ISU NIQABIS

1.1K 37 3
                                    

"Satu ketika dahulu, ada saya membaca luahan seorang niqabis Malaysia yg menetap di Tarim bagaimana dia meluahkan bahawa niqabis sekarang adalah pendusta diatas nama sunnah para isteri Rasulullah SAW. Ada point yang saya setuju dan ada juga sebaliknya kerana bagi diri saya sendiri janganlah kerana nila setitik maka kita salahkan seluruh susu itu salah kerana ternoda warnanya.

Namun apabila saya mula melihat dengan mata sendiri. Mendengar kisah dari sahabat-sahabat tentang perilaku niqabis masa kini membuat saya untuk menjelajah kembali dunia sosial alam maya tanpa batas ini dan apa yang saya temui adalah satu fenomena yang saya sendiri rasa ianya fitnah zaman sekarang.

Saya telusuri golongan bergelar niqabis jadian dan hanya mampu memandang kosong. Sedih, sakit hati, pedih apabila melihat pakaian sunnah wanita-wanita syurga dipermainkan. Berjeans, bermain skate boardnya. Dengan memakai topinya, memakai pakaian dah macam lelaki, dengan warna-warninya."

Kata-kata daripada seseorang (saya lupa siapa), kita dapat lihat media sosial kini. Terdapat banyak sekali gambar-gambar Niqabis. Permasalahannya, terbuka dan tertutup tiada beza.

Saya tidak tahu kenapa saya menyelusuri account-account Niqabis kini. Sejujurnya, sakit hati melihatnya. Ingin menegur, dirini tidak sempurna juga takkan di pandang jika menegur secara DM. Hanya mampu berdoa supaya hidayah datang menyapanya, begitu juga kita.

Seperti dikatakan di atas, ianya fitnah zaman sekarang. Buka mata luas-luas. Fikir secara padat. Fitnah, ya fitnah. Dari Usamah bin Zaid r.a., dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Aku tidak meninggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki daripada kaum wanita." (HR Al Bukhari)

Terang lagi bersuluh. Wanita adalah fitnah yg trbesar dimuka bumi ini. Walau sedikit dosapun lakukan jika dikhalayak ramai ia akan tersebar di mana2. Namun pada masa ini hanya menjadi pandangan. Pasangan berpegangan tangan hanya mampu di lihat. Islam yg hanya berdasarkan nama, kad pengenalan tapi bukan kpd diri kita.

Saya nak bagitahu. Sebelum hasrat ingin berpurdah apakah matlamat dirimu? Niatmu? Redha ibu bapa mu? Andai matlamat mu ingin menjauhi fitnah iaitu dipandang, ingin tertutup buat suami, silakan. Andai niatmu jelas keranaNya silakan. Andai redha kedua ibubapamu adalah 'ya' silakan. Tapi sekiranya sebaliknya, jangan. Kerana pastinya ianya akan menyimpang ke landasan yg tidak betul, seandainya boleh menjadi betul. Alhamdulillah.

Okay, saya ada instagram. Dlm instagram ada explore kan? Tiap kali ada gmbr Niqabis akan saya tekan dan perkara pertama saya akan buat ialah tengok CAPTION. Idk why. Seriously takda jawapan Knapa. Tapi saya selalu berharap caption itu bermanfaat setanding dgn 'gmbr' itu. Faham? Siapa fhm wayar otak kita sambung. Hahaha. Tak salah sebenarnya kalau nak post gmbr berniqab tapi jgn lah selalu, jgnlah nak 3D bagai lagi2 kalau tak private memang gatallah tgn ajnabi nak scan. Even mata awak yg cantik lagi molek lagi bersinar dia yakin awak cantik hingga ke tidur mata itu jdi tumpuan dan termimpi dan dosa dicatat tanpa diketahui.

Saya belum bnyk experience tentang niqab ni. Saya masih belajar, masih berhijrah, masih istiqomah. Durasi hijrah saya yg belum mencecah setahun, membuatkan saya banyak lagi yg saya tak tahu.Mungkin sampai sini ja saya kongsikan. Andai ada yg tertinggal InsyaAllah akan diup to date. Sama2 kita kongsi 'ilmu.

Seandainya kata2 di atas ada yg salah, mohon sangat2 tegur saya. Agar saya dpt belajar dri kesilapan. Baik dtg dari Allah. Buruk pula dari diri yg kerdil ini. Assalamu'alaikum.

Hijrahku - DTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang