10

3.3K 25 0
                                        

"Apa oppa merepek ni adik? Hahahahaha". Shit. Aku taknak kantoi lagi benda ni. Mampus aku kalau dia tahu, dia kan benci aku.

"Im not that stupid Kim Syana. I know. Start kau balut kaki aku, aku dah tahu siapa kau. Cara kau macam appa". Langkah aku nak makan terhenti.

"Eo? Korang okay ke?". Eunhyuk jalan ke meja makan bersama ahli-ahli yang lain. Fuh selamat aku. Nasib baik Eunhyuk datang.

"Okay je, saja sembang-sembang dengan Syana". Dia menjeling. Aku hanya mampu diamkan diri. Ya tuhan apa aku kena buat lepasni?

"Kita balik after breakfast. So makesure siapkan barang korang semua". Manager Super Junior mencelah dan berlalu pergi.

Mereka semua muka monyok je sebab trip terpaksa dibatalkan sebab Donghae cedera.

"Gwenchana, lepas Donghae oppa sihat, kita semua pergi trip lagi sekali nak?". Aku memandang mereka semua. "Oh yes! Make sure kita naik banana boat!". Eunhyuk berkata.

Donghae berhenti makan. Dia terhincut-hincut bangun dan gerak kebilik. Pintu dihempas dengan kuat.

"Kenapa dengan dia?". Leeteuk bertanya pada aku. Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Aku rasa nak menangis bila tengok Donghae macamtu. Mesti dia bencikan aku sebab aku rahsiakan semua ni. Dalam hati, aku tetap tabahkan diri untuk tak menangis.

Usai sahaja sarapan, aku menyiapkan barangan aku. Selesai sahaja berkemas, aku ke bilik Donghae.

Toktok!

"Masuk!".

Aku membuka pintu dengan perlahan. Terlihat dia masih mengemas barangannya. "Oppa, boleh Syana tolong?".

Dia pusing. "Oh kau. Kau nak apa datang sini? Nak tunjuk muka kesian kau dekat aku? Eh tak payah la. Kau blah la perempuan. Tak cukup ke kau rampas appa dari aku? Tak cukup ke?!". Ditengkingnya aku. Aku sumpah terkejut dengan perangai dia tiba-tiba sahaja berubah dari yang lemah lembut dengan aku, jadi kasar pula.

"Ani.. i just want to help you..". Aku membalas dengan perlahan.

Dia bangun mendekati aku. Aku hanya tunduk. Tak berani. "Apesal tunduk? Takut? Takut sebab aku dah tahu semua? Sanggup kan kau rahsia semua benda ni dari aku. Kau memang dasar perempuan sundal. Kau nak apa lagi muncul dalam hidup aku? Tak puas ke dah rampas Appa dari aku? Tak puas makan harta bapak aku?". Ditunjal-tunjalnya kepala aku. Aku masih menahan sabar.

"Ke kau memang anak luar nikah takde bapak sampai kau dengan mak kau tagih simpati bapak aku suh kahwin dengan mak kau?!".

Pipi Donghae ditampar oleh aku. Sumpah aku dah takboleh tahan sabar bila dia sebut ibu.

"Oppa boleh hina Syana.. tapi jangan sesekali hina eomma!".

Aku keluar dari bilik Donghae. Aku nampak Eunhyuk yang memandang aku, cuba untuk tenangkan aku tapi aku menolaknya.

Aku capai semua barang aku dan keluar dari resort itu. Aku dengar suara mereka menjerit panggil nama aku tapi aku buat tak endah.

Aku jalan menuju ke pantai. Aku duduk disatu pondok kecil ditepi pantai. Aku keluarkan gambar eomma dan appa dari dompet aku.

Menitis air mata bila teringatkan mereka. "Eomma... appa.. syana dah jumpa donghae oppa.. tapi dia tak dapat terima syana.. hina ke syana ni appa? Eomma? Syana salah ke? Kenapa donghae oppa bencikan syana? Wae?". Aku menangis teresak-esak dengan memegang gambar eomma dan appa.

Rindu tak terkata. Ada satu tangan memeluk aku. Heechul oppa. Aku memandangnya. "Oppa, Syana hina sangat ke?". "Ani.. kau tak salah apa-apa dan tetap perfect depan mata aku. Donghae perlukan masa. Tak apa, kau nangis lah puas-puas. Aku ada.. aku ada". Pelukan dieratkan. Heechul menepuk lembut belakang aku.

Hampir 30 minit juga aku menangis. Aku termenung. "Macam mana oppa tahu Syana kat sini?". Aku memandangnya. "Tu, phone kau. Location terbukak. Aku ikutlah". Dia menghulurkan tisu. Aku lap air mata yang masih ada lagi.

"Hidup ni memang penuh dengan cabaran kan? Makin kita besar, makin banyak dugaan yang kita kena hadap". "Syana, kita hidup memang banyak dugaan. Itu memang cabarannya bila membesar. Lagi-lagi bila hal melibatkan family. Kau kena bagi dia masa. Dia mungkin tak dapat terima yang.. perempuan yang dia cinta , adik tiri dia sebenarnya. Kalau kau perlukan aku, kau call je. Aku ada masa untuk kau". Heechul membalas.

"Yang lain mana?". Aku bertanya sebab dah pukul 1130am sejak aku disini. "Dah balik. Aku dengan kau je dekat sini. Mula-mula Hyukjae nak ikut sekali tapi aku kata tak payah. Sebab yang ngam ngan kau, aku je paling ngamsoi sama kau ha. Ceh takdelah. Sebab aku paling tua, kau paling muda. Aku kenal kau, dah macam adik aku dah. Dah, jom balik". Dia mengangkat beg aku.

"Nak balik naik ape? Dorang kan dah balik Seoul". "Naik kereta aku lah. Aku bawak ok kereta aku datang sini". Dia menunjukkan kearah keretanya.

Masuk sahaja kereta, aku terus tidur. Penat menangis kot. Entah. Aku serabut nak fikir. Kenapa Donghae bencikan aku? Haih agak-agak dia tahu tak yang.. aku ni sebenarnya anak angkat ibu?

SKIP

"Woi-woi bangun. Kita minum dulu, makan ke en baru balik dorm". Heechul mengejut aku bangun. Ditonyoh-tonyoh juga la mata ni sebab malas sangat nak bukak.

Selepas order minuman, aku decide untuk tak makan, tak lapar. Takde mood. Takde selera. Walaupun dipaksa oleh Heechul, aku berkeras juga tak mahu.

"Ada apa lagi yang aku taktahu pasal ni?". Dia mulakan perbualan.

"Donghae tak tahu yang Syana sebenarnya anak angkat. Eomma amik Syana masa Syana umur 3 bulan macamtu. My real parents name start from Kim. Thats why my name is Kim Syana not Lee Syana. Eomma ambil Syana sebab masatu real parents Syana tak mampu nak jaga. When i was 13, i asked eomma why nama Kim bukan Lee just like eomma. Then dia cakap lah. Masatu Syana okay je sebab the reason eomma ambil Syana sebab real parents tak mampu nak jaga. Bukan sebab Syana anak luar nikah. And then Eomma tu still anak dara? Idk macamtu lah kot sebab Eomma tak pernah kahwin pun".

Heechul hanya mengangguk erti faham. "Dia taktahu la eh kau sebenarnya anak angkat?". Aku mengangguk.

"Kau memang plan nak rahsiakan ke?". "Tak. Syana memang nak cerita. Tapi.. tak ada masa yang sesuai".

"Takpelah, kau amik masa. Nanti dah sedia baru bagitahu. Lagipun dia tengah mereng tu. Kau jangan risau". Heechul menepuk belakang aku dengan lembut.

SKIP

Aku mengangkat barang aku naik ke dorm. Sampai sahaja ditingkat dorm aku, Donghae tunggu dihadapan dorm aku.

"Oppa, kenapa duduk depan ni?". Aku menyentuh bahunya. Dia terkejut dan menepis tangan aku. "Aku tunggu kau balik. Aku ada benda nak cakap dengan kau. Cepat bukak pintu. Call Eunhyuk sekali. Kang kau melalak takde sapa nak pujuk. Bawak jantan tu". Aku membuka pintu dorm dan dia menolak aku ketepi. Eh eh eh ni dorm aku tau bukan dorm kau, nasib baik kau sakit kalau tak memang aku tolak kau jatuh bangunan ni.

Aku segera menelefon Eunhyuk dan tak sampai beberapa minit, dia sampai.

Aku duduk diruang tamu. Dia berada sedikit jauh dari aku. Eunhyuk pula disebelah aku.

"Oppa.. nak cakap apa dengan Syana?".

Dia memandang aku. "Eunhyuk dah cerita dekat aku. Tapi aku tak percaya. Aku nak dengar dari mulut kau sendiri". Aku memandang Eunhyuk. 'Oppa, Syana takut'. Aku memegang tangannya. Dia hanya mengangguk.

"Oppa... nak tahu apa? Syana.. Syana akan bagitahu semua yang oppa nak tahu...". Dia duduk menghadap aku.

"Kau ni anak kandung mak kau ke? Sebab nama kau Kim. Mak kau Lee. Ke kau ni anak kutip?".

Soalan dia menusuk dalam hati. Sumpah aku nak tendang dia. Eunhyuk dah menggenggam penumbuk. Aku masih memegang tangan Eunhyuk. Cuba untuk tahan dia daripada membuat apa-apa.

Aku menarik nafas dengan dalam." Aah. Aku anak kutip. Eomma tu bukan mak betul aku".

For You 🔞(Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang