12 Rabiulawal

893 20 0
                                    

Assalamu'alaikum semua. Rasanya lama gila saya tak update buku hijrahku - D ni hehe. Apa khabar semua ? Sihat ? Alhamdulillah~

Tup tup tup tak lama lagi 12 Rabiulawal. Apa ada eh ? Kekasih kita Rasulullah SAW dilahirkan !

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Banyakkan selawat kepada Baginda. Moga juga dengan selawat ini kita boleh dapat syafaat di akhirat kelak ? InsyaAllah.

Okay. Apa kata kita bercerita share-share apa semua ? Apa yang saya tahu lah. Saya bukan tahu sangat, masih jahil ni huhu. Masih belajar juga. Hadir ilmu agama. Gain bnyk2 'ilm. InsyaAllah..

Saya nak share lah masa saya hadir ceramah kat masjid.

INDAHNYA HIDUP BERSAMA RASULULLAH.

Baca tajuk dah sedih kan korang ? Pernah tak korang terbayang ke apa.. hidup bersama baginda ? Apatah lagi coba korang bayangkan Baginda masih hidup tika ini and tengok apa dah terjadi kepada umat Baginda ? Allahuakhbar.. Menangis darah agaknya.. 😭😭

Okay sekarang saya nak share apa yang saya dapat masa hadir majlis ilmu tu ye..

بسم الله الرحمن الرحيم

MUKADDIMAH PENCERAMAH 1 • Walaupun Baginda dah wafat TAPI kita boleh rasakan iaitu hidup dengan Islam. Sebab ? Baginda lah yang membawa Islam itu. Oleh itu, solat lah 5 waktu. Baca Al-Quran. Berdakwah dan etc. Buat perkara yang melibat agama kita, Islam. Juga menghayati agama Islam itu.

#

MUKADDIMAH PENCERAMAH 2 • Sebelum kedatangan Rasulullah SAW dahulu kalanya hidup dengan kegelapan (Jahil). Orang-orang dahulu mencari Tuhan untuk disembah sampailah mereka menyembah berhala sebab tak tahu nak sembah/anut apa.

#

Apa yang kita perlu buat sebegai seorang muslim/ beragama islam juga adalah :

- Banyakkan berselawat kepada Baginda
- Mendalami hadits Baginda
- Buat Sunnah Baginda

Bak kata orang Tak kenal maka tak cinta.

#

Bila kita dengar nama Rasulullah, tapi tidak berselawat maka dia seorang yang bakhil. Berselawat lah kepada baginda. Kita akan dapat Rahmat. Allah SWT juga akan berselawat kembali kepada kita 100 kali. Allah Ar Rahman Ar Rahim !

"Beruntunglah orang yang beriman kepada Allah & beriman kepada ku. Tapi, beruntunglah lagi mereka yang tidak pernah melihat ku tetapi beriman kepada ku" - Rasulullah SAW 😭😭

Itu je yang saya dapat masa hadir ceramah tu. Sebab saya balik awal.. cermah tu akhir start pukul 9. Huhu. Tapi alhamdulillah saya dapat merasakan ukhuwah bersama orang-orang masjid. Berselawat bersama-sama. MasyaAllah indah sangat sangat ! Hangpa jangan dok baca ja, pi lah masjid kita selawat sama-sama. Hehe. Tak pun kat rumah pun okay. Saya tak lah setiap rabiulawal nak pi masjid ja. Tak sangat. Satu ke empat kali ja.. kita kan perempuan hehe. Tahu-tahu je lah ye babe.

Okay.

Mesti korang ada bacakan yang Rasulullah menangis selama 6 Jam. Kepada siapa ? Kepada kita sahabat. Agar Allah ampunkan dosa umatnya iaitu kita. Ya Allah, betapa cantiknya akhlak baginda. Indahnya akhlak baginda. Sempurna nya peribadi baginda. Allah😭

Saya selalu berkata, macam mana aku nak balas jasa mu, Ya Rasulullah? Dapat kah aku melihat mu di syurga Ya Rasulullah ? Dapatkah aku ikut akhlak mu Ya Rasulullah ? Dapatkah aku berdakwah dengan cara mu ?

Sahabat, tidak dapat saya tak akui yang Baginda amatlah sempurna setelah Tuhan kita yang maha Berkuasa, Allah SWT.

Sampai sini sahaja lah saya berkongsi sedikit kepada semua. Maafkan saya andai ada salah ke, tegur tau.. jgn tak tegur pula. Kita tak makan orang..kita makan ayam hehe. Jangan lupa berselawat kepada Nabi Muhammad SAW ye korang. Ada masa kita cite-cite ek.. InsyaAllah. And ya ! Doakan saya 2/12 ni sebab saya nak bagi talk depan public ! Nebes sangat sangat sangat ! Doakan ya semoga Allah permudahkan.. niat saya kerana Allah SWT ! Bagi talk tu smooth je. And cakap tak ketar-ketar, kaki tak goyang and yang paling tak boleh and jangan tak pengsan lah eh (overnya haha) Saya mohon doa korang sangat ! Semoga Allah SWT balas balik jasa korang yang doakan ni.. para malaikat doakan awak-awak yang doakan. InsyaAllah~~ Doakan tau ! Nebes wei !

Okay ! Sampai sini je ye korang. Mekasih tau. Solat. Baca al-Quran. Selawat. Sedekah. Hormat ibubapa. Dakwah. Dan etc ! Doakan semoga kita tetap istiqamah dan mendapat syafaat Rasulullah SAW di akhirat kelak ! Aamiin !

11 Rabiulawal bersamaan 30 November. 1.50pm. :)

Hijrahku - DTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang