Bab 6

1 0 0
                                    

Jaz memakir motonya disebelah kereta Myvi yang berwarna merah. Moto dikunci. Topi keledar di biarkan di atas moto. Rambut yang serabai akibat helmet dibetulkan. Bahagian baju yang kedut di luruskan dengan tangan. Muka yang masam di maniskan dengan senyuman. Sebelum masuk dia memnerikan duit rm20 kepada Fariz kerana dia dah berjanji untuk berlanja Fariz disini. Fariz berasa agak pelik juga kenapa bergitu awal dia bagi. Kenapa tak bayar sekali kan nnti nampak gentleman sikit. Dengan langkah kanan dia mejejakan kakinya ke dalam kafe tersebut. Dia mula mencari dimanakah tempat mereka itu ade. Dari jauh kelihatan mereka sedang duduk di penjuru kafe itu. Fariz hanya membuntuti Jaz dari belakang. Dia tahu bahawa Jaz sedang gementar. Jaz mendongakkan kepalanya kearah wanita yang melambai kearahnya. Kelihatan dua wanita sedang duduk bersebelah masing masing. Seorang berambut panjang lurus manakala seorang lagi berambut kerinting. Jaz segera bergerak ke arah mereka. Jaz duduk dihadapan wanita yang berambut kerinting manakala Fariz duduk dihadapan wanita yang berambut panjang itu. Baju mereka sekarang ini betul2 sepadan. Fariz sepadan dengan wanita berambut panjang manakala Jaz sepadan dengan wanita yang berambut kerinting. Fariz tahu yang Jaz memang gementar sehingga dia tidak mampu untuk memulakan perbualan. Oleh itu, Fariz perlulah memulakan sesi temu bual itu.

"Hmm. Nampaknya masing2 senyap je ni. Apa kata kita kenalkan diri masing masing. Saya Fariz. Ni kawan saya Jaz.  Nama awak berdua?" - Fariz

"Saya Maria." - kata wanita yang berambut panjang.

"Saya Shu.... Shu..... Shu." - kata wanita yang berambut kerinting sambil tergagap gagap.

"Shu.... ape?" - Fariz

"Shuhadah....." - Maria

"Ouh. Shuhadah. Sedap. Nama tu. " - Fariz

"Hm kita ni nak duduk semeja ke. Asing dengan pasangan masing masing. " - Jaz mula bersuara.

"Saya rasa kawan saya pun malu bila saya ade. Tak pe lah. Kita pindah meja lain jom Fariz ?" - Maria.

"Haa. Ok saya follow je. Meja sana tu..." - Fariz

'Patutlah si Jaz bagi duit awal. Ada udang disebalik mee rupanya. ' - hati Fariz

"Ok jugak tu. Jom..." - Maria.

Fariz berdiri lalu bergerak ke arah meja yang di tunjuk tadi. Maria mengikut tanpa berkata apa2. Fariz menarik kerusi dan membiarkan Maria duduk dahulu. Bukankah itu apa yang lelaki sejati buat. Fariz hanya mengukir senyuman yang indah lalu dia duduk berhadapan Maria. Sedikit pun tidak muncul rasa gementar. Fariz segera menekan lonceng untuk memanggil pelayan supaya dia dapat mengoder makanan. Di kafe itu, mereka hanya perlu menekan butang yang akan memanggil pelayan datang ke meja mereka. Tidak perlulah mereka memanggil dengan cara kedai mamak seperti bersiul, melambai, atau menjerit. Tidak perlu susah susah lagi. Dalam beberapa saat sahaja pelayan sudah tiba, dua buku menu di berikan satu untuk Fariz satu untuk Maria. Selesai memberikan menu. Pelayan itu pergi untuk menyambung tugasannya di bahagian kaunter. Maria meneliti ape yang hendak dimakan, dari riak wajah Maria. Fariz tahu yang gadis itu sedang melalui proses diet. Oleh kerana di situ bukan seperti kedai mamak dia pun mengoder 'White chesse chiken chop rice' dan segelas Air kopi ais. Sehelai kertas di hujung meja di ambil bersama sebatang pensel yang ada. Di tulis kod makan itu seperti mana yang di tunjukkan di dalam menu tadi. 702 untuk W.C.C.C.R manakala 205 untuk Air kopi Ais. Selesai menulis dia memandang wajah gadis dihadapannya. Memang wajahnya cantik, manis, ayu seperti mana ciri ciri seorang wanita idaman. Tetapi tidak sedikit pun dia merasa untuk bercinta dengan gadis itu. Bergitu lama Maria meneliti sehingga Fariz sendiri yang bertanyakan apa yang ingin dipilih untuk mengisi perutnya itu.

"Maria. Apa kata awak makan apa yang saya makan ni. Lagi pun saya pernah cuba. Memang sedap. Tak pa kalau awak tak nak diet untuk harini. Awak tetap cantik. " - Fariz

"Haa.... hmm. Macam mane awak tau saya diet?" - Maria

"Perempuan kalau nampak makanan mesti teruja. Tapi awak macam cuba untuk elakannya. " - Fariz

"Ouh... hebatlah awak ni. Kalau macam tu saya ikut jelah apa yang awak oder. " - Maria

"Ok. Tapi saya oder air kopi. Awak nak minum air ape?" - Fariz

"Saya nak air jus tembikai." - Maria

"Ok. " - Fariz

Selepas mengisi kertas untuk mengoder itu. Fariz menekan butang yang akan memanggil pelayan sekejap lagi. Pelayan tiba. Buku menu bersama kertas dihulurkan. Pelayan itu juga menyambutnya dengan tangan kanan dan senyuman manis. Fariz memandang Jaz yang sudah mesra dengan Shuhada yang tadinya pendiam. Melihat riak wajah Jaz yang teruja itu. Fariz tahu kawannya ingin menjalinkan hubungan dengan Shuhadah dengan lebih jauh. Dia tidak mahu melarang Jaz dia tetap akan sokong Jaz kelak. Tiba2 Maria mengetuk tangan Fariz yang terletak di atas meja makan itu.

"Auch.... sakit lah..." - Fariz

"Saya ingat awak tido bukak mata..." - Maria

"Saya termenung kejap tadi bukan tido" - Fariz

"Menung awek ke?" - Maria

"Kalau lah saya menung awek. Saya tak keluar dengan awak...." - Fariz

"Ye tak ye jugak ye. " - Maria

"Lepas ni plan kita ape?" - Fariz

"Saya terus balik. Awak...?" - Maria

"Hm tgk lah si Jaz tu nanti. " - Fariz

"Dia tu kawan baik awak ke?" - Maria

"Nope. Dia tu kawan je. Kawan satu sekolah atau block. " - Fariz

"Ouh habistu. Sapa kawan baik awak." - Maria

"Nama dia Zahrin ...." - Fariz

"Ceritalah sikit tentang dia..." - Maria

"Dia.... hensem dari saya. Tinggi dari saya. Paling pandai dalam kelas TAPI paling malas luar kelas. Dia tu baik. Peremah. Tak sombong. Hmm. Dia comel gak kadang kadang. Dia suka tolong saya. Saya suka berkawan dengan dia. " - Fariz

"Dari gaya awak cakap ni. Macam awak suka dia je.." - Maria

"Suka sebagai bff je lah.." - Fariz

"Ouh..." - Maria

Sepasang telinga telah menangkap kata kata yang di ucapkan Fariz tadi rasa gembira dan teruja mula muncul di hati. Ingin saja menerpa ke arah Fariz untuk mengucapkan terima kasih atau mengucapkan perkataan iluvyou padanya. Tetapi itu tidak aku berlaku. Pemilik seasang telinga itu terus bangun dan beredar dari kafe itu. Dia takut penyamarannya akan terbongkar.

...................

Bersambung...
..............................

Hard LoveWhere stories live. Discover now