Hampir tiga jam mereka lepak atau dating di kafe tersebut. Keadaan diluar baru sahaja reda dari hujan. Nasib baik hujan tidak turun semasa mereka hendak datang ke kafe tersebut. Fariz yang sudah letih berborak meminta diri untuk pulang pada Maria. Dia meninggalkan Jaz bersama Shuhadah. Dia tidak mahu mengganggu hubungan yang baru saja dijalinkan beberapa jam tadi. Dia ingin jalan jalan mengambil angin di pekan kecil tersebut. Langkah demi langkah kaki yang digerakkan di kira. Tidak tahu hala tujunya. Penat menunduk dia mendongakkan kepalanya. Jauh di depan dia melihat seseorang yang sangat dikenali. Mata dikecilkan mahu mengenal pasti adakah orang yang di lihat itu betul dengan sangkaannya atau hanya lah bayangannya. Beberapa saat berlalu dia bergitu pasti dengan apa yang dilihat. Dia menjerit memanggil nama orang itu.
"Zahrin !!!!!!" - Fariz
Zahrin menoleh ke arah suara yang didengari. Fariz yang kelihatan segak dilambai. Fariz berjalan ke arah Zahrin bergitu juga Zahrin. Mereka berbual sebentar..
"Kau buat ape kat sini..." - Fariz
"Saja jalan jalan. Kau?" - Zahrin
"Aku.... aku.... pun sama lah macam kau. " - Fariz
"Yeke ni. Kenapa pakai hensem2 ... selalukan kau pakai simple je macam aku?" - Zahrin
"Saja tukar selera..." - Fariz
"Ouh...." - Zahrin
"Lepasni kau nak g mane?" - Fariz
"Aku ingat nak pergi Kuala jap..." - Zahrin
"Jauh tu.. naik ape?." -Fariz
"Aku ingat nak naik bas lah..." - Zahrin
"Hmm kalau macam tu. Nak ikut boleh?" - Fariz
"Hmm apa salahnya... jomlah. " - Zahrin
Mereka berdua berjalan menuju ke arah bus stop yang berjarak 500meter dari tempat mereka. Dengan keadaan yang agak berlopak akibat air hujan dan angin yang bertiup membuatkan Fariz berasa sedikit sejuk.
Kereta yang lalu lalang bergerak sungguh pantas. Seperti tiada brek.. Fariz yang sudah bosan oleh kerana hanya duduk menunggu Berdiri lalu bergerak ke depan bus stop sekali gus ke bahu jalan. Di hadapan nya terdapat lopak air yang sangat besar dia melihat wajahnya didalam air itu lalu tersenyum sendiri. Tidak jauh dari situ kelihatan kereta Waja yang berkelajuan lebih 90km/j. Kereta itu mungkin akan melanggar lopak air yang berdekatan dengan Fariz. Oleh itu Fariz akan lencun dibasahi air yang kotor itu. Zahrin tersedar akan situasi yang bakal menimpa diri Fariz beberapa saat nanti, dia dengan pantas berdiri dari tempat duduk nya lalu berlari kearah Fariz. Tepat pada masanya kereta itu melanggar lopak itu, Zahrin cepat cepat memusingkan badan Fariz untuk menukar posisi mereka. Sekarang ini Zahrin sudah ada di tempat yang Fariz berdiri tadi manakala Fariz berdiri bertentangan hadapan Zahrin. Air lopak itu terpercik ke belakang Zahrin yang membuatkan Fariz sikit terkejut dan terkaku. Zahrin memandang mata Fariz dan risau jika ada sesuatu yang berlaku pada Fariz. Fariz masih lagi terkelu.
"Kau tak apa2 kan?" - Zahrin
Fariz diam
"Tak guna betul kereta tu. Tak nampak orang" - Zahrin
Fariz masih lagi diam
Zahrin memegang kedua dua bahu Fariz lalu menggoncangnya dengan kuat.
"Fariz. Fariz. Fariz. Kau okay tak?" - Zahrin
Fariz memeluk Zahrin. Zahrin hanya terdiam. Zahrin dapat merasakan ketakutan yang ada di dalam diri Fariz dengan situasi yang baru menimpanya. Zahrin menepuk belakang Fariz dengan lembut. Dia cuba untuk menenangkan diri Fariz yang berada di dalam ketakutan itu.
"Dah dah dah. Kau tak salah. Dia yang salah." - Zahrin
"Macam mana.... kalau kau tak da tadi.. apa yang jadi kat aku???" - Fariz mula bersuara.
"Dah dah dah. Aku ada. Aku jaga kau. Kau tau kan...." - Zahrin
Faris melepaskan pelukan yang erat itu lalu memandang wajah Zahrin. Ucapan terima kasih ingin dilafazkan. Tetapi dengan daya kekuatan yang masih lemah. Hanya diam sahaja dia dapat lakukan.
"Dah.. jom balik... " - Zahrin
"Tapi kau kan nak pergi Kuala..." - Fariz
"Baju aku dah basahlah...." - Zahrin
"Ouh..." - Fariz
"Tak pe tak penting pun. Lain kali boleh pergi lagi..." - Zahrin
Fariz menunduk...
"Aku mintak maaf. Sebab aku baju kau basah. Sebab aku kau tak dapat pergi Kuala...." - Fariz
"Sokay lah. Asalkan aku dengan kau tak ade pape. Kau tak cederakan?" - Zahrin
"Hmm. Tak..." - Fariz
"Jomlah balik. Kang aku selsema kau jugak yang susah. " - Zahrin
"Tak pe. Nanti aku jaga. Aku nak balas balik budi kau..." - Fariz
Zahrin tertawa sedikit rambut Fariz sudah serabai akibat di goyangkan dengan tangan Zahrin.
"Hmm. Yelah. Kau kan ade. Ok jom balik..." - Zahrin
"Jom!" - Fariz
Untuk mengelakkan selsema Zahrin dan Fariz bergerak bergitu laju untuk pulang ke sekolah. Mereka masuk ke bilik mereka. Zahrin terus membuka baju dan seluar panjangnya dihadapan Fariz, Zahrin sekarang hanyalah berseluar pendek yang parasnya lebih dari lutut, bagi Zahrin ianya biasa bila lelaki tak berbaju tapi lain pula Fariz dia berasa sungguh tak selesa bila melihat seorang lelaki yang tidak berbaju dihadapannya. Fariz cepat2 mengalihkan pandangan ke arah lain. Zahrin pelik melihat tingkah laku Fariz.
"Kau tak bukak baju ke??? Nanti selsema macam mane?" - Zahrin
Fariz tergamam mendengar soalan Zahrin. Dia mendiamkan diri beberapa saat
"Aku nak bukak dalam tandas. Malulah..." - Fariz
"Apalah kau ni. Kita kan lelaki..." - Zahrin
"Tak pe aku malas. Aku pergi dulu lah ye.." - Fariz
"Okay nevermind. " - Zahrin
Fariz terus menuju ke tandas. Sampai sahaja di depan tandas dia sempat menolehkan kepalanya ke belakang melihat Zahrin. Zahrin yang sedang memakai seluar pendek paras atas lutut dan tidak berbaju sambil mengelap rambutnya dengan towel betul betul mencuit hati Fariz. Perasaan lain muncul di hatinya. Pipi yang berwarna pink muncul tiba tiba. Hampir setengah minit dia tercegang disitu. Dia terus masuk ke tandas dan membersihkan dirinya. Selesai menukar pakaian masing masing Fariz dan Zahrin mengambil keputusan untuk berehat dia atas katil. Kepala Zahrin ligat berfikir. Apa yang dia fikirkan tadi. Dia selamat kan Fariz walaupun dia tahu nyawanya akan terancam. Fariz. Mengapa dia bergitu penting dari nyawanya sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tersimpan dihatinya. Atau mungkin hanya mainan mindanya. Keliru memikirkannya. Dia cuba untuk menutup mata tapi gagal. Sehingga lah Fariz bersuara....
.....................
Bersambung...
........................
YOU ARE READING
Hard Love
RomanceZahrin mula menunjukkan senyuman dan gelak ketawa apabila Fariz muncul didalam hidupnya. Pada mulanya Zahrin mengangap Fariz hanya lah kawan sebiliknya. Setelah sekian lama. Hatinya mula terpaut. Fariz atau dikenali sebagai Farisha. Telah menyamar...