ya"

"Kim YounShin, betul kamu cintakan Lee HyukNam?". "Ya".

"Sarungkan cincin pada jari pengantin perempuan dan awak berdua sah menjadi suami isteri".

Aku hanya menunduk. Tak memandang pada ibu. "Menyampahnya tengok, cepat lah habis majlis. Aku nak berangkat pergi dah ni". Aku memandang orang sebelah aku. Lelaki yang memakai tuxedo becermin mata hitam serta memakai mask merungut dimajlis perkahwinan ibu aku. Siapa dia ni?

Lee Appa dan ibu turun dari pelamin. Dia menuju kearah aku. "Syana, kenalkan, sebelah Syana ni abang tiri Syana, Dong..."

"Tak payah kenalkan. Aku malas nak kenal dengan kau. Tahniah. Lepasni apa-apa urusan rujuk lah pada perempuan ni. I dont want to be here anymore. Im goin to Seoul today. Appa know right? Congrats". Dia menjeling dan berjabat tangan dengan Lee Appa tapi aku tidak diendahkan.

Dia berjalan keluar. Aku berlari mengejarnya. "YAH!". Aku menahannya. "Apa kau nak lagi? Tak puas ke dah dapat semua harta bapak aku?".

"Aku sendiri tak setuju dengan perkahwinan ni lah! Aku cuma nak tahu siapa nama penuh kau!". Bodoh sombong betul lelaki ni. Aku mengeluarkan phone dan memberi padanya.

"Aku nak nombor kau, senang aku nak contact kau nanti. Aku cuma nak kenal dengan kau. Takde niat lain pun".

Pelik. Dia tenung screen aku. Apa pelik sangat ke gambar Eunhyuk dan Donghae jadi wallpaper aku?. Dia memulangkan semula phone aku.

"Aku rasa tak perlu. Nanti kau akan kenal aku juga. Kau tanya lah bapa tiri kau tu. Itu pun kalau dapat". Dia menolak aku ketepi.

Sombong betul. Bongkak. Ee geram aku, kalau boleh aku nak je cekik kau tapi sebab orang ramai, aku tak buat. Aku masuk semula kedalam. Aku terpaksa mengukirkan senyuman bila melihat ibu bersama Lee Appa. Aku bukan benci.. cuma aku tak dapat terima yang ibu kahwin lain.

SKIP

Dah 2 tahun aku duduk dengan Lee Appa dan ibu. Tapi identiti abang tiri aku juga aku tak tahu lagi. Puas aku tanya pada Lee Appa tapi jawapannya sama. 'Dia cuma manusia biasa. Tak perlu tahu'. Alasan yang sama setiap hari.

Aku disuruh bersarapan bersama oleh Ibu. Aku duduk makan scramble egg bersama roti.

"Appa, im getting older now. Let me know who's my brother. Just tell me the truth!". Aku memaksa Appa.

"Give me your cellphone". Aku menghulurkan cellphone aku dan Appa membuka gallery. Gallery aku semuanya penuh gambar Super Junior seperti mana yang ibu dan Appa tahu yang aku peminat fanatik mereka. Sampaikan bilik aku penuh barang mereka.

Dia menekan gambar Donghae. Diletakkannya atas meja. "Nugu? Kenapa dengan Donghae ni?".

"Dia abang kamu". Aku ketawa. "Appa, takkanlah ni abang Syana. Oppa jangan nak menipu Syana lah appa. Im not that stupid".

Appa memandang aku serius. "He's your step brother". Appa mula menceritakan apa yang berlaku sehingga Donghae membenci appanya

Sewaktu Donghae berumur 15, dia tangkap appanya bersama perempuan lain. Sedangkan eommanya masih sakit di hospital. Sampai nafas terakhir eommanya, appa tak muncul-muncul dan Donghae menyaksikan eommanya pergi didepan matanya. Sejak dari itu, Donghae menyalahkan appanya yang menyebabkan eomma mati.

Donghae mula join audition SM tanpa pengetahuan appa dan juga pindah ke Korea selepas 2 tahun tanpa pengetahuan appa. Tahu-tahu saja, dia dah debut menjadi ahli Super Junior. Appa tak pernah lupa tanggungjawabnya pada anaknya. Duit setiap bulan masuk dalam account Donghae, Appa menelefon managernya setiap minggu bagi mengetahui perkembangan Donghae sampailah Appa kahwin. Dia datang juga. Tapi hanya sekejap.

Sejak dari itu, aku nekad. Aku nak jadi macam Donghae, sebab aku nak cari dia je. Macam tak masuk akal kan? Tapi aku bagi alasan yang aku dah lama nak jadi artis dekat Korea.

          End Throwback

Bahu aku dicuit. Eunhyuk duduk disebelah aku sambil memegang secawan air coklat panas.

"Termenung apa tu?". Dia menghulurkan cawan itu pada aku. Aku hirup sedikit. "Nothing. Cuma teringat pasal.. dulu". Dia memandang aku dengan tanda tanya. "Pasal apa?".

"Oppa betul nak tahu?". Dia mengangguk. Aku meletakkan cawan dan mula menceritakan tentang semua. Sejak ibu berkahwin sehingga lah aku mendapat tahu yang Donghae itu abang tiri aku.

Eunhyuk macam tak percaya. "Tapi dia tak pernah pun cakap yang dia ada adik tiri?". Aku melepaskan nafas dengan berat. "Donghae dengan Syana tak pernah setuju dengan perkahwinan Appa and Ibu. And kitaorang anggap yang kitaorang tak kenal each other. Masa appa kahwin tu, dia pakai mask and spek hitam. Syana tak recognize dia pun masatu".

"Oh macamtu... dia tahu ke? Pasal Syana?". Aku hanya mengangkat bahu. "Maybe one day dia akan tahu". Aku menutup laptop. "Im going to sleep now". Aku baring ditempat aku. Eunhyuk pula baring disebelah aku.

Tangannya merangkul pinggang aku. Pelukannya dieratkan. "Let me sleep here. I know susah untuk Syana terima semua ni. Gwenchana. Im here". Satu ciuman hinggap dipipi aku.

Terasa hangat pabila dia memeluk aku. Aku selesa berada disampingnya. Boleh tak aku nak pelukan ni sepanjang masa? Boleh tak aku taknak kehilangan dia? Aku perlukan dia.

SKIP

Aku bangun pabila cahaya matahari sudah menyinari. Eunhyuk masih tidur disebelah aku. Aku bangun dan menyelimutkannya. Harini kami semua akan pulang ke dorm masing-masing. Trip terpaksa dibatalkan.

Aku kedapur dan mengeluarkan bahan-bahan untuk masak sarapan dari peti ais. Sosej, telur, bacon dan baked beans. Okay cukup kot untuk kami bertujuh.

Ketika aku sedang menggoreng bacon, pinggang aku dipeluk oleh Eunhyuk dan dia meletakkan dagunnya dibahu aku.

"Goodmorning sunshine". Satu ciuman hinggap dibibir aku. Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya. "Oppa, Syana nak masak ni.. nanti lah ya peluk, Syana belum mandi lagi ni". Aku cuba menolak pelukannya. Susah aku nak bergerak kesana sini.

"Ah Syana yah.. Just let me hug you for a sec". "Kejap lagi okeh, nak masak ni".

Eunhyuk melepaskan pelukan dan duduk dimeja makan. "Oppa, kejutkan yang lain, breakfast dah ready". Aku menghidangkan makanan dimeja. Eunhyuk pergi kebilik mereka.

"Sedapnya bau". Aku pusing untuk melihat siapa. Donghae. Aku menghadiahkan senyuman. "Oppa, meh sarapan". Aku menarik kerusi untuknya.

"Pandai adik oppa ni". Langkah aku untuk mengambil pinggan terhenti. Adik oppa? Aku mencapai pinggan dan meletakkannya dihadapan Donghae.

"Adik oppa?". Aku cuba untuk faham apa yang dia cakap sebenarnya.

"Ya. Syana kan adik oppa. Adik tiri".
Omaigad, dia tak tidur ke masa aku cakap tu? Dia dah tahu ke?

For You 🔞(Complete)Where stories live. Discover now