1

17.9K 74 1
                                    

Incheon Airport

Mata Sya liar mencari bagasinya. Cepat sahaja tangannya mencapai begnya dan diletakkan di troli bagasi. Sebanyak 4 bagasi dibawa oleh Sya. Pindah terus ke? Aah la, dah kerja sini. Usai sahaja di laluan imegresen, matanya mencari pula pekerja agensinya. Terlihat seorang perempuan memegang kad bertulis Jeon Talent. Dilambai-lambai tangannya. Ya, aku kenal dia, dia adalah Sohye. Dancer yang memilih aku untuk menyertai agensi itu.

Laju sahaja aku memeluknya. "Unnieeeeeeeeeeee". Aku memeluknya dengan erat. Rindu, sayang aku pada dia tak dapat diungkapkan. "Syana, jom! Kita terus pergi agensi. Ketua mahu berjumpa dengan Syana". Ya, nama aku Kim Syana. Aku kacukan Korea-British. Aku ikutkan saja. Dalam perjalanan ke agensi, aku tidak dapat mengungkapkan sebarang kata-kata. Nervous la kiranya. Gila kau ketua nak jumpa. Tambah pula, aku gembira dan seronok kerana aku dibumi Korea. Dari kecil aku berangan nak tinggal disini. Walaupun ibu aku berasal dari sini, tapi aku tak pernah menjejak kaki disini kerana ibu aku tinggal di UK bersama bapa aku atas urusan kerja bapaku. Nenek dan Atuk belah ibu juga sudah tiada. Malahan, ibu aku merupakan anak tunggal. Aku tiada saudara langsung disini. Tapi tidak apa, impan aku tercapai akhirnya.

Sedar tak sedar, aku sudah pun sampai di agensi. Bagasi aku ditinggalkan didalam kereta. Aku membawa keluar dokumen-dokumen penting dan naik ke tingkat 3.

Tok tok
MASUK!

Macam garang je ketua aku ni. Haih. Aku pun melangkah masuk kebiliknya. Aku tergamam, besar juga biliknya, ditepi pintu terdapat almari kaca yang mempamerkan pelbagai sijil, trofi, penghargaan kepada Jeon Talent.

" Kim Syana, silakan duduk". Senyuman manis dilemparkan pada aku. Tangan dihulur tanda perkenalan. "So yeah, welcome to Jeon Talent! Congratulations sebab awak terpilih untuk join Jeon Talent! Awak sangat beruntung sebab disini kami hanya memilih yang terbaik sahaja. Saya Jeon Joon. CEO kepada Jeon Talent. Jadi, tujuan saya panggil awak kesini untuk tanda perkenalan dan untuk awak tandatangan kontrak". Dia menghulurkan satu fail pada aku. Tebal juga. Aku mengambil fail itu dan membaca syarat-syaratnya dan persetujuan disitu. Aku malas nak baca sebenarnya tapi disebabkan ini untuk karier aku, aku bacakan juga . Satu syarat menarik perhatian aku dan aku terbacanya dengan sedikit kuat. "Jeon Talent Dancer tidak dibenarkan bercinta atau mengadakan hubungan bersama artis ataupun sesiapa dalam masa 6 bulan selepas memasuki Jeon Talent". Oh wow, actually didnt expect that yang syarat macamtu akan ada. Aku fikir pada kidol sahaja. "Ya, tidak dibenarkan bercinta atau mengadakan hubungan dengan idol ataupun sesiapa dalam masa 6 bulan. Selepas 6 bulan, anda bebas untuk bercinta dengan sesiapa pun. Ini kerana untuk mendisiplinkan trainee yang baru saja memasuki agensi ini. Kenapa? Awak sedang bercinta ke apa?" Tanya CEO kepada aku. Fuh cepumas betol soalannya. "Ani.. i dont have any friend here. Even boyfriend pun takde lagi haha saya ni forever alone encik" HAHA aku cuba menahan nangis. Nape dia tanya soalan centu? Nampak sangat aku ni betul-betul forever alone huaaaaa

"Ani. Tanya sahaja. So kalau awak setuju, sila tandatangan disitu. Tempat tinggal diberikan. Tapi ia berdekatan dengan SM Entertainment. Since kita ada partnership with SM, kita akan mulakan latihan disana mulai esok. Disini hanya untuk urusan-urusan tentang trainee dan urusan lain. Wang saku juga diberikan sebanyak 4 juta won sebulan. SM letak harapan tinggi pada Jeon Talent, memandangkan disini hanya trainee yang bagus-bagus sahaja dipilih". Panjang lebar CEO agensi ini terangkan pada aku. Banyak betul dia bagi! Syukurlah dia bagi banyak, daripada dia bagi sikit ha kau kebulur nanti. Setelah menandatangani segala perjanjian, aku dipanggil semula oleh seorang pekerja disitu. Katanya ada perbincangan untuk semua trainee disitu.

Aku masuk kedalam bilik mesyuarat itu. Semua mata memandang aku. Aku disuruh untuk memperkenalkan diri. "Annyeonghaseyo.. Im Kim Syana from UK , nice to meet you guys, hopefully you guys can treat me well". Aku melemparkan senyuman kepada semua yang ada disitu. Terdapat 15 orang semuanya. Semua mula menunduk hormat dan mengucapkan hai.

For You 🔞(Complete)Where stories live. Discover now