In your eyes, there's a heavy blue
one to love and one to lose"Wa, telefon kamu bebunyi tu. Tak pe nanti kak wati kacaukan" Aku berlari anak ke ruang tamu. "ye kejappp"
gila
apa motif kau wawa? kau ingat dia nak dengar ke?
Lagi, kau tak penat ke? "ye hello Nick? Nak apa?"
"amboi moonlight, busy sangat eh?"
"ye, eh kejap" aku menjarak kan sedikit telefon dari telinga "ye kakkk.. aa kejap" aku menjerit seolah-olah seseorang memanggilku. Padahal takdei pun. "Nick. Nanti lah borak. I busy sangat ni. Sorry tau. Bye. Assalamualaikum"
"waalaikumsalam. Bye mi encantadora princesa"
huh, My lovely princess konon! Entah-entah ayat tu jugak dia pakai kat girl dia. "wa, dah jum. Gi hantar lauk ni kat daddy. Mesti dia lapar. Kita lunch kat sana sekali"
•••••••
"Kak wati, Kak wati balik lah dulu. Kejap lagi kelas mengaji kak kan. Nanti lama budak tunggu." Kelas mengaji kak wati memang awal sikit. Aku nak kemas rumah kejap. Lagipun daddy dah pergi kerja. " ha yelah.. " kak wati keluar sambil tangan nya menjinjing tupperware.
•••••••
gedegangg
Aku terpisat-pisat bangun. Pencurik ke? pencurik senyap kalau nak masuk rumah orang. Perompak? Aku keluar dari bilik and guess what. Macik ramen indahaus
"oi betina! kau tahu tak semalam laki aku suruh balik sini? Dia nak ceraikan aku bodoh! Lepas tu ada orang gi warning aku cakap jangan seksa kau! Hoii. Kau dah pandai nak mengadu ehh? Sampai orang gi serang aku dengan balak aku! kau tahu tak? Hilman mati bodoh! mati!" Macik ramen separuh menjerit sambil menarik baju dan rambut aku. Sejak bila aku mengadu kat orang? Hilman? Aku agak laki tu yang pukul aku guna pasu tu. Nick?Nick ke yang buat? Aku tidak mampu melawan.
Daddy
Ayah
IbuTolong wawa
"mama sakit maaaa... tolong wawa" Macik ramen menarik aku kemudian masuk kedalam bilik mandi. Yes, dia nak rendam aku kasi kembang. Setelah hampir 10 minit, aku kemudian diheret ke ruang tamu. Dia menghambat aku dengan hanger plastik. Bodoh. Kan patah nanti. Pakai lah besi. Eh jangan habis lunyai aku
Kemudian, "heh sudahhhh" kedengaran suara garau seorang lelaki. Aku memandang ke arah suara itu. Polis
Tapi aku dah hilang tenaga. Aku-
~
"Letak dia di atas sofa, Zura call ambulan. Zahid, gari dia" Arah seorang polis disitu. Wawa yang pengsan diangkat tubuh nya oleh 2 orang pegawai polis wanita.
•••••••
Aku membuka mata. First aku nampak
Keluarga kandung aku. Ya Allah. betapa rindu nya aku kat mereka. Zaza, adik aku dah besar. Melihat aku yang dah sedar, ibu dekat sepantas kilat (hiperbola sangat ni) memeluk aku. Setelah ibu merungkaikan pelukan, dia tanpa diminta menceritakan apa yang berlaku. Naluri ibu, seperti tahu yang aku hendak bertanya aoa yang dah terjadi
"Alhamdulillah. Wawa, tadi masa wawa kena dera Pak cik Hasan dengar. Dia call polis, sebab dia tahu yang mama kamu tu psiko. Dia terpaksa call polis. Lagipun Ibu dah saman dia. Duit dia boleh lah sedekah kat surau-surau. Kesian anak ibu. Nanti dah sihat balik kerumah kita ya. Oh kejap lagi kawan kamu datang. Daddy kamu kat luar tu. Minta maaf lah ibu banyak sangat cakap. Ibu rindu wawa"
Ibu mengalirkan airmata nya untuk kesekian kalinya. Suara lunak ibu. Ya Allah. Aku rindu. Sebak rasa hati. Rasa nak pecah. Allahhh. Ibu, patut lah aku banyak cakap, rupanya ibu aku pun dah banyak cakap. i like. Aku melambai Zaza. Zaza seperti kekok dengan ku, tapi dia berjalan menghampiri aku. "kakak. Adik rindu kakak." Aku mengusap kepala zaza. "Kakak pun rindu adik"
Aku mengalihkan pandangan ke pintu apabila pintu diketuk. Hani dan Mia masuk tanpa senyuman tapi berwajah risau. Dorang ni dah lah over acting. Nyampah betul. kejap lagi adalah drama
"Assalamualaikum mak cik" Hani dan Mia menyalami ibu. "weh wa. kau ok tak. kau tau tak isk isk" Kata-kata Mia terhenti disitu. Dia menghamburkan tangis nya dibahu ku. Hani ku lihat mengetap bibir nya menahan tangis. Aku dah cakap dah. Drama sangat. Aku bukan apa. Aku ni cepat touching. Berjangkit dengan dorang lah ni. Sayang korang. "Wa, lepas ni aku dah tak kerja situ lagi dah. Aku jadi jurutera. Nanti aku janji aku carik kerja sesuai untuk kau"
"apa kau ni Mia, berita happy tapi kau sedih. Btw congrats. Takpe. Belum rezeki aku lagi. Eh Nanti tolong cakap kat boss yang aku resign eh. aku nak balik kampung. Nanti aku usaha usha kat tempat ayah aku. mana Tahu dapat" Ayah kerja sama macam daddy, syarikat je lain. Tapi tak lah tinggi sangat jawatan sampai dapat nama dato semua tu. Bukan rezeki
Nick. Jujur, aku memang menanti kehadiran nya. Macam dalam drama. Heh..
____________________________________
Maaf lah kalau bab ni mengarut sikit
YOU ARE READING
Sayang Kau Charming Mafia
RomanceJatuh cinta dengan mafia mungkin benda yang mustahil. Tapi, benda tu dah pun terjadi kat aku. Cinta memang indah Tapi jangan lupa ada ombak nya. Kita lari ke mana pun masalah tetap datang. Jadinya kita harus hadapi sama ada kita nak atau tak. Allah...