Jam 6.44 pagi.
Langit semakin cerah , warna jingga menghiasi sebahagian langit tanda matahari sedang naik.
Aisyah membetulkan kedudukannya di sebelah pemandu. Ayahnya berhenti di stesen minyak sebab nak ke tandas.
Cantiknya langit bisik hatinya.
Lantas fikirannya melayang ke buku penulisan Teme Abdullah, Pelukis Jalanan.
Ada satu ayat di dalam buku tersebut disimpan kemas di dalam otak dan pasti akan terlintas bila dia lihat sesuatu yang cantik terutamanya bila melibatkan alam semula jadi.
Nak tahu ? Baca buku dia. Haha.
Tak lama kemudian, ayahnya kembali ke seat driver dan sambung memandu menuju ke ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur.
Cuti sekolah kan, jalan-jalanlah apa lagi !
Bunyi macam seronok tapi Aisyah tak expect seronok tu setiap kali jalan ke mana - mana. Dalam keluarganya , Aisyah merupakan anak sulung dan dia je yang berjiwa remaja ( acewah pft ) di kalangan adik beradik.
Jarak dia dengan adik- adiknya jauh.
Mungkin itulah penyebab hubungan dia dengan adik - adiknya tak rapat.
Mungkin juga sebab dia yang tak reti melayan.
Dia mencapai buku Hiatus oleh Budak Tomato. Hampir seminggu jugak menunggu, dying nak baca buku tu. Diselak muka surat yang ditanda oleh magnetik bookmark bergambar ubat-ubatan. Dia bukan penggemar bookmark pun. Dia ada magnetik bookmark ni sebab freegift beli buku tulisan Budak Tomato ( atau dia lebih suka panggil penulis ni Mato ) di matoachates secara online. Matoachates ni page yang penulis tersebut sendiri yang wujudkan. So 100% trusted.
Dia mula membaca lebih kurang dalam pukul 7 am.
Tenggelam dalam dunia penulis tersebut sehingga 9 : 40 pagi.
Separuh buku dah dihadam.
Mixed feelings.
Pelbagai persoalan bermain di mindanya.
Macam - macam dia fikir , nak kasi connected, cuba selami apa yang cuba disampaikan.
Baru baca separuh, ada lagi separuh. Dah habis nanti, insyaAllah dia pasti akan dapat jawapannya.
Hampir 3 jam dia menatap buku tersebut. Mata perlukan rehat.
Dia mengemas kini kedudukan magnetik bookmark itu ke halaman baru. Disisipkan dengan penuh cermat.
Aisyah angkat kepala.
Subhanallah.
Tak tahulah sama ada sebab dia jarang lalu jalan ni
Atau dia tengah rindukan kasih sayang Allah setelah baca Hiatus
tapi pemandangan depan mata dia, indah.
padahal padang dengan bukit hijau je.
It was still breathtaking. She was stunned by the green somewhat look like a fine field and mountain. The view was like a perfect painting.
Tenang perasaan dibuatnya.
Satu je yang dia tak faham.
Kenapa tiba - tiba pemandangan tersebut jadi cantik gila ?
sekian,
penkertas
YOU ARE READING
Luahan Hati.
RandomLuahan hati . Asyik post dekat status ws , story ig , tweet di twitter lepastu menyemakkan tl orang . Depa pun mesti bosan dah tengok . Saya tulis untuk kosongkan fikiran . sekian, penkertas - December 2017