Sakit hati ku memikirkan kamuuuuu. Sakit betul hati. Aku telefon Nick tapi budak Tihah tu yang jawab. Dah lah budak Tihah tu kata dia ada kat dalam bilik Nick. Ko buat ape tu hah? Nak rogol Nick ke?! Nasib baik mama ada sekali kat rumah tu. Tak lah risau sangat.
"Bu, ni tadi mama Nick telefon. Nak ajak window shopping" Kerusi ditarik dan aku melabuhkan punggung disebelah Ibu. Ibu yang sedang mengupas bawang tersenyum lebar. Ada makna ni.
"Haa boleh. Kebetulan Zaza ajak ibu gi shopping petang nanti. Dapat jugak ibu keluar dengan Datin Sefhia. Ni, bawak kan ibu ke spa ye. Teringin ibu nak kesana"
Aku mengangguk "La tuje ke. Patut senyum kemain lagi. Ha boleh. Kejap lagi pukul 2 ada orang datang ambik."
•••••••
"Ni, Wawa. Mama nak cakap something sikit tentang Arsyad. Semenjak Si Tihah tu wujud dekat dalam rumah tu. Macam something wrong somewhere je dekat Syad. Syad Dulu kemain lagi potpet pasal kamu. Ni dah lain sikit. Kalau mama bukak cerita pasal kamu dia mesti nak mengelat je. Pastu Syad dah macam jarang solat. Sikap dia memang berubah. Duk teperap je dalam bilik. Kadang dia lepak kat bilik Si Tihah tu. kang bunting anak orang naye je"
Kami yang agak senyap ketika minum petang,masing-masing membuat muka terkejut. Mama elok je sumbat Pizza dalam mulut. Minum petang makan pizza pelik je
"Mama rasa Syad kena guna-guna lah. Lagi pun si Tihah tu langsung tak solat semenjak dia tinggal kat sini. Dia kata kena halau family. Entah betul ke tidak"
"kalau macam tu apa kata kita pergi rumah Ustaz Hattamizi. Ustaz tu baru balik turkey" Zaza kulihat tersengih-sengih apabila ibu menyebut nama buah hati nya. Kesian engko dik, dia tak tau pun kau suka kat dia.
"Eh boleh sangat tu. Nanti esok kita pergi ya. Makin teruk saya tengok Arsyad tu"
•••••••
"Haa, Macam tulah kisah nye"
Ustaz Hatta menggelengkan kepalanya. "Allah. Dunia akhir zaman. Sampai hati mensyirik kan Allah. Nauzibillahiminzalik"
" ada apa yang boleh pulihkan ke? Air yasin ke? Hari tu ada jugak saya suruh dia minum air yasin. Macam tak jalan je"
"Mungkin ada benda lain yang dia guna. Dia letak barang ke. Macam yang sup bunjut tu. Ke dia, entahlah" Zaza mati kata-kata.
"Ada betul jugak kata adik tu" Alah dia blushing
"Mungkin datin perlu selongkar bilik dia. Mana tahu ada barang dia sorokkan ke. Kalau jumpa Bakar. Ni air yasin, bagi dia minum. Kalau tak jalan jugak nanti saya pergi rumah datin"
"Kak, Handsome an! Dia baru 22. Adik 15 so beza7 tahun. Ala sikit je tu"
"Kemain adik kan"
•••••••
Author POV
"Asal tetiba berpeluh semacam ni? Demam ke? Aish. Panas jugak malam ni" Fatihah mengipas muka. Arghhh. Tak dapat tahan. "Apasal kulit muka aku mengelupas ni?!"
•••••••
"sampai hati kau Tihah" Kata Datin sefhia sambil membakar kain kuning dan hitam yang di ikat. Kain itu ditemui di ikat pada kaki katil Nick Arsyad. Dia mengambil peluang menyelongkar bilik Arsyad ketika Arsyad sedang mandi. Dalam masa sebulan hanya 8 kali dia turun ke pejabat.
Selesai membakar 'jimat' Datin Sefhia melangkah masuk ke dalam bilik Tihah "Hoi betina. Kau pergi jahanam kan anak aku tu kenapa hah?" tergah Datin sefhia. Dia agak terkejut melihat keadaan Fatihah yang mengerekot menahan sakit manakala mukanya mengelupas seperti melecur. Sangat menyiksa kan. Tapi kesabaran Datin sefhia tidak dapat dikawal, mana tidak nya satu-satunya anak Datin Sefhia hampir musnah disihir perempuan entah dari mana datangnya.
Dimasuk kan pakaian Tihah satu persatu kedalam bagasi. Hampir saja tidak muat kerana dipadatkan saja pakaian itu. Pakaian selebihnya di masukkan kedalam plastik hitam. "Aku nak kau keluar dari rumah ni. Aku tak kisah kau nak merempat ke apa aku nak kau keluar!!" Datin Sefhia mengheret Tihah yang sedang menahan sakit keluar rumah. Disuruhnya 2 orang pengawal menghantar Tihah ke Stesen bas. Biar dia merempat disitu.
____________________________________
Ketawa jahat untuk ex yang putus cinta. Bab ni ilham dari ex aku yang baru putus cinta. Dia kata dia tak sanggup hidup tanpa aku. Jahanam betul. Last-last bahagia dia hidup dengan Bini baru dia tu. Dia punya sanjung kat bini baru dia tu perghhh. Nobita pun boleh pandai. Alih- alih bini dia curang kat dia. So moral of my story is, takyah lah nak sanjung tinggi sangat. Nanti jatuh sakit.
Terima kasih kepada ex sebab dah ubah emosi aku sampai aku ada ilham nak buat chapter baru
Aku tak check typo ye. Maaf harini emosi tak berapa nak betol

YOU ARE READING
Sayang Kau Charming Mafia
RomanceJatuh cinta dengan mafia mungkin benda yang mustahil. Tapi, benda tu dah pun terjadi kat aku. Cinta memang indah Tapi jangan lupa ada ombak nya. Kita lari ke mana pun masalah tetap datang. Jadinya kita harus hadapi sama ada kita nak atau tak. Allah...